27 | mock test

343 56 24
                                    

PEN Pilot yang berwarna hitam yang aku gunakannya untuk menulis aku letak sebentar. Fuhh, penat benar tulis nota Addmath ni. Nak buat warna-warni, malas. Lagipun aku tak ada pen warna-warni tu. Aqil ada lah. Tapi, nanti dia mengamuk lak kalau aku pinjam nanti. Biasalah, dia kan kedekut.

"Baiklah anak-anak murid semua, letak pen anda sebentar."

"Nak letak kat mana cikgu?" Soalan daripada Uwais itu membuatkan tawa kami hampir sahaja meletus. Namun apabila melihatkan wajah Cikgu Kira yang nampak seperti nak bunuh orang terus tak jadi.

"Nak letak kat langit pun boleh, Wais. Nak saya tunjukkan jalan ke langit?" Dia hanya tersengih. Tersedar daripada kebengapannya.

"Cikgu nak bagitahu, lepas rehat nanti akan ada mock test. Mohon anda semua untuk terkejut."

"SIYES AH CIKGU?" Lutfil mula menyoal. Guru itu mengangguk. Lantas, Lutfil mula menjerit tidak ubah seperti Apes yang nak panggil geng dia.

Aqil dah berdiri atas meja sambil memegang kepalanya dengan muka tak percaya. Dia ambil kekuatan dahulu sebelum dia turut bersama Lutfil dalam menjerit macam orang gila. Uwais? Awal-awal dia dah lari keliling padang. Rasanya nak dekat lima round dah. Rafael dia nampak macam dah pasrah tapi masih okey je kot. Setakat hantukkan kepala ke dinding apa lah sangat.

"Sudah, sudah. Bawa bertendang anak-anak murid ku sekalian." Kemudian, tingkap kelas dibuka lalu kepala Cikgu Kira terjegul di luar tingkap. "Haa Uwais! Mari masuk kelas ni! Jangan fikir awak boleh lari!" Dengan penuh keterpaksaannya, dia melangkah masuk ke dalam kelas.

"Jadi──" KRIINGG! Loceng berbunyi menandakan sesi rehat telah bermula. Kami pun apa lah lagi. Si ketua kelas awal-awal dah bangun. Kami follow jelah.

"Terima kasih, cikgu!"

"Terima kasih, cikgu!" Kami keluar meninggalkan Cikgu Kira dalam keadaan terpinga-pinga. Jangan risau, cikgu. Lepas rehat, kami jumpa cikgu balik. Aku yakin mock test tu lepas rehat.

"T-Tak mungkin..."

"Apa yang tak mungkin?" Thariq yang baru datang menyoal kepada Aqil yang nampak seperti orang mengalami depresi.

"Kau tahu tak, Riq." Kedua-dua belah bahu Thariq dia pegang. "LEPAS REHAT NANTI KITAORANG ADA MOCK TEST ADDMATH. ACANER NI HUWAAA!" Aqil dah start dah drama air mata dia. Thariq layan jelah perangai tak semenggah jantan tu.

"Kalau dah tahu tak pandai tu── study lah. Itu pun nak kena ajar ke?" Okey tak itu bukan aku yang cakap eh. Kami semua memandang gerangan yang berlagak macam diri dia tu pandai sangat.

Ah, Thomas rupanya. Sejak bila pula dia ni pandai?

"Cakap dengan cermin ke bang?" Thomas merengus geram. Lahh, cakap sikit dah sentap? Betullah tu dia tu lembab.

Wajahnya didekatkan dengan wajahku. Aku menjauh sedikit. Bahaya woi, haram! "Kau, jaga sikit mulut kau eh."

"Tak bro, yang kau nak terasa lebih pehal? Dia tanya je kot. Atau apa yang dia cakap tu, betul?" Yang ni serius aku tak sangka. Wah, berani betul si Rafael ini.

"Kau── cakap biar bagus sikit ea." Dia berjalan mendekati Rafael. Lelaki itu hanya tersenyum sinis. Langsung tidak takut dengan ugutan si Thomas itu. Setakat Thomas, apa lah sangat.

"Kau cakap kat orang macam diri tu pandai sangat. Padahal, kerja Addmath suruh aku dengan Aish yang buat," kata Aqil setelah tamat sesi drama air matanya.

Lelaki itu berpaling melihat wajah Aqil. Dia ingin melangkah merapati Aqil namun langkahnya dihalang oleh rakannya, Badrul.

"Huh! Ada semut ada lipas, lain hari akan ku balas!"

UltraWhere stories live. Discover now