08 | meeting

637 111 24
                                    

"SAYA cuma nak maklumkan minggu hadapan sekolah kita akan mengadakan sukan tahunan. Jadi, saya nak awak semua persiapkan diri, kuatkan stamina. Kalau ada yang pengsan, saya hantar masuk lubang kubur." Eish seram betul Cikgu Amin ni.

"Petang ni ada perjumpaan. Siapa yang tak datang, saya akan cari sampai lubang cacing."

"Tapi cikgu, badan cikgu takkan muat dalam lubang cacing. Acaner tu?" Selamba sahaja Uwais berdiri sambil menanyakan soalan yang sememangnya meminta pelempang daripada Cikgu Amin.

"Baiklah semua, abaikan soalan tadi dan boleh berambus." Nampak sangat Cikgu Amin tu nak je baling kasut Hush Puppies dia tu kat muka Uwais tapi disebabkan anjing itu haram, jadi dia sabar jelah.

Eh yang Cikgu Amin pakai kasut jenama anjing tu tak ke haram? Hm jangan tanya.

"YEAYY AKU TAK SABAR NAK PERFORM NANTI!"

"Kau? Dengan ketinggian kau yang sedia maklum pendek ni, acara apa je yang kau boleh masuk?" Tubuh Aqil dilihat atas ke bawah.

"Kau jangan pandang rendah eh kat aku. Nanti kalau aku dapat medal lagi banyak daripada kau, jangan nangis."

"Raff seronok lah," Lutfil meletakkan tangannya di leher Rafael.

"Itulah, juara berturut-turut kot. Sukan semua ni, kacang je bagi dia."

"Tapi kesian dekat Thariq lah," Uwais tiba-tiba mencelah.

"Apa hal pula?"

"Dia kan form 6. Tak bolehlah dia nak join sukan ni lagi. Punyalah dia semangat nak kalahkan Raff tengok-tengok dah form 6 so macam--"

"Haaarapan setinggi gunung~ berderai menjadi debu~ tak dapat ku, harap kau, kau, kau, kau," part yang kau, kau, kau, kau tu dia tunjuk pada setiap daripada kami.

"eh jap apa lagi eh lirik dia?" Aqil tergaru sendiri. Masih memikirkan lirik yang sepatutnya disambung dengan lagu tadi.




"Intan, kau rumah sukan apa?"

"Erm, Cimpanzee. Aku tak tahulah aku salah tengok ke apa tapi yang aku pasti, Chimpanzee."

"Jadah mana ada rumah sukan Chimpanzee."

"Siapa kata tak ada? Dekat SMK Baebun, semua benda yang merepek, semua ada." Lutfil mencelah.

"Kau rumah sukan apa pula?"

"Sama macam Intan."

"Hah aku, aku! Kau tak nak tanya?" Bersungguh Aqil mengangkat tangan.

"Aku rumah Beruk. Haa hebat kan?"

"No wonder lah perangai kau pun macam beruk," aku menggumam kecil.

"EH CAKAP BIAR TU ELOK SIKIT EH?" Gaya Aqil membebel kat aku dah macam Diva AA je.

"Aku rumah Monyet!" Hm sesuai sangat dah tu dengan Uwais. Aku memandang Rafael yang sibuk dengan gajet nya.

"Kau, Raff? Rumah apa?"

"Rumah teres," ada juga aku luku kang.

"Penumbuk nak penumbuk?"

"Hish lek ah Aish, aku rumah Orang Utan." Terjungkit kening aku. Orang Utan ada rumah ke? Kenapa aku tak pernah tahu? Adakah ini karma yang berpunca daripada aku yang tidak pernah pergi ke hutan?

"Yang kau muka macam terkejut sangat tu dah kenapa?" Baru sahaja aku ingin menjawab, seseorang telah mencantas percakapan ku.

"Yang korang sembang lagi kat sini dah kenapa? Nak tunggu saya bentang karpet merah ke?" Tegur Cikgu Amin sambil bercekak pinggang.

"Hah boleh--"

"PERGI CEPAT! MEETING AKAN BERMULA TAK LAMA LAGI!" Kelam kabut kami pergi ke lokasi perjumpaan rumah sukan. Masalah nya, location dia pun aku tak tahu kat mana. Haish.

Sehelai kertas yang ditampal pada pintu kelas 5 Damai menunjukkan perjumpaan rumah sukan Orang Utan sedang berlangsung.

"Yang kau tenung pintu tu macam nak makan dah kenapa? Kau jangan kata kau minat pintu eh,"

"Lawak apa. Kau pun rumah sukan Orang Utan juga ke?"

"Berapa kali kau nak tanya?" Oh haahlah hshsh malu pula aku.

"YANG KAT LUAR TU NAK SEMBANG SAMPAI BILA YA? DAH TAK ADA KAKI NAK MASUK SINI KE?" Fuhh, perli nampak. Aku mengintai guru itu. Ceitt. Cikgu Amin ke. Patutlah mulut lancang semacam.

Dengan selamba nya kami masuk tanpa memberi salam kepada yang berada di dalam. Rafael lah paling selamba sebab dia elok je buat peace kat depan Cikgu Amin.

"Kita akan mulakan dengan pemilihan ketua. Hah, ada cadangan?"

"Rafael cikgu Rafael!" Para senior lelaki yang lain menjeling tajam ke arah manusia yang pergi mencadangkan nama Rafael itu. "Asyik-asyik Raff, dia kan form four. Apa form five dalam rumah sukan ini sudah tiada?"

"Dia kan atlet, atlet form five rumah sukan ni semua macam siput babi."

"APA KAU KATA?" Tindakannya yang ingin merapati manusia itu dihalang oleh rakan-rakan di sekelilingnya. Hm kenapa semua orang tak rilek ni? Rilekslah, KitKat kan ada.

"Sudah-sudah. Sesi pemilihan tidak akan tamat selagi ada pergaduhan. Kamu sahaja lah yang jadi ketua kumpulan, Azrul. Terdesak benar ya untuk dapatkan markah bagi PAJSK," boleh nampak lah yang Cikgu Amin tak suka bila lelaki itu dipilih. Macam mana aku tahu? Tengok dia berleter sorang-sorang pun dah tahu. Azrul yang mendengar sudah tersenyum girang.

"Hah penolong? Kalau boleh saya nak yang boleh jalankan tugas lah jangan mengorat Azrul pula," guru lelaki itu ingin menjeling namun apabila terpandangkan tiada seorang gadis pun yang tergedik-gedik, dibatalkan sahaja niatnya itu.

"Siapa olahragawati rumah sukan kita?" Berkerut kami berfikir. Serius tak ingat. Siapa eh? Macam kenal tapi--

"Bukan Aish ke olahragawati rumah sukan kita tahun lepas?" Kata seorang pelajar perempuan sambil berdiri menunjuk ke arahku. Bila masa pula--

"Aishah Amylea binti Hairi," sekali lafaz Cikgu Amin memanggil nama ku. Apa hal pula ni? Dah macam nak nikah je.

"Olahragawati rumah sukan Orang Utan kategori menengah rendah." Cikgu Amin menunjukkan laporan sukan tahunan yang lepas. Memang benar ada gambar aku di situ.

"Azrul dan Aishah mari ke hadapan," nervous teruk aku sekarang ni. Sampai berpeluh tangan. Tiba-tiba je sejuk walhal sebenarnya panas.

"Secara rasminya, Azrul dan Aishah menjadi ketua dan penolong rumah sukan Orang Utan pada tahun ini. Sila berikan kerjasama yang baik ya kepada mereka." EHH PEHAL PULA AKU? KENAPA BUKAN AKAK FORM FIVE WOII?

Aku memandang sepi akak-akak form five yang turut bersimpati denganku. Sedihnya diorang. Sudahlah form five, sepatutnya mereka yang dapat jawatan ini. Bukannya aku. Tak apa lah, nanti aku calonkan nama diorang sebagai orang kanan aku hEhEhEh.

Azrul yang berada di sebelah mengenyitkan sebelah matanya saat aku terlihat wajahnya. Pehal jantan ni? Sakit mata ke?

UltraWhere stories live. Discover now