54 | live on tv

144 32 6
                                    

UWAIS dan Aqil yang sedang berlari mengelilingi kelas itu aku pandang bosan. Amende diorang ni? Awal pagi lagi sudah ada semangat untuk berlari. Tengok aku ni, awal pagi lagi sudah berharap untuk dapat tidur kembali. Pemalas yang amat.

"Waiss oii budak belah tepii aku nak pemadam aku baliklahh!"

"Welkkk tak bolehh!"

"Asal lakk? Pemadam aku kan!" Secara automatis, Uwais menghentikan langkahnya. Menyebabkan Aqil yang tidak sempat untuk brek itu melanggarnya. Habis jatuh mereka dua orang itu. Paling kesian, Uwais lah sebab muka dia memang betul-betul mencium lantai ha. Habis hidung dia yang mancung itu. Terpeleot hah engkau HAHHAHAHA jkjk.

"Sampainya hati kau Qil, langgar aku."

"Eh aku pula. Kau lah. Pehal tetiba brake ni?" Jari telunjuknya ditujukan ke satu arah. Aku yang sememangnya tengah bosan ini menggunakan ruang ini untuk melihat apa yang ditunjukkan olehnya.

"Aku nampak something."

"Something? Kau nampak apa doh? Asal aku tak nampak apa-apa ni?" Takut takut aku memandang Uwais itu. Apa benda yang dia nampak sia? Dahlah tempat tu gelap. Jangan kata dia nampak──

Aqil terus mengikuti jejak langkah Uwais tatkala lelaki itu tiba-tiba sahaja beredar pergi. Memandangkan aku sangat malas untuk pergi, maka aku membuat keputusan untuk meletakkan tangan dan kepala di atas meja lalu tidur.

"Hei Syed Ahmad Uwais Wazir! Tunggulah," tercungap-cungap nafas Aqil yang mengejar. Namun Uwais masih kekal statik. Tidak langsung bergerak, dan matanya tertumpu pada satu tempat.

"Hoi, tak dengar ke aku panggil kau ni?" Perlahan-lahan, jari telunjuknya diangkat. Aqil ikut pandang apa yang dituju.

"R-roti canai," Lutfil yang sedang memakan roti canai itu dilihat oleh mereka.

"Oh hai korang. Selamat pagi. Mulakan pagi anda dengan roti canai." Kata Lutfil sambil menyuap masuk roti canai itu ke dalam mulutnya. Dengan penuh berselera dia makan. Sementelahan pula bagi Uwais yang melihat, air liurnya sudah meleleh. Mujur Aqil ada tisu. Kalau tak, buat malu je orang lain nampak air liur dia meleleh.

"Sampainya hati kau, Lut. Makan roti canai depan aku..."

"Yeap, aku sentiasa sampai hati. Terima kasih puji." Lutfil kembali menyambung aktiviti makannya itu. Pandangan redup Uwais dihadiahkan kepada roti canai yang berada dalam pinggan Lutfil. Aqil memandang simpati terhadap Uwais. Mamat ni... dah berapa tahun tak makan roti canai ni?

"Mehlah, aku belanja kau roti canai."

"Ish, serius ah Qil? Tak pernah pernah kau sebaik ni."

"Ye ahh. Dah muka kau pandang Lutfil tu pun semacam, ada baiknya kalau aku tolong belanjakan kau roti canai tu."

"Tapi kalau mak aku tahu ni─"

"Tapi mak kau tak tahu kan? So what?" Uwais masih tampak ragu-ragu. "Look, dia takkan tahu kalau kau tak bagitahu."

"Rasa berdosa lah buat macam ni."

"Bruh, macam mana siak kau dapat hidup dengan berbekalkan beberapa buah tamar sahaja?"

"I used to it, so tak rasa sangat." Aqil akhirnya mengalah. "Lantak kau lah, Wais. Time aku baik hati camni lah kau boleh pula tolong tawaran aku. Lain kali aku tak nak lah belanja kau makan."

"Yelah yelahh. Alaa jangan majuk, Qil. Muka kau yang sedia hodoh tu akan jadi lebih buruk kalau kau merajuk." Uwais merangkul bahu Aqil dari belakang. Si pendek itu semakin mempamerkan wajah hodohnya.

"Kurang ajarnya engkau. Kau pun apa kurangnya juga. Muka innocent kau tu pun kadang-kadang nampak hodoh juga di mata aku."

"Tapi masih comel kann?" Bebola matanya naik ke atas. Menyampah. Pantang kalau orang lain puji diri sendiri comel. Hanya Aqil sahaja yang boleh puji diri dia comel. Orang lain tak boleh sesuka hati puji mereka lebih comel. Kerana Aqil lebih comel! ><

UltraWhere stories live. Discover now