31 | dasar bocah!

310 61 1
                                    

"KITA nak pergi mana ni? Kalau bawa kereta tanpa tujuan tak ada guna nya jugak," masing-masing sedang memikirkan persoalan yang diutarakan oleh Thariq itu. Agaknya, di mana lah lelaki itu berada eh?

"Jom cari kat taman! Sebab yang paling dekat dengan rumah ni adalah taman. Maybe dia ada kat sana."

"Hmm, betul juga tu." Cadangan Aish diterima baik oleh mereka lantas, van Sapee milik Aqil dipandu ke arah taman.

"Uwais? Ohh Uwaiss?"
"Wais mana kau?"
"Janganlah menyorok, nanti kena sorok dengan hantu kang padan muka."

Kepala Lutfil ditolak kuat oleh Rafael. "Nak cari dia pun, jangan sampai cakap macam tu. Cuba bayangkan kalau dia betul-betul kena culik dengan hantu macam mana?"

"Wais?" Payah ni. Selak celah rumput, tak jumpa dia. Cari bawah gelongsor kat taman permainan tu pun tak jumpa dia. Dalam tanah lagilah tak jumpa dia.

"Dia ni menyorok kat mana doh? Uwahh penatlah cari diaa!" Aqil terbaring menelentang di atas padang rumput yang hijau itu. Nasib baiklah cuaca tidak begitu panas, jadi tak ada lah dia jadi bbq pula nanti.

"Misi pencarian Uwais ni buat aku rasa nak makan ais krim lah..." tekak yang sedang mendahagakan makanan sejuk beku itu dia usap.

"Kau jangan macam-macam eh, Qil. Kita datang sini nak cari Uwais, bukan nak beli ais krim!" Thariq memberi amaran. Bukan apa, takut daripada beli ais krim nanti melencong jadi benda lain pula. Silap-silap ber 'picnic' pula di situ.

"Alaa Riq, bolehlahh. Aku dah lama mengidam nii." Keningnya berkerut hairan. Rasanya Aqil Muhtadi ini lelaki, apasal dia boleh mengidam pula?

"Janji yang kita akan beli ais krim je?"
"Janji!"

Dan yeah mereka sudah ber 'pinky promise'. Alang-alang minyak pun dah nak dekat habis, mereka singgah stesen minyak jelah. Boleh beli ais krim juga kan. Sesampai sahaja mereka di sana, bukan setakat Aqil seorang sahaja yang mengidam, yang lain pun turut mengidam juga! Cuma... tidak kesampaian nak beritahu hasrat tersebut. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan!

Thariq yang melihat pun turut tidak melepaskan peluang. Bukan selalu beli ais krim en hehehe. Sedang mereka sibuk menikmati makanan sejuk beku tersebut, mata Aish menangkap suatu susuk yang amat dia kenali. Perlahan, lokasi susuk itu dihampiri.

Bahunya yang berlapik baju itu disentuh. "Eh? Uwais?" Iris mata lelaki itu turut menjelaskan bahawa terkejut nya dia apabila mendapati Aish di situ. Lagi buat dia tidak tentu arah, apabila mata-mata ahli Ultra yang lain turut jatuh padanya!

Lekas, langkah seribu dibuka. Diorang yang tengok ni pun apa lah lagi. Kejarlah. Sampai mak cik cleaner pun kejar dia tau! Tapi setelah diberitahu hal yang sebenar kepada mak cik itu, terus dia tak jadi nak kejar. Ingatkan pencuri tadi. Baru nak buat acara lempar batang mop tadi.

Alhamdulillah lah, Rafael ini seorang olahragawan sekolah. Uwais ni lupa agaknya yang ada salah seorang di antara ahli Ultra yang terer dalam bab bab lari ni.

Sepantas kilat sahaja dia berjaya menangkap lelaki itu. Sedaya-upaya dia cuba untuk meloloskan diri namun gagal. Come on, Rafael tu sado kot. Setakat Uwais yang serupa kentang tu apa lah sangat.

"Stop Uwais? Apa hal kau lari daripada kitaorang ni seolah kitaorang ni penjahat?" Geram pula Aqil dengan jantan ini. Sudahlah datang rumah orang, lepas tu suka hati je blah macam tu je. Dahlah buat kacau-bilau sekali!

Pergerakannya terhenti. Kepalanya menunduk memandang lantai. "Aku malu nak bagitahu korang hal ini. Kalau aku bagitahu, mesti korang akan cakap yang aku ini serupa perempuan."

UltraWhere stories live. Discover now