42 | padan muka!

254 59 7
                                    

SEJAK kejadian semalam, aku langsung tidak lihat muka dia. Pelik juga bila kerusi di hadapan meja aku tiba-tiba kosong. Hurm.

"Yo Aish! Apa hal muka macam buah nangka busuk je tu? Monyokk jee."

"Tak ada apa."

"Ya ke tak ada apa. Aku tengok muka kau tu macam ada apa-apa je."

"Hm."

"Kau sedih eh Zhafran dah pindah sekolah?"

"Hm."

"Kau sedih eh kau dah tak dapat nak tengok muka hensem dia tiap hari?"

"Hm." Lenganku ditumbuk kuat olehnya. Sakit, cyal. Dahlah padu taekwondo. Boleh pecah tulang aku kalau macam ni.

"Haa bagi lagi reaksi macam tu, aku karate engkau nanti!"

"Tapi Tan, karate dan taekwondo itu adalah satu perkara yang berbeza──"

"Ah tak ada tapi tapi. Kau tak belajar taekwondo mana tahu pape. Sibuk nak mengajar aku yang pro ni pula."

"Hek eleh iya lah tu pro sangat. Kau belt apa?" Soal Uwais tiba-tiba. Tak, ni pehal tiba-tiba je ni?

"Belt hijau. Kenapa ek tanya?" Kembang-kempis hidung Intan menjawab. Ya Allah, apasal muka dia hodoh sangat bila dia buat hidung camtu? ( ꈨຶ ˙̫̮ ꈨຶ )

"Oh saja nak bagitahu, aku belt merah."

"Uyooo!" Sampuk ahli Ultra yang lain daripada belakang. Tak, ni pehal semua nak berkumpul kat meja kami ni?

"Korang ni dah kenapa? Tiba-tiba mencelah. Dahlah tak bagi salam apa."

"Eh masya Allah assalamualaikum ya Aishah wa Intan," pergh, sedap betul Uwais bagi salam. Almaklumlah anak ustaz.

"Waa'laikumussalam ya Uwais. Haa kan elok camtu."

"Wehh aku dengar si iblis tu ada minta maaf kat kau semalam. Betul ke?"

"Iblis?" Kening Intan terjongket hairan mendengar soalan daripada Aqil.

"Alahh yang hensem tu, tapi tak sehensem aku lah." Tak, ni serius tiber. Aku memandang geli wajah Lutfil yang melihat Intan bersama senyuman menggoda nya.

"Kau pehal Lut buat muka macam tu? Wajahmu seperti wajah anjing," ayat last tu nadanya macam tengah cakap indon. Tak tapi betullah, lain maciam oo muka dia sekarang ni.

"Kau tak tahu ke, yang Lut ni jenis yang sweet talker?" Soal Rafael.

"Huh?"

"Bruh, tulah kau tak tahu. Dulu, dia selalu mengorat awek yang dia terserempak. Sekarang, jaranglah sikit sebab tengah sibuk study," Jawab Aqil.

"Study apa?"

"Study cara-cara memikat seseorang wanita." Lutfil menjawab bangga. Aku dan Intan masing-masing menepuk dahi. Apakah?

"Kau buat muka tu sekali lagi, aku tak akan teragak-agak tumbuk muka kau!" Gadis itu sudah memberi amaran namun, dia masih kekal tersenyum.

"Really? I really wanna have it, if that makes you feel better." Kami yang mendengar awal-awal sudah muntah. Terima kasih kepada mak cik cleaner yang tolong sediakan kami empat buah baldi kepada kami huhuhu.

"Eeii!" Aku ingat Intan main-main je nak tumbuk muka Lutfil, last last dia betul-betul buat. Yang paling best nya, bila Cikgu Aminah masuk kelas, lepas tu nampak muka Lutfil yang sudah berdarah agak... teruk? Kena detention terus Intan tu HAHAHA.

Ahli Ultra yang lain pula? Awal-awal lagi diorang sudah papah Lutfil ke bilik rawatan. Paling kalut, Thariq lah. Bila Aqil datang ke kelas dia, bagitahu pasal keadaan Lutfil, wajah dia serupa orang mati anak pula. Bukan main laju dia pecut ke bilik rawatan.

"Lut? Lut? Please tolong jangan mati lagi." Uwais menampar perlahan wajah lelaki yang sedang terbaring di atas katil itu.

"Entah nya. Awal sangat kau kalau nak mati pun. Pahala pun tak cukup lagi." Sarkastik Rafael menjawab. Okey kalau korang nak tahu macam mana aku boleh tahu apa yang diorang buat sekarang ini, hal ini kerana aku ditarik oleh mereka sekali pecut ke bilik rawatan. Aku tak faham, kenapa mesti aku dan bukannya Intan?

Padahal, Intan yang buat kot. I mean like── kenapa libatkan aku dengan semua ini, aku kan gak tahu apa-apa (╥﹏╥) Lah tiber speaking indon.

Aku expect wajah Thariq bila lihat muka rakannya itu akan sedih. Sebaliknya, dia cemberut. Kemudian, dia melangkah mendekati katil tersebut dan mencubit lengan lelaki itu.

"AUWW!" Lutfil mengaduh kesakitan. Terbeliak mata kami. Haa ingatkan masih tidak sedar lagi, padahal──?!

"Itu sebabnya kenapa aku cemberut bila tengok dia. Aku tengok cara pernafasan dia sahaja, aku sudah tahu. Cara pernafasan orang yang sedang tidur atau pengsan, tidak sama dengan pernafasan manusia biasa yang sedar seperti kita. Rentak pernafasan mereka lebih perlahan, sementara kita, laju. Apa yang aku perhati, rentak pernafasan nya laju. Nampak sangat kau tipu."

"Kau kelentong kami, ya Lut? Kau tahu tak disebabkan kau, aku tak dapat tidur dalam kelas?!" Aku mencengkam kolar bajunya.

"Auch auch Aish, lepaskan aku woi! Sakit, sakit!" Akhirnya, cengkaman dilepaskan.

"Tahu sakit! Lain kali buat lagi kalau kerja nya nak menyusahkan orang sahaja!"

"Eleh kau. Peduli jugak eh kau kat aku?" Keningnya terangkat-angkat.

"Otakhang. Ini semua sebab diorang yang tarik aku sampai ke sini. Kalau tidak, tak ada maknanya aku berada di sini."

"Eleh, samalah tu."

"Dah dah, nak gaduh pula di sini. Jom balik kelas cepat. Lupa ke yang korang tahun depan spm?" Soal Thariq.

Aqil menggaru kepala yang tidak gatal. "Erm, buat-buat lupa, Riq."

"Jangan buat-buat lupa, eh. Ingat, spm tu exam yang penting dalam seumur hidup kamu. Apa gunanya belajar selama lima tahun, kalau spm pun tak lepas?" Auch, setepek.

"Dah, baik korang masuk kelas sekarang. Kalau tak──"

"Kalau tak, apa Abang Thariq?" Soal Uwais polos. Jejaka yang tua dua tahun daripada kami itu tersenyum senget.

"Kalau tak, terpaksa lah ya aku tanggalkan tali pinggang aku," terus, tali pinggang nya dikeluarkan. Kami mula cemas. Fuhh tu kalau kena libas kat bontot tu, setahun lebam!

"Huwaaa janganlah macam ni, Abang Thariq! Aye skek lah!" Jadah apa yang Uwais cakap ni? Skek? Binatang apa tu? Shrek ke?

Baru sahaja dia ingin melangkah, seluar panjang nya telah jatuh melorot ke lantai. Mata kami membulat. Mujur ada seluar pendek yang menutup kedua-dua belah lutut nya. Kalau tak, free free je aku dapat dosa.

Tawa kami mula pecah di atmosfera. Tawa Rafael lah yang paling kedengaran. Apa hal dia gelak macam setan, doh?

Laju Thariq menarik kembali seluar nya ke atas. Tidak lupa juga tali pinggang bagi mengetatkan seluar. Wajahnya cemberut melihat kami yang tidak berhenti dari ketawa.

"Siapa gelak dan masih tak pergi ke kelas lagi, aku doakan spm dia fail." Terus sahaja kami memecut laju ke kelas. Fuh, bukan kaleng-kaleng doa Thariq. Tacowd betul.

UltraWhere stories live. Discover now