51 | berbaik

233 40 3
                                    

p/s: kalau ada nampak tiba ii ada perkataan 'aku' tu maknanya dah start pov Aish, orite?




SETELAH uniform sekolah selamat disarungkan pada tubuh, dia melangkah keluar daripada bilik yang disediakan oleh Thariq itu.

"Selamat pagi, Raff. Macam mana tidur kat rumah aku? Okey ke? Maaflah rumah aku tak ada kemudahan pendingin hawa."

"Eh okey je. Setakat tak ada pendingin hawa apalah sangat. Asalkan dapat berteduh pun sudah cukup buat aku."

"Syukurlah seandainya begitu. Jemputlah duduk, aku pun sudah sediakan sarapan pagi ini. Kau sudah solat subuh kan?" Rafael menarik salah satu kerusi.

"Mestilah dah. Aku tak ada lah jahil sangat sampai nak solat selewat ini." Thariq ketawa kecil. "Ya, aku tahulah kau tidak sejahil itu. Aku gurau jelah."

Rafael berpaling melihat sekeliling. "Dari semalam lagi aku tidak lihat bapa engkau. Ke mana eh dia?"

"Oh," perbuatan Thariq yang sedang mencedok nasi ke pinggan itu terhenti seketika. "dia baru pulang awal subuh tadi. Jadi, dia sedang beristirehat di kamar sekarang."

"Ouh, dia kerja apa ya?"

"Kerja kilang sahaja, Raff. Keluarga aku ini biasa-biasa sahaja kerjayanya. Bukan seperti keluaga Aqil." Mendengar nama lelaki itu, buat Rafael mengetap rahang miliknya sendiri.

"Aku minta maaf sebab tersasul nama dia tadi. Aku tidak berniat pun ingin membuat kau marah. Namun walau apa-apa pun, aku harap hubungan di antara kau dan dia kembali jernih."

"Aku tak tahulah, Riq. Sukar untuk aku percaya yang dia punya wang itu di dalam begnya. Nak tuduh dia mencuri, macam tak ada alasan yang kukuh je."

"Hmm apa-apa jelah. Makanlah nasi goreng ini dahulu. Aku nak mandikan mak aku sekejap." Rafael mengangguk. Saat suapan nasi itu masuk ke dalam mulutnya, dia tidak henti-henti daripada mengisi perutnya yang sedang kelaparan itu. Sedap sungguh!

Waktu rehat di sekolah, dia hanya berehat seorang. Di dalam kelas tadi pun Aqil tidak memandangnya walau sekilas. Puas jugalah Uwais dan Lutfil memikirkan cara untuk membaikpulih hubungan mereka. Namun, hampa.

Sedang sibuk Rafael menikmati roti Gardenia di tangannya, dia telah disapa oleh seseorang. "Hai sayang!"

"Umm hai?"

"Rehat sorang ke?"

"Umm... rehat beramai-ramai?" Damia memandangnya pelik. Rafael ni... tengah cuba buat lawak ke apa ni? Namun segera dia menyorokkan kehairanannya.

"Nak saya teman awak?"

"Eh tak apalah..."

"Bolehlah..." serba salah Rafael dibuatnya namun lekas dia punya idea di kotak fikirannya.

"Tengok tu! Burung terbang!"

"Hah? Mana mana?" Damia yang sedar dirinya sedang diperbodohkan itu segera melihat jejaka itu kembali. Namun, pemuda itu lebih pantas lagi pergi. Hampa Damia dibuatnya. Baru nak ajak date. Huhuhu.

Aku yang waktu itu sedang terpacak menunggu Intan membeli keropok lekor itu telah dilanggar kuat oleh seseorang yang pastinya memusnahkan angan-anganku sebentar tadi mengenai kuda terbang.

"WOI TAK NAMPAK KE?" Dahiku berkerut memandangnya. Dia ni b****** jenis apa? Dia tak nampak ke aku ni sedang tercangak seperti b****** kat tiang ni?

Aku memandangnya bosan. Orang gila kan, buat apa nak layan?

"KAU BOLEH PALAU AKU?" Dah tu. Apa je yang aku boleh buat bila terpaksa hadap orang kurang akal seperti dia ni? Ulama kata lebih baik diam daripada bercakap, bercakap dengan orang jahil ni memang takkan ada faedah, bro.

UltraWhere stories live. Discover now