14 | blackpink

457 81 10
                                    

KELIBAT atuk dicari. Katanya sudah sampai di sini tapi batang hidung pun tak nampak acaner ni? Dari ekor mata, aku boleh lihat atuk yang sedang menghampiri dalam keadaan terjengket-jengket. Nak terkejut kan kitaorang lah tu.

"BOO!" Siapa sangka Aiden yang menjerit paling kuat. Hm memang boleh disangka. Aidan sebagai kembar berjaya hanya mentertawakannya lepas tu buat balik macam mana Aiden jerit tadi. Mesti gaduh lepas tu. Hm abaikan.

"Hohoho terkejut kamu ya. Hah Aish, ramai pula boyfriend kamu. Tercekik atuk tengok."

"Apa pula boyfriend atuk oii?"

"Elehh malu-malu pula ya. Jangan risau, atuk tak bagitahu nenek." Bisik atuk kepadaku. Orang dah kata bukan boyfriend cakap juga, hmm lantak atuk lah.

"Erm kita nak naik apa atuk? Tak nampak apa-apa pun..." soal Thariq secara berhati-hati. Bimbang jikalau tersakitkan hati pula.

"Itu!" Kami melihat ke arah kenderaan yang ditunjuk oleh atuk. B-Biar betul atuk ni?

"Serius lah atuk? Naik lori?"

"Yelah dah korang ramai. Kalau naik motor, pancit lah nanti motor atuk."

"Bukan atuk selalu letak lembu ke kat lori tu?" Mulut Aiden pantas ditekup oleh atuk. "Janganlah cakap kuat-kuat, kantoi nanti."

"Alah tak apa, atuk dah bersih kan pagi tadi. Siap berkilat lagi tau!" Siap berkilat? Hm biasanya kalau lori tu berkilat, mesti lepas tu kotor balik sebab ayam atuk selalu lepak situ.

"Dah cepat naik! Ke kamu nak jalan kaki? Jauh tau perjalanan!" Kami okey je naik. Si Aqil tu hah melebih. Siap letak alas lagi bawah punggung dia. Namun disebabkan aku ni terlebih pandai, alas itu ditarik lalu menyebabkan punggung Aqil selamat mendarat di atas lori.

"ARGHH HOMAGOD HOMAGOD HOMAGOD!" Gila teruk dia punya melatah. Sampai burung-burung yang elok bertenggek kat lori ni pun terbang. Atuk yang tengah bawa lori pun semput.

"Oiii okey tak tuu?"

"Okey tokk!"

"Halamak kau ni kecohlah, Qil. Apa jijik sangat ke lori ni?"

"Kau tahu tak berapa banyak kotoran terlekat pada lori ni? Macam mana kalau ada virus kat sini? Aku tak nak mati awal--" kepalanya dihempuk oleh Aidan. "Kalau kau merengek lagi tak nak duduk sini, aku campak kau ke jalan."

"JANGAN BANG JANGAN!" Lengan Aidan digoncangkan. Tahu takut. Uwais melihat pemandangan sekitar kampung dengan penuh minat. Tiba-tiba sahaja dia berdiri.

Tanam tanam ubi
Tak perlu di baja
Orang berbudi
Kita berbahasa

Lutfil yang melihat Uwais mula menyanyikan lagu Geng Upin Ipin itu turut berdiri. Puas dia menarik Rafael untuk ikut sekali namun hampa kerana dia langsung tidak berganjak.

Semarakkan hari ini
Kita nyanyi ramai-ramai
Goyang badan gerak kaki
Laungkan lagu damai~

"Woi!" Kepala mereka dipukul kuat. "Dah kenapa tiba-tiba menyanyi ni?"

Uwais memuncungkan bibir. "Apa? Orang nak fe-feeling kampung je."

"Kita dah sampai!" Punyalah aku berhati-hati nak turun takut jatuh tapi boleh pula Rafael melompat lepas tu tergolek masuk dalam semak wAhAgAgA.

"Assalamualaikum nenek!"

"Nenek tengah tidur lah tu, penat masak untuk kome. Dah, cepat masuk." Aku mengintai nenek yang sedang duduk di dalam bilik. Telingaku menangkap sesuatu bunyi yang amat ku kenali.

"Ha! How you like that? How you like that that that that that that that that that. How you like that? Bada bing baa bumbum." Tarian nenek terhenti apabila ternampak aku yang sedang ternganga besar melihatnya menari lagu Blackpink itu.

"WAHH NENEK PUN MINAT BLACKPINK KE?"

"Ehh tak ada lah sangat, sikit je."

"Atuk tahu tak?"

"Mestilah atuk tahu. Hari tu nenek pernah menari lagu Boombayah kat depan atuk lepas tu terus atuk kurung diri dalam bilik. Nenek pun tak tahu kenapa. Tapi apa yang nenek tahu, selalu juga lah dengar atuk muntah-muntah." Masya Allah patutlah atuk muntah-muntah. Terkejut tengok nenek berjoget agaknya.

"Assalamualaikum!"

"Ohh dah sampai dah depe. Hah Aish, tolong nenek berdiri jap." Jap. Yang aku duduk depan nenek ni apa? Belum sampai lagi?

"Ya Allah dah hensem dah cucu nenek!" Pipi Rafael dicium berkali-kali oleh nenek. Wajah cemberut Aiden tayangkan.

"Apa ni nenek? Aiden dengan Aiden lah cucu nenek, bukan dia!" Perbuatan nenek terhenti lalu matanya memandang Aiden dan Aidan dari atas ke bawah.

"Lahh ya ke? Ingatkan tiang lampu tadi hohoho," nenek gelak dengan penuh diva sambil mengacah menutup mulut. Diorang pula? Semakin cemberut wajahnya.

"Janganlah merajuk lama-lama, nanti tak ada siapa nak kat kamu. Dahlah muka tak hensem."

"Eeii apa ni nek? Tak baik cakap cucu sendiri tak hensem tau."

"Apa-apa jelah. Hah sekarang ni... siapa lapar?"

"SAYA!!"

"Jom masuk dalam. Nenek ada masak tempoyak ikan patin." Maka, kami pun masuk ke dalam seperti sekumpulan lembu yang ingin masuk ke kandang nya.

UltraWhere stories live. Discover now