...sambungan Bab 11 (Bahagian akhir)

251 45 0
                                    

...

ALMI sedang melipat baju-bajunya. Usai melakukannya, dia menuju ke arah kerusi mejanya pula. Dia mahu melakukan rutinnya seperti biasa iaitu menjawab soalan. Namun, kali ini soalan kimia organik. Jarum jam tepat menunjukkan pukul 9.05 malam. Tika itu, dia sedang menantikan Cikgu Farsyad.

Tiga orang rakan sebiliknya sudah pun berada di dalam bilik prep seperti yang diarahkan oleh warden asrama. Tinggal di seorang diri sahaja di dalam bilik itu.

Setelah itu, bunyi pintu bilik itu diketuk berbunyi. Almi mengambil telefonnya dahulu, lalu meletakkannya di atas meja. Selepas itu, barulah dia menuju ke arah pintu bilik tersebut.

Wajah Cikgu Farsyad terpacul di luar pintu. "Saya datang seperti yang kita sudah bincangkan. Kamu tidak beritahu sesiapa pasal pertemuan kita ini, kan?"

Almi mengangguk dan menjemput Cikgu Farsyad untuk masuk ke biliknya. Dia menutup pintu itu tetapi, tidak menguncinya. Selepas itu, dia berjalan sehinggalah dia sampai ke kerusi. Dia menarik kerusi itu dan mempersilakan Cikgu Farsyad untuk duduk, manakala dia duduk di atas katil.

"Apa maksud kamu yang kamu tahu apa yang saya sudah lakukan pada Arfan?"

"Cikgu lebih tahu maksud saya yang sebenarnya. Saya maksudkan tentang pembunuhan Arfan."

Farsyad berlagak seperti biasa walau pun selepas mendengar perkataan 'pembunuhan' dari mulut Almi.

"Saya tahu Arfan tidak diculik. Dia sebenarnya dibunuh oleh seseorang dan seseorang itu ialah Cikgu."

"Apa kamu mengarut ni? Saya? Saya baru berumur 13 tahun pada masa tu."

"Saya tahu, dan itulah kelebihan Cikgu."

"Ha?"

"Cikgu masih muda, oleh sebab itu tidak ada sesiapa pun yang mengesyaki Cikgu. Jadi, itulah kelebihan Cikgu."

Farsyad mendiamkan dirinya dan melihat Almi dengan tajam. Renungan tajam Farsyad dibalas dengan wajah tidak berekspresi Almi. Almi langsung tidak menunjukkan reaksi takut dengan renungan tajam Farsyad seperti seorang pembunuh itu.

"Saya akan terangkannya daripada awal kepada Cikgu tentang apa yang Cikgu sudah lakukan pada hari itu..."

"...Pada hari kejadian, Cikgu tahu Arfan akan balik seorang diri pada hari itu kerana abangnya, Arifan akan menjalani latihan kokurikulum. Saya sudah melihat gambar-gambar lama sekolah dan juga kawasan berhampiran sekolah. Pada zaman itu, tidak banyak pembangunan, jadi masih ada banyak kawasan hutan, kawasan semak-samun dan kawasan sunyi..."

"...Cikgu mungkin memukul kepada Arfan semasa dia melalui kawasan sunyi itu dan dengan pantas memasukkan Arfan ke dalam tempat duduk motosikal roda tiga Cikgu. Selepas itu, menutup badan itu dengan guni getah kerana pada masa itu Cikgu bekerja sebagai pengangkut getah orang kampung untuk dihantar ke kilang. Sewaktu Cikgu melakukannya, Cikgu telah menukar pakaian sekolah dengan pakaian biasa, supaya orang lain menganggap Cikgu sedang mengangkut getah..."

"...Cikgu balik ke rumah Cikgu dan mengangkut badan itu ke dalam rumah Cikgu. Cikgu boleh melakukannya kerana badan budak lelaki yang berumur 10 tahun tidaklah begitu besar. Malahan, Cikgu bekerja sebagai pengangkut getah, sudah tentulah badan Cikgu sudah terbiasa mengangkat benda yang berat..."

"...Kalau diikutkan, kenapa selepas 9 bulan ayah Cikgu dibunuh, barulah Cikgu mahu membalas dendam kepada mangsa? Saya ada suatu jawapan. Sebenarnya, Cikgu menunggu musim tengkujuh dan banjir, kan. Cikgu tahu beberapa hari selepas itu, hujan akan turun dengan semakin lebat. Lebih lebat daripada biasa dan akan mengakibatkan banjir, sama seperti tahun-tahun sebelum ini..."

Kes untuk A13-R10 (Complete, currently unpublished)Where stories live. Discover now