.
.
.
TUJUH TAHUN SELEPAS PERISTIWA ITU BERLAKU.
Masa kini, di sebuah tebing sungai.
INSPEKTOR Lukman daripada IPPD Hulu Langit sedang memeriksa keadaan mayat remaja lelaki yang dijumpai di tebing Sungai Bukit dengan wajah yang serius. Keadaan mangsa agak tragis dan menyedihkan.
Ditemui dalam keadaan separuh bogel, semua jari kaki dan tangan bahagian distal phalages telah dikerat dan dadanya ditoreh perkataan PC. Di sebelah mayat itu terdapat sekeping kertas yang tertulis huruf 'R' dan ditulis menggunakan darah mangsa. Lukman mengambil sekeping kertas itu lalu menggelengkan kepalanya banyak kali.
"Mangsa merupakan mangsa KEDUA, kan." Celah SI Kavita dengan wajah kesal.
Ini merupakan kali kedua mangsa pembunuhan ditemui dalam keadaan seperti ini. Ia semakin menggusarkan pihak keamanan seperti pihak polis dan seerti dengannya.
"Dengan jari kaki dan tangan dipotong, dada ditoreh dengan perkataan PC, memang tidak syak lagi kes ini merupakan kes pembunuhan bersiri. Kita harus membuat laporan SEGERA dan memberitahu Ketua Polis IPPD Hulu Langit dan ke HQ. Ini ialah kes penting, merbahaya dan kes pembunuhan kelas SATU. Maklumkan kepada semua balai polis berdekatan Hulu Langit." Tegas Inspektor Lukman berkata-kata.
Inspektor Lukman merupakan Inspektor yang telah menggantikan tempat bekas Inspektor Khairi. Bekas Inspektor Khairi telah ditukar ke Ibu Pejabat Selayer, Kuala Lumpur pada setahun yang lalu dan telah dinaikkan pangkat menjadi Superitenden Polis di sana.
Sebelum ini, mangsa PERTAMA merupakan seorang remaja perempuan berumur 15 tahun. Semasa mayatnya dijumpai, sekeping kertas yang telah ditulis menggunakan darah mangsa berada di sebelah mangsa. Kertas itu tertulis nombor '1'.
Kes pembunuhan itu telah mendapat perhatian pihak atasan polis dan Ketua Polis IPPD Hulu Langit, Dato' Jamaluddin. Mereka telah membuat persidangan untuk para polis di Bilik Persidangan. Inspektor Mokhtar turut berada di dalam persidangan itu.
"Hari ini amat mendukacitakan kita semua sebagai warga polis. Kita telah mendapat laporan penculikkan seorang remaja lelaki dan perempuan pada sebelum ini. Dan beberapa hari yang lalu dan juga pada pagi tadi, kedua-dua mangsa penculikkan itu telah ditemui dalam keadaan yang amat ngeri. Kita turut bersimpati dengan mangsa dan keluarga mangsa..."
"...Dan terbaru, kita mempunyai LIMA lagi kes laporan remaja lelaki dan perempuan hilang pada DUA hari yang lalu. Kita harus lakukan sesuatu mengenai kes ini. Walauapa pun yang terjadi, kita harus menangkap pembunuh PC ini. Di hadapan ini saya sertakan beberapa gambar lokasi mayat ditemui, sekolah para mangsa, tempat kali terakhir mangsa dilihat, semua gambar keadaan mangsa dan barang yang ditinggalkan oleh pembunuh untuk kita..."
Di hadapan dinding yang berwarna putih itu, suatu cahaya daripada projektor telah menyala dan mula menunjukkan imej seperti yang dicakapkan oleh Dato' Jamaluddin dengan satu persatu dalam bentuk slaid. Semua polis berpangkat Inspektor, SI, Konstabel dan lain-lain daripada Jabatan Jenayah Berat memerhatikan gambar itu tajam dan mencatitkan isi penting dalam buku mereka. Mokhtar juga membuat perkara yang sama.
"Saya akan menggunakan khidmat SPMG daripada Ibu Pejabat Polis lain sekali lagi sebagai bantuan untuk pihak polis di sini melakukan penyiasatan. Mereka semua telah membuktikan kebolehan mereka dalam melakukan siasatan. Saya harap kamu semua dapat menerima mereka dengan tangan yang terbuka." Sambung Jamaluddin lagi.
"Macam mana dengan A13-R2 (Almi)? Bukankah dia berada di dalam jabatan kita sekarang ini? Dia juga sangat cekap. Dia telah membuktikannya dengan menyelesaikan kes pembunuhan yang berlaku pada 20 tahun yang lalu di Selangor." celah Inspektor Lukman.
YOU ARE READING
Kes untuk A13-R10 (Complete, currently unpublished)
Misterio / Suspenso[EXTENDED VERSION] [currently unpublished] (sudah tamat, cuma yang selebihnya saya unpublished due to some reasons) [Skuad Penyiasatan Manusia Genius (SPMG) merupakan organisasi rahsia yang telah diasaskan oleh Menteri Pertahanan Awam sebagai inisia...