...sambungan Bab 12

269 40 8
                                    

...

RAYYAN menunjukkan PKIP miliknya kepada pekerja yang bertugas di kaunter Pizza Hot. Pekerja itu memandang ke arah Rayyan dan kemudian memanggil pekerja yang lain agar memanggil pengurus mereka ke depan. Pekerja yang diseru tadi terus memanggil pengurusnya yang sedang berada di dalam biliknya.

Tidak lama selepas itu, pengurus Pizza Hot yang merupakan seorang lelaki berumur dalam linkungan 40-an menuju ke arah Rayyan, Almi dan Liam.

"Ya? Ada apa-apa urusan dengan kami ke?" soalnya dengan senyuman manis.

"Saya Rayyan dari Balai Polis Bukti Rendah."

"Balai Polis Bukit Rendah? Jauh tu dari sini, dalam 20 minit, kan?"

"Ya."

"Jadi, kenapa?"

"Premis ini sudah lama beroperasi di sini, kan?" celah Almi.

"Ya." Jawab pengurus itu dan melihat Almi dengan wajah pelik memandangkan Almi terlalu muda baginya.

"Sudah berapa tahun?"

"30 tahun dah."

"Jadi, data lama masih lagi disimpan ke?"

"Um, untuk apa yang awak tanya soalan ini?"

"Kami sedang menyiasat suatu kes pembunuhan. Dan kami perlu mengetahui jika seseorang yang kami cari pernah bekerja di sini atau tidak." Balas Almi lagi. Rayyan hanya memerhati.

"Oh, rekod lama memang masih disimpan tapi, kami tak boleh serahkan butiran peribadi pekerja kami. Pihak polis mesti tahu akan hal ini."

"Kami tahu, kami cuma mahu mengetahui sama ada Muhamad Farsyad bin Farouk pernah bekerja di sini atau tidak pada tahun 2000. Itu sahaja. Kami tidak mahukan butiran lain kerana kami sudah pun mempunyainya. Dia ialah suspek utama kami." Jelas Almi dengan wajah yakin.

Mendengar nama Farsyad disebut telah membuatkan Rayyan memandang ke arah Almi. Adakah Farsyad juga merupakan suspek Almi dalam kes pembunuhan lima beranak itu? Fikir Rayyan.

Pengurus itu pula sedang berkira-kira dengan permintaan Almi. Selepas puas mempertimbangkannya, barulah dia bersetuju.

"Kamu boleh ikut saya ke bilik. Saya perlu mencari fail dan rekod lama, kerana dahulu semuanya disimpan secara manual."

Rayyan dan Almi mengangguk faham. Mereka berdua menuruti langkah Pengurus itu ke biliknya. Liam pula menunggu di dalam kereta kerana Almi telah menyuruhnya berbuat demikian tadi.

Setelah sampai di dalam bilik itu, Pengurus itu membuka satu lagi bilik di dalam biliknya. Bilik itu merupakan bilik simpanan. Khusus untuk menyimpan data-data lama. Nasib baik premis itu tidak melakukan apa-apa renovasi semenjak ia dibuka, jika tidak data-data lama mungkin sudah dilupuskan.

Dalam bilik itu terdapat dua buah rak kecil yang berkunci. Di dalam rak itu terdapat 15 buah fail yang tebal. Pengurus sebelum ini telah mengumpulkan rekod selama dua tahun ke dalam satu fail kerana ingin menjimatkan ruang.

Simpanan rekod fizikal hanyalah pada tahun 1990 sehingga 2005. Pada tahun 2006 sampailah sekarang, semua rekod sudah mula disimpan secara digital.

Pengurus itu mengambil fail yang bertulis tahun 2000. Dia membukanya dan melihat data pekerja yang bernama Muhamad Farsyad bin Farouk. Selepas menjumpainya, dia membuka 'ring' pada fail tersebut dan mengeluarkan kertas yang berkaitan dengan Farsyad.

"Ya, kami pernah mengambil Muhammad Farsyad bekerja di premis kami pada tahun 2000. Dia mula bekerja dengan kami pada tahun yang sama." Ujar pengurus itu dan sedang berdiri di hadapan pintu Bilik Simpanan.

Kes untuk A13-R10 (Complete, currently unpublished)Where stories live. Discover now