...sambungan Kes 10

440 54 12
                                    

...

ALMI mencetak surat kebenaran daripada pihak polis dan SPMG di kedai sebuah kedai cetakkan yang terdapat di situ. Dia mendapatkan surat itu pada pagi tadi setelah Liam menghantarkan email kepadanya.

Dia ingatkan permintaannya akan ditolak oleh pihak SPMG tetapi, ternyata dia salah. Dia dapat rasakan yang pihak SPMG mahu menguji kemampuannya. Oleh sebab itulah, mereka memberikan kebenaran. Sekarang, sudah tiba masanya untuk dia ke balai polis.

Bakar menghantarnya di hadapan balai polis. Almi memasuki balai polis itu dengan samberono. Seorang polis yang sedang duduk di kaunter melihatnya pelik. Almi menuju ke arah kaunter itu dan memberikan kedua-dua surat tersebut kepadanya.

Polis lelaki itu mengerutkan dahinya lalu membuka surat tersebut. Kemudian, seorang polis berpangkat SI menuju ke arah kaunter itu. Polis tadi memberikan surat itu kepadanya. Polis SI itu melihat Almi tajam.

"SPMG?" soalnya. Almi mengangguk. "Kenapa pihak SPMG menghantar kamu ke sini sedangkan kami sudah ada seorang ahli SPMG?"

"Tuan tidak membaca surat itu sampai habis ke? Perenggan terakhir kedua-dua surat itu ada menyatakan hasrat saya."

SI itu memandang surat tersebut kembali dan mengangguk faham. "A13-R2? Ah, kamulah ahli SPMG yang Rayyan ceritakan. Kenapa kamu ingin menyiasat kes itu? Kamu rasa kamu akan berjaya ke? Polis pada zaman itu juga tidak berjaya melakukannya."

"Berjaya atau tidak bukan tujuan saya. Saya hanya mahukan kepastian." Balas Almi tanpa apa-apa ekspresi.

"Kamu agak kerek. Memang benarlah apa yang dicakapkan oleh mereka semua tentang kamu. Kamu bukan sahaja popular dalam SPMG tetapi kamu juga dikenali dalam kalangan polis sebab kesombongan kamu tu. Kamu tidak pergi perjumpaan SPMG di HQ, kan? Kenapa?"

"Hanya satu kes, tetapi disiasat oleh 9 orang. Bukankah ia hanya membuang masa? Jika tidak ada seorang pun daripada mereka yang berjaya menyelesaikan kes itu, maka mereka bukanlah penyiasat yang bagus dan tidak layak berada di dalam SPMG pun."

Kedua-dua orang polis itu terkesima. Budak ini memang agak lantang. Nasib baik David tidak berada di sini, kalau tidak Almi mungkin sudah 'dicilikan'. David juga ialah ahli SPMG tetapi, ditempatkan di balai polis lain. Mereka mengenali David kerana David serta Lina selalu menjenguk Rayyan di sini. (Rujuk bab 4)

"Huh, saya Zakiran, SI di Bahagian Siasatan Jenayah Berat (BSJB). Kes ini disiasat di bawah bahagian saya. Awak perlu jumpa Inspektor Bahagian SJB dulu untuk mendapatkan kebenaran mengakses fail kes. Jom ikut saya."

"Almi." Balas Almi dan mengikuti langkah SI Zakiran.

"Um, kamu patut berhati-hati dalam menuturkan kata-kata, mungkin ada hati yang terluka. Kamu mesti pernah dengar pepatah, 'kerana mulut badan binasa', kan?" pesan Zakiran sebelum berhenti di sebuah bilik. Terdapat tag nama Inspektor Polis Syahir.

Almi hanya mendiamkan dirinya. Zakiran bukannya orang pertama yang memesan perkara itu kepadanya. Liam, Mokhtar, Arifan dan Rayyan juga pernah menasihatinya tentang perkara itu. Namun, nasihat itu seperti 'mencurahkan air ke daun keladi' kepada Almi.

Zakiran mengetuk pintu bilik Inspektor Syahir. Setelah beberapa minit, Syahir membenarkan Zakiran untuk masuk. Selepas memasuki bilik itu, Zakiran terus memberikan surat polis dari IPPD Hulu Langit dan HQ SPMG. Almi pula sedang berdiri di belakang Zakiran.

"Kamu boleh keluar SI Zakiran."

"Baik, Tuan."

Zakiran keluar dari situ sambil tersenyum sinis kepada Almi. Almi tidak memahami senyuman sinis itu. Jadi, dia membiarkan hal itu ke tepi. Syahir memandang ke arah Almi dari atas ke bawah.

Kes untuk A13-R10 (Complete, currently unpublished)Where stories live. Discover now