...
MOKHTAR dan Arif telah sampai di hadapan rumah keluarga mangsa semalam iaitu rumah arwah Ahmad Safwan (31). Mokhtar membunyikan loceng rumah. Tidak lama selepas itu, suara daripada interkom di luar rumah terbabit kedengaran. Suara itu membenarkan mereka berdua untuk masuk. Mereka berdua memasuki rumah terbabit setelah pintu pagar rumah automatik itu terbuka.
Sewaktu memasuki perkarangan rumah banglo tiga tingkat itu, Mokhtar dapat melihat di hadapan pintu rumah terbabit terdapat seorang perempuan dalam linkungan 50-an menunggu kedatangan mereka. Perempuan itu merupakan orang gaji di rumah tersebut.
"Jemput masuk Tuan." pelawa orang gaji tersebut.
"Terima kasih." balas Arif dengan senyuman.
Mokhtar dan Arif memasuki rumah itu dengan bersahaja. Keluarga mangsa ingin mengendalikan sesi soal-siasat di rumah itu memandangkan mereka lebih suka berada di sana. Jadi, Mokhtar dan Arif hanya mengikut. Di mana-mana sahaja sesi soal-siasat boleh dilaksanakan asalkan ia menyenangkan tugas mereka.
"Tuan Mokhtar ya?" duga seorang perempuan dalam linkungan 50-an. Mokhtar mengangguk.
"Ya saya Mokhtar, Pegawai Penyiasat dalam kes Ahmad Safwan."
"Saya, Marina. Ibu Ahmad Safwan. Dan ini suami saya, Dato' Razali." Jelas Marina (52) dengan nada suara tidak berpuas-hati.
"Assalamualaikum Dato'."
Sapa Arif sambil berjabat tangan dengan Dato' Razali. Mokhtar turut melakukan perkara yang sama.
"Duduklah." balas Razali dengan turut bersahaja.
"Anak saya tidak mungkin membunuh dirinya."
Marina melontarkan dialognya dengan nada angkuh di hadapan Mokhtar dan Arif sambil menjeling kedua-dua pegawai polis itu.
"Ia masih lagi dalam siasatan. Oleh sebab itulah kami ke sini kerana ingin menyiasat kes ini dengan lebih lanjut. Saya berharap Dato' dan Datin dapat memberikan kerjasama yang baik." Pesan Mokhtar sedikit tegas.
Datin Marina hanya mendiamkan dirinya. Manakala, Dato' Razali mengangguk tanda faham.
"Arwah Safwan tidak duduk satu rumah dengan Datin dan Dato' ke?"
"Tidak. Dia dan sorang lagi anak kami mempunyai rumah masing-masing. Mereka akan balik ke sini seminggu sekali. Ia tradisi keluarga yang saya terapkan kepada mereka." Balas Dato' Razali dengan tenang dan bersahaja.
"Arwah ada apa-apa masalah peribadi ke?"
"Seperti?" Marina menduga sambil menyilangkan kedua-dua tangannya itu.
"Masalah teman wanita, keluarga, kewangan?"
"Heh! Tak, anak saya sedang hangat bercinta dengan setiausaha dia. Semua orang tahu hal itu. Dan Chin tu seorang perempuan yang baik. Saya tak rasa mereka dalam fasa bergaduh. Keluarga? Dengan saya dia tidak mempunyai apa-apa masalah. Dengan suami saya pun sama. Walaupun mereka tidak mempunyai pertalian darah, saya tahu anak saya sayangkan suami saya dan suami saya juga sama."
"Ya, betul. Walaupun dia bukan anak kandung saya, tapi saya sayangkan dia seperti anak kandung saya sendiri. Kehilangan dia merupakan suatu kehilangan yang sangat besar dalam keluarga kami. Dia seorang anak yang sangat bagus. Taat kepada kami berdua, tak pernah tinggikan suara dan tidak pernah lupa akan kami berdua. Saya sangat percayakan dia. Oleh sebab itulah saya lantik dia menjadi pemangku CEO di syarikat kami. Saya tak rasa dia akan menyeleweng duit syarikat."
"Memang bukan dialah abang. Ada orang yang cuba perangkap dia."
Marina mempunyai dua orang anak. Namun, seorang lagi anaknya dijaga oleh bekas suaminya. Dato' Razali sekadar melihat wajah sebal isterinya itu.
YOU ARE READING
Kes untuk A13-R10 (Complete, currently unpublished)
Mystery / Thriller[EXTENDED VERSION] [currently unpublished] (sudah tamat, cuma yang selebihnya saya unpublished due to some reasons) [Skuad Penyiasatan Manusia Genius (SPMG) merupakan organisasi rahsia yang telah diasaskan oleh Menteri Pertahanan Awam sebagai inisia...