... sambungan Kes 7

389 42 8
                                    

...

Di dalam bilik Naib CEO GrinBea, pukul 10.00 pagi.

TUAN Arifan memasuki bilik Naib CEO GrinBea atau arwah Ahmad Safwan bersama-sama Almi dan Liam. Almi mengamati keseluruhan bilik itu dengan tajam dan cuba membayangkan tempat itu seperti hari pertama Mokhtar menyiasatnya. Dia juga mengimaginasikan keadaan mayat yang dijumpai di atas kerusi dengan TIGA kesan kelaran di bahagian lengan.

"Ada apa-apa maklumat yang Tuan Mokhtar pernah beritahu Tuan Arif selain daripada fail bukti penyelewengan dan dokumen bunuh diri itu?" soal Almi sambil menyentuh keadaan permukaan meja dan almari pendek tersebut.

"Ti-ada rasanya. Dia cuma cakap dia sudah tahu siapa pembunuhnya dan bagaimana pembunuh melakukan pembunuhan tersebut tanpa pengawasan CCTV. Aku juga tak tahu modus operandi pembunuh, Mokhtar tidak sempat membuat laporan tentang itu."

Almi mengangguk. "Berapa tinggi suspek?"

"Rahmat ke? 173 cm rasanya."

"Berapa tinggi Tuan?"

"174. Kenapa tiba-ti..."

"Tuan boleh naik ke atas siling itu sehingga ke pantri seperti yang Tuan Mokhtar lakukan?"

"Aku? Kenapa aku? Liam pun boleh, kan?"

"Tinggi Liam 181 cm. Saya mahukan seseorang yang sama tinggi dengan suspek. Oleh sebab itulah Tuan Mokhtar juga tidak teragak-agak untuk naik ke atas memandangkan tinggi dia juga hampir sama dengan suspek. Saya mahu Tuan semburkan luminol di atas itu dan tangkap gambar cahaya yang bakal timbul."

"Aduh...Liam kenapa kau tinggi sangat. Yalah, aku naik."

Arifan naik ke atas siling dengan menaiki almari pendek di dalam bilik itu. Kemudian, dia menolak satu siling yang boleh diangkat ke tepi. Arifan menahan lengannya ke lantai siling dan mengangkat dirinya sehingga berjaya naik ke pemukaan sepenuhnya.

Dia menyemburkan luminol ke setiap perjalannya ke pantri. Setelah itu, kesan semburan itu menyala. Arif terpegun untuk seketika. Namun, dia mula tersedar akan misinya iaitu menangkap gambar kejadian. Selepas selesai dia ke pantri dan keluar dari siling yang dapat dibuka tersebut. Pada hari itu, tiada pekerja yang sedang bekerja kerana menghormati kepergian Rahmat iaitu anak kandung CEO syarikat, Dato' Razali.

"Tuan ada mengambil gambar keadaan di atas?" duga Almi dengan nada serius.

Arifan mengangguk. "Ada, nah! Memang ada cahaya yang timbul."

Arifan menayangkan telefonnya kepada Almi dan Liam. Almi melihatnya tajam dan mengangguk-angguk.

"Saya mahu lihat rakaman CCTV."

"Mokhtar sudah melihatnya, kami tidak menjumpai apa-apa yang pelik."

"Tuan dan Tuan Mokhtar melihat rakaman CCTV pada hari kejadian sahaja, kan?"

"Ya..."

"Saya ingin melihat rakaman SEBELUM kejadian."

"Oh, kenapa?"

"Tuan Mokhtar mengesyaki suspek (Rahmat) yang melakukan pembunuhan itu. Jadi, orang yang melakukan penyelewengan itu semestinya orang yang sama, kan. Fail yang ditemui di atas meja mangsa menjuruskan penyelewengan itu kepada mangsa. Saya berpendapat, suspek menukarkan bukti-bukti penyelewengan itu lebih awal. Saya ada dua teori. Pertama, mangsa menyimpan bukti itu di dalam komputer syarikat. Kedua, mangsa iaitu Safwan telah menyimpannya di dalam rumah."

"Oh. Baru aku faham. Hei, sejak bila kau suka bercakap banyak ni? Liam, ini satu perkembangan yang baik, kan."

"Ya Tuan." balas Liam dengan senyuman. Almi terus memandang ke arah Liam dan menjelingnya tajam. Arif perasan akan jelingan itu.

Kes untuk A13-R10 (Complete, currently unpublished)Where stories live. Discover now