...
Di IPPD Hulu Langit, Bahagian Sel Penjara.
INSPEKTOR Khairi memandang tepat ke arah Mokhtar yang telah digari di hadapannya. Mereka berdua kini berada di bilik soal-siasat di dalam Bahagian Sel Penjara tersebut. Mokhtar sedang menundukkan kepalanya dan memandang ke arah kedua-dua tangannya yang telah bergari. Kepalanya berbalut dek kerana luka yang dia alami tempoh hari.
"Jadi, kau sudah bersedia untuk menceritakan segala-galanya kepada aku?" Khairi menduga Mokhtar yang pernah menjadi rakan sekerjanya dahulu.
Mereka pernah menjadi SI bersama-sama. Namun, Khairi terlebih dahulu mendapat pangkat Inspektor manakala, Mokhtar masih kekal dengan pangkat SI (Sub-Inspektor).
"Um." Mokhtar telah menganggukkan kepalanya sebanyak tiga kali tanda mengeyakannya.
"Apa yang terjadi dalam rumah itu Mokhtar? Kau tahukan kau kini telah menjadi suspek utama polis?"
"Ya, aku tahu. Tapi, aku tak buatnya Khairi."
"Kau dan aku tahu kau ada motif tersembunyi terhadap mangsa. Mangsa telah merampas tunang kau pada sebelum ini. Ia boleh dijadikan sebagai motif utama kau."
"Aku dah kahwin dan dah ada anak! Aku bahagia dengan isteri aku. Itu semua cerita lama."
"Jadi, beritahu aku, kenapa kau ke rumah SUSPEK UTAMA kes pembunuhan Ahmad Safwan tanpa WARAN!? Kau sudah gila ke! Dah tak waras? Ini bukan Mokhtar yang aku kenal. Kelakuan kau ini telah menunjukkan kau masih tidak berpuas-hati dengan suspek kita. Kenapa kau memilih untuk menjadi polis yang tidak bertanggungjawab walaupun kau sudah tahu akan akibatnya, hah!?"
Mokhtar terkesima. Teguran Khairi terkena tepat pada batang hidungnya. Dia mengetapkan bibir dan meraup wajahnya. Dia serabut dengan apa yang telah menimpanya sekarang. Dia tidak risau tentang dirinya sendiri. Namun, dia risau akan nasib yang bakal menimpa anak isterinya nanti. Apa yang orang sekeliling akan katakan kepada mereka jika perkara ini tersebar luas?
"Boleh aku jumpa isteri aku Khairi? Aku kena terangkan benda ini kepada dia, dia layak untuk tahu."
"......" Khairi tidak menjawab sebaliknya memilih untuk mendiamkan dirinya.
"Khairi, aku merayu pada kau. Tolonglah aku, kali ini aje."
"Kali ini aje aku tolong kau. Selepas ini jika kau ditimpa masalah seperti ini lagi, jangan harap aku akan bagi muka! Kau kena beringat sendiri selepas ini Mokhtar."
"Terima kasih Khairi, ini akan menjadi yang terakhir."
"Sebelum aku izinkan kau berjumpa dengan isteri kau, aku nak kau ceritakan segala-galanya kepada aku semasa kau berada di dalam rumah itu."
Mokhtar mengangguk faham. "Baiklah."
"Pukul berapa kau sampai di sana?"
"Dalam linkungan pukul 10 atau lebih. Aku tak pasti. Aku masuk ke rumah selepas suspek (Rahmat) pelawa aku dan Leman masuk. Setelah kami berdua masuk, aku ada beritahu yang mangsa (Ahmad Safwan) telah mati dibunuh dan bukannya membunuh diri. Pada masa itulah, Leman mendapat panggilan daripada seseorang yang menyatakan isteri dia sedang bersalin di hospital. Aku benarkan dia beredar sebab nanti aku akan laporkan kepada pihak atasan. Setelah itu, aku berbual-bual seketika dengan Rahmat."
"Dan, pada masa itu aku sedang menulis sesuatu pada buku nota, tiba-tiba aku terdengar suatu bunyi tembakkan. Aku terus mengangkat muka, tapi belum sempat pun aku melihat kejadian itu aku dapat rasakan suatu pukulan yang agak kuat di belakang kepala aku. Pandangan aku melayang pada masa itu dan ia menjadi gelap-gempita. Aku sedar aje, aku sudah berada di katil hospital dengan tangan aku digari."
YOU ARE READING
Kes untuk A13-R10 (Complete, currently unpublished)
Mystery / Thriller[EXTENDED VERSION] [currently unpublished] (sudah tamat, cuma yang selebihnya saya unpublished due to some reasons) [Skuad Penyiasatan Manusia Genius (SPMG) merupakan organisasi rahsia yang telah diasaskan oleh Menteri Pertahanan Awam sebagai inisia...