'Segala yang berlaku dalam cerita ini tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat persamaan, ia hanyalah kebetulan sahaja. Nama, jawatan dan tempat hanyalah rekaan semata-mata dan diubah untuk kesesuaian cerita.'
'Segala idea dalam cerita ini merupakan 100% idea saya. Saya ialah seorang movie-addict dan sumber inspirasi dan rujukkan saya adalah pelbagai. Sekiranya terdapat kesalahan maklumat, mohon pencerahan agar saya dapat memperbetulkannya. Cerita ini merupakan khayalan semata-mata. Dilarang meniru cerita ini dan menerbitkannya. Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi baca, undi dan komen.'
Di dalam Bilik Persidangan Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Langit, pukul 8.30 pagi.
DI DALAM bilik persidangan itu terdapat beberapa anggota polis Bahagian Jenayah Berat sedang duduk di atas kerusi yang telah disediakan. Mereka sedang menunggu untuk mendengar laporan kes berkaitan daripada Ketua Polis.
Ahli-ahli SPMG yang berada di tahap teratas turut hadir ke persidangan itu. Mereka diberi tugasan untuk membantu pihak polis di IPPD Hulu Langit untuk sementara. Rata-rata anggota polis di situ masih belum mempercayai kemampuan Almi. Jadi, mereka meminta bantuan daripada pihak SPMG di Ibu Pejabat Polis yang lain. Almi dan Liam turut hadir kerana mereka dijemput ke persidangan itu.
"Sebelum saya memulakan persidangan kita pada hari ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua anggota kita yang hadir terutama sekali Inspektor Khairi selaku Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Berat dan juga ahli-ahli SPMG yang bakal membantu siasatan kita pada kali ini." ujar Dato' Jamaluddin selaku Ketua Polis IPPD terbabit.
Anggota polis yang berada di situ berdiri dan memberi tabik hormat kepada Dato' Jamaluddin dan duduk di atas kerusi kembali. Ahli SPMG yang hadir turut membuat hal yang sama.
"Baiklah, hari ini kita akan membuat pembentangan kes pembunuhan bersiri yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Jika berdasarkan daripada slaid di hadapan ini, kita dapat melihat pembunuh menggunakan modus operandi yang sama iaitu menculik mereka dahulu dan selepas tiga hari barulah mangsa akan dibunuh. Pembunuh akan meninggalkan sekeping kertas bertulis suatu perkataan. Malangnya, sampai sekarang pihak polis masih belum dapat memecahkan perkataan yang ditinggalkan oleh pembunuh terbabit." jelas Dato' Jamaluddin dan berhenti untuk seketika sebelum menyambungnya kembali.
"Menurut laporan daripada pihak forensik, mangsa meninggal dunia kerana kehilangan banyak darah selepas ditikam. Malahan, mangsa juga disyaki meninggal dunia kerana kegagalan sistem pernafasan atau multisystem organ failure. Berdasarkan keputusan autopsi serta kajian mereka, mangsa berkemungkinan diberikan sejenis racun yang merbahaya yang digelar sebagai ricin."
"Setakat ini, kita sudah mempunyai dua orang mangsa dan berkemungkinan kita akan ada mangsa yang ketiga pula. Kamu tahu kes penculikkan terbaru ini, kan. Kita mempunyai kerisauan yang sama, IAITU keadaan mangsa yang terbaru ini. Kita tidak mahu dia menjadi mangsa ketiga. Sebab itulah kita membuat persidangan pada hari ini. Mangsa terbaharu itu dilaporkan hilang pada 38 jam yang lalu. Mari kita lihat foto-foto di tempat kejadian." Dato' Jamaluddin menekan laser pointer untuk ke slaid seterusnya.
Slaid seterusnya menunjukkan keadaan mangsa ketika ditemui. Mangsa pertama merupakan seorang perempuan dan dijumpai dalam keadaan terbaring dengan kedua-dua tangannya diletakkan di atas perut. Mangsa juga dipakaikan baju gaun berwarna putih. Mangsa dikelilingi dengan bunga ipomaca dan berlumuran dengan darah merah yang masih belum kering. Di bahagian atas kepala mangsa pula terdapat sekeping kertas yang menulis perkataan 'DOBI'.
Di sebelah mangsa terdapat katil yang masih tersusun rapi. Di penjuru bilik itu pula terdapat sebuah meja kayu. Di atas meja itu terdapat sebuah pasu dan di dalamnya terdapat dua jenis warna bunga ros plastik. Mangsa ditemui di sebuah bilik motel yang ditempah diatas namanya sendiri. Mangsa sebelum ini telah dilaporkan hilang apabila panggilan telefon dan mesej yang tidak terjawab olehnya. Namun, laporan itu dibuat setelah tiga hari mangsa disedari hilang.
YOU ARE READING
Kes untuk A13-R10 (Complete, currently unpublished)
Mystery / Thriller[EXTENDED VERSION] [currently unpublished] (sudah tamat, cuma yang selebihnya saya unpublished due to some reasons) [Skuad Penyiasatan Manusia Genius (SPMG) merupakan organisasi rahsia yang telah diasaskan oleh Menteri Pertahanan Awam sebagai inisia...