...sambungan Kes 3

409 49 0
                                    

...

Di bilik mangsa di Asrama Puteri Khadijah, pukul 12.00 tengahari.

SEORANG warden sedang membuka pintu bilik mangsa dan membenarkan Almi dan yang lain memasuki biliknya itu. Almi memasuki bilik itu dan memerhatikan setiap pelosok bilik. Namun, benda yang paling menarik hatinya ialah kipas siling. Mayat mangsa telah ditemui tergantung di kipas siling itu dengan tali manila yang dililit di bahagian tengkuk mangsa.

"Adakah Tuan orang pertama yang menemui mayat mangsa?" soal Almi kepada warden tersebut.

"Bukan saya, kawan arwah yang duduk di bilik sebelah. Saya dengar dari Cikgu Saleh selaku Guru Asrama, mengatakan arwah sakit perut pada ketika itu sebab sengugut. Jadi, mangsa naik lebih awal berbanding kawannya yang lain. Pada malam itu sepatutnya ada ceramah agama daripada Ustaz Palestin dan ceramah motivasi daripada Haji Fadilah Ramsah."

"Jadi, semua pelajar asrama diarahkan turun bagi memeriahkan ceramah tersebut. Cikgu Saleh, Encik Zukri, Encik Burhan, Puan Seroja, Cikgu Amelia dan Cikgu Rozita yang telah bertanggungjawab menguruskan ceramah itu. Saya balik kampung pada minggu itu, jadi saya tiada semasa kejadian ini berlaku." terang Encik Farok selaku warden ketiga asrama dengan panjang lebar.

Almi mengangguk dengan laju. Almi memerhatikan bilik yang sudah kosong itu dan kemudian membuka tingkap bilik. Bilik itu telah berhabuk sedikit kerana sudah tidak digunakan selama sebulan.

"Sudah tiada sesiapa tinggal di bilik ini ke?" duga Almi.

Farok menggelengkan kepala.

"Tidak. Semua pelajar menolak untuk memasuki bilik ini kerana takut. Yalah, mereka menganggap roh arwah tidak tenang. Malahan, bilik sebelah ada mengatakan mereka terdengar bunyi kerusi bergesel dengan lantailah, bunyi meja dialihkanlah walaupun dah tiada orang di sebelah sini. Benda macam ini biasalah, kan. Mereka memang wujud pun." ujar Farok dengan wajah sedikit takut.

Almi mengangguk faham. Bulu roma Hafiya pula mula meremang selepas mendengar cerita Farok. Liam hanya berdiri kaku di sebelah Almi dan tidak memberikan apa-apa reaksi. Almi kemudiannya menuju ke arah pintu bilik tersebut. Dia dapat melihat dua buah selak dipaku di pintu terbabit.

"Jadi, bilik ini ada selak? Jika bilik ini diselak, amat susah untuk dibuka dari luar. Tingkap bilik mangsa pula mempunyai besi jeriji. Jadi, mustahil orang luar boleh memasuki bilik ini melalui tingkap. Tetapi, boleh jadi semasa mangsa memasuki biliknya sebab sengugut, mangsa terlupa untuk menutup pintu selak ini. Dan mungkin juga..." bisik hati Almi sambil mengetapkan bibirnya.

"Tuan, guru yang terlibat dan warden telah berkumpul di Bilik Prep ke?" soal Almi dan berpaling semula ke arah Farok.

Farok mengangguk. "Ya, cuma terdapat beberapa guru yang tidak dapat hadir kerana sibuk. Mereka akan datang kemudian katanya."

Almi mengangguk faham dan berlalu keluar dari bilik itu selepas mengucapkan 'terima kasih'.

Almi, Liam dan Hafiya menuju ke Bilik Prep. Selepas memasuki bilik prep, Almi dapat melihat tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan di dalam bilik tersebut. Almi menyapa mereka semua seperti biasa dan duduk di kerusi yang telah disediakan.

"Boleh kami tahu kenapa kami dipanggil ke sini? Kami ni banyak kerja sebenarnya." tegur seorang guru perempuan atau Cikgu Rozita.

Almi melihat ke arah Cikgu Rozita dan melihat tag nama yang dikepilkan di tudung Cikgu Rozita. Kemudian, dia mengambil telefon pintar yang berada di dalam poket dan membuka aplikasi rakaman. Dia ingin merakam soal-siasat itu dan menyerahkannya kepada Tuan Mokhtar sebentar lagi.

Kes untuk A13-R10 (Complete, currently unpublished)Where stories live. Discover now