PADA pagi keesokkannya, pengawai polis dari Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Berat dan beberapa pegawai polis dari balai polis berdekatan berkerjasama untuk membuat beberapa Ops Sekatan jalan untuk tujuan siasatan.
Ops Sekatan itu sudah berlangsung sejak semalam lagi apabila mendapat berita mengenai penculikkan anak perempuan Ketua Polis Negara. Malahan, Ibu Negara (KL) juga telah mula melakukan operasi yang sama.
Almi memasuki bilik perbincangan dalam Jabatan Jenayah Berat IPPD Hulu Langit dengan wajah tidak berekspresinya seperti biasa. Dia mendapatkan Mokhtar yang sedang duduk di satu tempat. Rayyan, David, Lina, Fathih dan Fahmi melihat kehadiran Almi di dalam bilik itu.
Mereka semua tidak mengikuti pihak polis kerana sedang cuba membongkarkan semua KLU yang ditinggalkan oleh pembunuh tersebut. Pihak polis telah memberikan tanggungjawab itu kepada mereka.
Manakala, anggota polis akan melaksanakan misi itu dan menerima apa-apa khabar berita atau sebarang penemuan daripada ahli SPMG. Ahli SPMG direkrut kerana tujuan itu iaitu membantu penyiasatan pihak polis.
"Almi duduklah, saya akan terangkan kes ini daripada awal kepada awak." Sapa Mokhtar kepada Almi yang sedang menghampirinya.
Arifan sudah berada bersebelahan Mokhtar pada ketika itu. Almi pula memilih untuk duduk di kerusi yang masih kosong dan berdekatan dengan Arifan serta Mokhtar. Serentak itu juga, Mokhtar ke hujung meja berbentuk U ini dan membuka slaid mengenai kes ini berdasarkan laporannya sendiri.
"Saya mengambil peluang ini untuk menerangkan kes ini kembali daripada awal sehinggalah penemuan terbaharu kita. Okey, mangsa pertama ditemui di dalam kebun getah dalam keadaan separuh bogel, jari kaki dan kuku dipotong dan dadanya ditoreh dengan perkataan PC...."
"...Malahan, pembunuh meninggalkan suatu klu yang tertulis nombor 1. Mangsa merupakan pelajar perempuan sekolah A, dan berumur 15 tahun. Mangsa kedua ditemui berhampiran tebing sungai dalam keadaan yang sama, umur yang sama, dari sekolah B, dan dengan klu bertulis huruf 'R'..."
"....Mangsa ketiga ditinggalkan dengan nombor '0', dari sekolah C dan dengan umur yang sama. Mangsa keempat dengan klu bernombor 3, sekolah A, 15 tahun dan mayat kelima ditinggalkan dengan klu berhuruf A, sekolah D, umur yang sama. Kesemua klu-klu itu ditinggalkan selepas mayat mangsa ditemui. Namun, untuk klu yang terakhir dan penculikkan paling terkini iaitu yang baru terjadi kelmarin, pembunuh telah meninggalkan klu bernombor 1 sekali lagi dan perkataan 'Perfect Crimes: DTA'..."
"Pembunuh pada kali ini meninggalkan klu SEWAKTU menculik mangsa. Saya tidak ingin memberikan spekulasi awal tentang keadaan mangsa culik keenam kita. Dan mangsa keenam kita itu merupakan anak Ketua Polis Negara, yang juga berumur 15 tahun. Namun, dia diculik ketika pulang dari sekolah di SBP Aman Bakti, iaitu di KL. Corak tidak tentu (random) ini amat mengelirukan pihak polis dan sampai sekarang kita tidak tahu motif pembunuh mahu pun apa yang dia mahukan daripada pihak polis sehingga berani menculik anak Ketua Polis Negara."
"Seriuslah." Arif melopong sewaktu mendengar tentang kes penculikkan anak Ketua Polis Negara, Dato' Sri Khairuddin.
Mokhtar mengangguk. "Untuk makluman, kes yang kami gelar sebagai Si Pembunuh PC ini pernah berlaku pada 7 tahun lalu di Kampung Chering, Kedah. Pada masa itu, seramai 7 orang pelajar dalam linkungan umur 15-17 tahun yang telah diculik. Enam daripadanya telah dibunuh dan hanya SEORANG yang sempat diselamatkan. Ternyata, mangsa yang terselamat itu merupakan anak pembunuh sendiri. Mungkin disebabkan itulah, dia tidak dapat membunuh mangsa terakhirnya itu..."
"...Nama mangsa terakhir yang terselamat itu ialah Nur Iman bin Imran. Ayahnya atau pembunuh itu merupakan seorang Doktor Bedah dan mempunyai klinik sendiri pada sebelum ini. Pembunuh tersebut atau pembunuh PC (Dr Imran) kini dalam pelarian kerana dia telah berjaya melarikan diri dari pihak polis sewaktu pemindahan sel penjara pada seminggu yang lalu..."
YOU ARE READING
Kes untuk A13-R10 (Complete, currently unpublished)
Gizem / Gerilim[EXTENDED VERSION] [currently unpublished] (sudah tamat, cuma yang selebihnya saya unpublished due to some reasons) [Skuad Penyiasatan Manusia Genius (SPMG) merupakan organisasi rahsia yang telah diasaskan oleh Menteri Pertahanan Awam sebagai inisia...