...sambungan Kes 15 (Bahagian akhir)

241 38 5
                                    

...

SEMUA anggota polis bahagian Jabatan Jenayah Berat dan ahli SPMG dipanggil semula ke Bilik Persidangan. Suatu berita tergempar telah berlaku pada tengahari tadi. Suatu penculikkan berlaku sekali lagi.

"Huh, minta maaf kerana terpaksa mengumpulkan kamu semua dalam keadaan begini. Baru sahaja petang tadi pihak HQ memberitahu saya bahawa anak perempuan Ketua Polis Negara iaitu Dato' Sri Khairuddin Jalalail telah DICULIK. Dan, ia juga kerja Si Pembunuh PC itu." Kata Dato' Jamaluddin dengan nada suara yang serius.

"Bagaimana Dato' begitu pasti ia kerja orang yang sama sedangkan Ketua Polis Negara tinggal di Kuala Lumpur dan anaknya juga tinggal di sana. Sejak bila Si Pembunuh PC ini meluaskan aktiviti kegiatannya sehingga ke KL?" Soal Inspektor Lukman ingin tahu.

Semua anggota polis dan ahli SPMG turut ingin mengetahui perkara yang sama kerana setakat ini kesemua mangsa berasal dari negeri Perak.

Kelihatan Jamaluddin sedang menarik nafas panjang. "Kerana dia meninggalkan sekeping kertas yang tertulis perkataan 'Perfect Crimes: DTA' dan nombor '1'. Maksud PC selama ini ialah Perfect Crimes. Kamu sedar maksudnya sekarang, kan. Selama ini dia sedang berteka-teki dengan pihak polis. Selama ini juga dia sedang alihkan perhatian kita. Dia mungkin telah lama mengekori anak Ketua Polis Negara dan meniru kes yang pernah berlaku pada tujuh (7) tahun yang lalu HANYA untuk menculik anak perempuan Dato' Sri Khairuddin. Ia mungkin berkaitan dengan UNSUR dendam."

"Macam itu ke?" David mengangguk-angguk.

"Dengan itu juga Dato' Sri menyeru kepada kamu semua untuk menyiasat kes ini dan membantu dia membawa pulang anak perempuannya itu. Dia akan menghantar seberapa bantuan yang kamu semua mahu asalkan anaknya berjaya ditemui. Dia sedar akan kejadian pembunuhan PC yang berlaku dalam negeri kita ini...

"...Jadi, dia pasti kamu semua akan dapat menghubungkan segala-gala klu untuk dan membongkarkannya di sini. Pihak polis di Ibu Negara juga sedang turut serta menyiasat kes ini. Dato' Sri juga menyatakan akan memberikan pampasan dan kenaikkan pangkat untuk sesiapa yang berjaya menyelamatkan anaknya itu."

Mokhtar mendengarnya dengan penuh perhatian. Dia mengigit bibirnya dan kemudian mencapai telefon bimbitnya itu. Dia mendail nombor seseorang dan kemudian menekupkan telefon ke telinga.

"Hai, Arifan."

"Mokhtar? Kenapa? Aku baru siap mandi ni wei. Nasib baik kau telefon selepas aku siap mandi. Kenapa?"

"Bila kau nak balik ke IPPD?"

"Tengahari esok. Kenapa?"

"Aku nak kau bertolak sekarang."

"Ha? Wei, mana boleh. Nanti mak aku membebel-bebel lagi. Aku baru sampai semalam kut. Bukan senang aku nak balik."

"Aku akan pujuk Dato' Jamaluddin untuk panjangkan cuti kau setelah kes ini selesai. Aku janji."

"Mana sempat doh!"

"Sempat!"

"Haih, okeylah. Cakap ajelah kau rindu, apa susah."

"Tak Arif. Kita ada masalah besar." Mokhtar bernada serius.

"Apa maksud kau ini? Kes apa yang kau sedang tangani sekarang ini?"

"Kau akan tahu. Oh, pastikan kau bawa balik Almi sekali."

"Mestilah takkanlah aku nak tinggalkan dia di sini. Dia dahlah tengah merajuk dengan aku sekarang."

"Kali ini kau buat apa lagi dekat dia?"

"Tak, dia sakit perut semalam. Tapi, dia tak suka jamban kat luar rumah itu. Jamban dekat luar rumah aku tu mana ada bumbung. Rumah kampung zaman dulu, biasalah kan. Dia tak selesa agaknya berak dengan keadaan tak ada bumbung."

"Aku pun tak selesa Arif. Tak, kenapa kau tak upah orang bina jamban dalam rumah kau satu? Takkanlah kau tak ada duit langsung nak upah orang."

"Hahaha! Ada, aku dah buat satu tapi dia tak tahu. Aku tipu dia. Hahahaha! Pastu dia dapat tahu pagi tadi dan terus merajuk sakanlah. Dia tak bercakap dengan aku sampai kesudah. Hahahahahaha! Lawak doh."

"Kau memang suka buat dia marah. Apa pun kau kena balik malam ini bersama-sama Almi. Ingat tu."

"Baik Tuan."

Mokhtar bingkas bangun sambil membawa beberapa dokumen untuk dia telitikan sendiri nanti. Dia juga telah menjumpai jalan mati setelah mendapat tahu tentang penculikkan anak Ketua Polis Negara. Pemilihan mangsa Pembunuh PC telah tersasar jauh sehingga ke KL. Dia juga tidak sangka akan hal ini. Dia dapat rasakan tiada sesiapa pun yang dapat menjangkakannya termasuklah Almi sendiri walau pun Almi menyertainya.

~ ~ ~

Kes untuk A13-R10 (Complete, currently unpublished)Where stories live. Discover now