...sambungan Bab 12

275 44 10
                                    

...

SYAHIR memasuki bilik pemerhati. Semua mata yang berada di dalam bilik itu kepelikkan apabila melihat Inspektor Syahir memasuki bilik pemerhati dan bukannya bilik soal-siasat yang berada di sebelah.

"Almi, saya bagi awak peluang untuk menyoal-siasat dia dahulu." Kata Syahir dengan lembut.

"Tapi, Tuan..." Zakiran cuba mencelah, namun berhenti apabila Syahir memberikan isyarat tangan kepadanya.

"Tak apa Zakiran. Awak yang telah selesaikan kes ini, jadi saya rasa awak berhak mendapatkan peluang ini, Almi."

Almi mengangguk faham dan berterima-kasih kepada Syahir sebelum dia bergerak pergi ke bilik sebelah. Selepas dia memasuki bilik soal-siasat, dia dapat melihat Cikgu Farsyad sedang digari di kerusinya.

"Assalamualaikum Cikgu." Sapa Almi. Farsyad yang menunduk sedari tadi mengangkat mukanya.

"Kamu...? Macam mana kamu boleh masuk ke sini? Tak, siapakah kamu yang sebenarnya?"

"Penyiasat dari sebuah organisasi rahsia yang ditubuhkan oleh Kerajaan. Saya hanya menyamar sewaktu memasuki sekolah itu dan ianya untuk mendekati Cikgu."

"Jadi, kamu seorang penyiasatlah. Patutlah otak kamu sangat tajam dan tidak seperti pelajar biasa. Huh, saya sudah menyesal Almi di atas semua perbuatan saya itu. Saya betul-betul menyesal membunuh Arfan. Andai saya dapat putarkan balik masa, saya tidak akan melakukannya."

"Betul ke Cikgu sudah menyesal?"

"Ha? Ya, Almi."

"Cikgu ada cari abangnya merangkap kawan baik Cikgu dan ibunya?"

Farsyad hanya mendiamkan dirinya. "Tidak, bukan? Cikgu tidak meminta maaf kepada mereka mahu pun menyerahkan diri kepada pihak polis. Malahan, Cikgu cuba untuk membunuh saya semalam."

"Sebab kamu akan menyebabkan rahsia saya terbongkar dan memasukkan saya ke dalam penjara. Dan kamu memprovok saya semalam."

"Cikgu telah membunuh, jadi apa yang Cikgu harapkan dari kami?"

Farsyad terdiam sekali lagi dan kemudian, menarik nafas dalam. "Saya mendapat ijazah dengan usaha saya sendiri. Pada waktu itu, susah sangat nak dapatkan ijazah. Pada waktu itulah, saya baru sedar yang saya sudah buat kesilapan yang besar. Oleh itu, saya tidak mahu mensia-siakannya masa saya lagi. Saya mengajar kelas tambahan secara percuma di rumah saya kerana saya ingin menebus kesalahan saya..."

"Jika Cikgu mahu menebusnya, Cikgu patut berterus-terang kepada Arifan dan ibunya serta meminta maaf kepada mereka. Cikgu mahu menebus kesalahan Cikgu dengan mengajar para pelajar secara percuma kerana berharap Allah mengampunkan Cikgu ke? Tapi, macam mana dengan Tuan Arifan dan ibunya? Cikgu hanya akan selamat di dunia, tetapi di akhirat nanti, mereka semua akan menuntutnya daripada Cikgu. Cikgu mahu rugi di dunia atau di akhirat?" bidas Almi.

Farsyad tersentap. "Jika betul Cikgu sudah berubah, Cikgu boleh mulakannya dengan bertaubat dan meminta maaf kepada mereka." sambung Almi lagi.

Keadaan menjadi jeda buat seketika kerana Farsyad sudah mendiamkan dirinya. Begitu juga dengan Almi. Setelah seketika, barulah Almi bersuara kembali.

"Kenapa hanya Arfan?"

"Ha?"

"Arfan adalah mangsa dalam 'cerita' ini. Jadi, kenapa hanya dia jika Cikgu mula berdendam kerana kematian ayah Cikgu? Terdapat tiga orang yang telah memukul ayah Cikgu sampai mati, kenapa Cikgu juga tidak membunuh mereka? Mereka telah pun dibebaskan 5 tahun selepas kes itu berlalu."

Soalan Almi itu mengejutkan semua orang yang mendengarnya di bilik pemerhati. Mereka semua tidak sangka Almi akan bertanya soalan seperti itu.

Farsyad menundukkan wajahnya dan menelan air liurnya. Kemudian, Farsyad tiba-tiba sahaja menangis dengan hiba. Tangisannya sangat kuat sehinggalah dia tersedu-sedan. Rayyan, David, Lina, Zakiran dan Syahir yang melihatnya kepelikkan.

Kes untuk A13-R10 (Complete, currently unpublished)Where stories live. Discover now