Kes 1: Kes Pembunuhan Penulis Novel

1.8K 93 21
                                    

"Segala yang berlaku dalam cerita ini tidak ada kena mengena dengan orang yang masih hidup atau meninggal dunia. Sekiranya hal sama terjadi, ia merupakan kebetulan sahaja. Nama, jawatan dan tempat di dalam cerita ini juga hanyalah rekaan semata-mata dan diubah untuk kesesuaian cerita."

Suatu rumah flat di Perak, pukul 8.15 pagi.

DALAM sebuah flat di bandar utama Hulu Langit, Perak terdapat dua anggota polis sedang memasang plastik 'Dilarang Melintas. Kawasan Larangan Polis'. Dua anggota polis lain atau dikenali sebagai Pegawai Penyiasat (Investigation Officer) sedang memeriksa tubuh mangsa pembunuhan. Kedua-dua Pegawai Penyiasat itu beriak tegang dan dengan wajah berkerut seribu.

Mangsa pembunuhan tragis itu telah dibunuh di sebelah meja bacaan di dalam rumahnya. Rumah flat itu berkonsepkan LDK yang memberi maksud one living room, dining and kitchen. Mangsa tertiarap dengan keadaan pisau tegak di bahagian tulang belakang mangsa atau mengenai bahagian lumbar curve.

Di sebelah mangsa pula terdapat sebuah buku nota kecil dan satu pen yang berlumuran dengan darah. Manakala, di atas mejanya pula terdapat satu cawan air kopi yang masih bersisa walaupun sedikit dan satu bingkai gambar.

Di sebelah kiri serta belakang meja itu pula terdapat dua rak buku yang menempatkan buku-buku novel mangsa dan juga novel kegemarannya. Hampir separuh daripada buku-buku itu telah terjatuh ke lantai dan berselerak.

Di hadapan meja bacaan itu terdapat sebuah katil yang tersusun kemas. Di dinding sebelah katil itu pula terdapat kalendar dan bingkai abjad digantung di situ.

Salah seorang Pegawai Penyiasat itu atau bernama Tuan Mokhtar (35) mula bersuara. Mokhtar memegang jawatan sebagai Sub-Inspektor atau SI di IPPD Hulu Langit.

"Nama mangsa Awang Bin Mahmud. Mangsa berumur 26 tahun, lelaki dan bekerja sebagai penulis novel. Dibunuh dengan pisau dari arah belakang, dan mati di tempat kejadian. Mangsa masih belum berkahwin tapi sudah bertunang. Leman, nanti kamu hantarkan laporan penuh dari forensik ke bilik saya." arah Mokhtar tegas sambil membelek fail jenayah.

"Baiklah Tuan!" sahut Konstabel Leman (22) sambil mendabik dada.

"Sebelum itu, kita ada saksi ke? Seseorang yang berkemungkinan berselisihan dengan sesiapa yang meragukan atau apa-apa?" duga seorang lagi Pegawai Penyiasat atau Tuan Arifan (33) kepada anggota polis yang berada di tempat kejadian. Dia merupakan rakan sekerja Tuan Mokhtar dan memegang jawatan yang sama.

"Kami masih lagi menyoal-siasat penyewa di sini termasuklah pemilik flat Tuan." jawab Leman lagi.

"Macam tu ke? Di sini tiada CCTV?" soalnya lagi.

"Tidak Tuan. Tempat ini tidak menyediakan perkhidmatan CCTV. Namun, terdapat jaga yang menjaga flat ini." jawab anggota polis terbabit.

"Kalau macam tu, kamu soal-siasat jaga itu betul-betul. Dia berkemungkinan saksi penting kes ini." sampuk Mohktar.

Anggota polis itu mengangguk laju dan terus keluar dari rumah flat terbabit.

Serentak itu juga, Arifan mengambil satu buku nota kecil yang tersadai di sebelah mangsa. Buku nota kecil serta pen itu dicemari oleh darah mangsa yang telah menulis sesuatu pada buku terbabit.

"Mokhtar cuba kau tengok ni." kata Arifan sambil memberikan buku nota kecil itu kepada Encik Mokhtar.

Mokhtar mengambilnya. Mereka berdua memakai sarung tangan berwarna putih kerana tidak ingin mencemari apa-apa bahan bukti dengan cap jari mereka berdua.

"1281 + 4494 + 21 + 12 =?. Apa maksud persamaan matematik ni?" soal Mokhtar kepada dirinya sendiri dan kepada Arifan. Arifan menjongketkan bahunya.

Kes untuk A13-R10 (Complete, currently unpublished)Where stories live. Discover now