.
.
.
TIGA HARI SELEPAS ITU.
ALMI membuka satu bungkusan yang baru sampai di rumahnya itu. Dia telah memesan beberapa barang dalam tiga hari yang lepas. Hari ini akan menjadi hari pertama dia bekerja di Ibu Pejabat Polis Selayer, Kuala Lumpur. Dia sedang bersiap-siap memakai baju polis pelatih pada pagi itu. Juga bersiap dengan penampilan baharunya.
Liam sedang menyusun pinggan di atas meja makan. Sekejap lagi Tuan Mudanya akan turun untuk makan sarapan.
Bunyi derapan kaki kedengaran sedang menuruni tangga rumah tersebut. Secara automatik mata Liam memandang ke arah tangga itu. Dia dapat melihat Tuan Mudanya sedang turun dengan penampilan yang sangat lain. Dia sedikit terkejut apabila melihat Tuan Mudanya pada pagi itu.
Almi berlagak seperti biasa. Dia menarik kerusi dan duduk di atas kerusi itu dengan bersahaja. Liam masih terpaku di situ.
"Awak dah kenapa, Liam?" soal Almi sambil mengambil roti bakar di atas sebuah pinggan.
"Um, tak-tak ada apa-apa Tuan. Tuan Almi nampak lain."
"Zull. Mulai hari ini, saya mahu Pak Cik panggil saya Zull. Almi adalah masa lalu saya." Ujarnya dan mengunyah makanan itu dengan perlahan-lahan.
Liam mengangguk dengan perlahan-lahan. Dia akan bersetuju dengan apa yang dibuat oleh Tuan Mudanya selagi ia tidak salah di sisi undang-undang serta hukum agama.
Almi perlu memakai penampilan seperti itu agar tidak ada sesiapa dapat mengenalinya lagi. Tidak ada sesiapa termasuklah Tuan Mokhtar.
Usai bersarapan pagi dengan Liam, Almi memasuki kereta dahulu dan akan menunggu Liam di situ. Liam akan menghantarnya ke Ibu Pejabat Polis Selayer. Di sana nanti, dia perlu melaporkan dirinya sebagai polis pelatih serta sebahagian dari ahli SPMG secara rahsia.
Maknanya, tidak ada sesiapa pun di balai polis itu yang akan mengetahui bahawa dia ialah seorang ahli SPMG kecuali Ketua IPPD Selayer. Ahli SPMG yang lain juga tidak akan mengetahui kewujudannya lagi. Bagi mereka, Almi sudah keluar dari SPMG untuk selama-lamanya.
Liam memandu kereta itu sehinggalah ke IPPD Selayer. Setelah sampai, Almi cuba keluar dari kereta itu tetapi, Liam tiba-tiba sahaja bersuara.
"Tuan Muda...." panggil Liam. Almi tidak jadi membuka pintu kereta dan duduk kembali.
"Saya mahu Tuan Muda gembira. Walau apa pun yang Tuan Muda mahu jadi pada masa hadapan, saya hanya mahu Tuan gembira. Jika apa yang Tuan Muda lakukan ini menggembirakan Tuan, maka saya juga akan tumpang gembira. Jika ia menyesakkan Tuan, maka Tuan berhentilah."
Almi hanya mendiamkan dirinya. Dia tidak tahu kenapa Liam tiba-tiba sahaja menjadi sentimental dengannya pada pagi yang hening begini.
"...Sedih, gembira, kecewa, sunyi, jatuh dan bangun, kejayaan dan kegagalan, hidup dan mati....Selagi kita ini seorang manusia, selagi itulah kita akan merasainya. Kebanyakkan perkara akan ada sisi yang baik dan buruk. Saya cuma ada satu permintaan sahaja kepada Tuan, iaitu untuk Tuan rasa bahagia. Saya mahu Tuan tahu yang Tuan juga LAYAK untuk merasai kebahagiaan. Tuan juga layak untuk mengecapinya..."
"...Hati saya juga sakit Tuan. Hati saya sakit melihat Tuan merana. Saya mungkin tidak pernah memberitahu Tuan mengenai perkara ini. Oleh itu, saya mahu Tuan mendengarnya dengan baik-baik. Saya, sudah anggap Tuan seperti anak saya sendiri. Walau pun saya belum berkahwin dan tidak mempunyai anak, tetapi kemunculan Tuan, telah buat saya dapat merasai perasaan menjadi seorang ayah. Mungkin inilah apa yang dirasai oleh ibu arwah Tuan Arifan." sambung Liam dengan mata yang berair dan kemudian, bebola yang berair itu mula jatuh ke pipinya.
YOU ARE READING
Kes untuk A13-R10 (Complete, currently unpublished)
Mystery / Thriller[EXTENDED VERSION] [currently unpublished] (sudah tamat, cuma yang selebihnya saya unpublished due to some reasons) [Skuad Penyiasatan Manusia Genius (SPMG) merupakan organisasi rahsia yang telah diasaskan oleh Menteri Pertahanan Awam sebagai inisia...