... sambungan Kes 10

377 46 4
                                    

...

ALMI menyerahkan sehelai not RM 10 kepada pemandu teksi dan turun di sebuah rumah banglo kayu. Rumah itu berstail rumah Melayu pada zaman dulu. Terdapat dua orang budak lelaki berumur dalam linkungan 11 tahun dan seorang kanak-kanak wanita yang berumur 8 tahun sedang bermain permainan ting-ting di atas tanah dan di hadapan rumah banglo kayu tersebut.

Mereka semua berhenti bermain apabila melihat Almi berdiri tegak di hadapan perkarangan rumah mereka dengan memakai baju berkot panjang di luar dan baju berstail turtle-neck pada belah dalam bajunya. Mereka pelik dengan gaya pemakaian Almi itu.

"Abang cari siapa bang?" soal salah seorang budak lelaki tersebut..

"Um, ini rumah datuk kamu ke? Datuk kamu pernah menjadi Tok Penghulu pada sebelum ini, kan?"

"Um, ahah!" mereka bertiga mengangguk.

"Datuk kamu ada di sini?"

"Ya."

"Boleh panggilnya? Saya mahu berjumpa dengan dia."

"Boleh."

Dua budak lelaki kembar itu terus berlari ke laman belakang mereka. Kanak-kanak perempuan itu pula masih berada di situ dan sedang memandang Almi dengan khusyuk.

"Abang hensemlah, tapi kenapa abang pakai baju cekak leher? Tak lemas ke? Kenapa abang pakai baju kot panjang pada siang hari?" soalnya ingin tahu.

"Sebab saya sukakannya. Kamu tak patut bercakap dengan orang asing. Jika ada orang asing yang mencurigakan cuba mendekati kamu, kamu patut melarikan diri."

"Jadi, saya kena lari daripada abanglah sebab abang orang asing."

"Kamu rasa...?"

"Aaaahhhh! Larik!"

Kanak-kanak wanita itu terus membuat larian lintang-pukangnya dan mengikuti langkah kedua-dua abangnya itu. Almi hanya memerhatikan gelagat kanak-kanak wanita tersebut dengan wajah tidak berekspresi.

Setelah 3 minit berlalu, barulah seorang lelaki yang sudah berumur sedang berjalan dan menghampiri Almi bersama-sama kanak-kanak tadi. Lelaki berumur itu berjalan sambil memegang tongkatnya.

"Assalamualaikum." Sapa Almi terlebih dahulu.

"Waalaikumussalam." Lelaki itu menjawab sambil menghulurkan tangannya. Almi menyambutnya dengan cepat dan bersalaman dengan lelaki tua tersebut.

"Saya Almi. Saya baru pindah di sini dan saya datang sini sebab ingin tanya beberapa soalan kepada Tuan."

"Pak Bidin, panggil Pak Bidin aje. Kamu baru pindah ya, patutlah Pak Bidin tak pernah nampak kamu."

"Ya. Jadi, boleh ke saya tanya beberapa soalan?"

Bidin meneliti wajah Almi terlebih dahulu sebelum dia mengangguk. "Boleh. Meh duduk dekat meja batu bawah pokok rambutan tu. Sejuk sikit." Ajak Bidin sambil menarik tangan Almi.

Almi hanya mengikut. Kanak-kanak tadi menyambung permainan mereka semula. Mereka berdua duduk di kerusi meja batu itu dengan bertentangan. Pak Bidin merenung Almi dengan khusyuk. Renungan Pak Bidin itu telah membuatkan Almi tidak senang duduk.

"Kamu mesti tak selesa, kan? Yalah, dengan baju kot panjang warna hitam kamu tu. Kenapa kamu memakainya pada hari yang terik ini?"

"Sebab saya sukakannya."

"Macam tu. Pak Bidin ingatkan kamu kepanasan, oleh sebab itulah muka kamu ketat. Rupanya dari azali lagi inilah rupa kamu ya. Hahaha!"

Bidin galak ketawa seorang diri, namun berhenti apabila Almi menunjukkan riak wajah tidak berekspresi. Ketawa pun tidak, senyum pun tidak dan masam pun tidak.

Kes untuk A13-R10 (Complete, currently unpublished)Where stories live. Discover now