Kes 15: Si Pembunuh PC

201 31 0
                                    

SEORANG remaja lelaki berumur 17 tahun sedang menghirup udara segar sambil mengayuh basikal. Dia dalam perjalanan pulang ke rumah setelah waktu persekolahan tamat pada pukul 2.30 petang tadi. Sampai sahaja ke perkarangan rumah banglo dua tingkat itu, dia terus memarkirkan basikal di sebelah kereta ayahnya itu.

Remaja lelaki itu memasuki rumahnya dengan wajah riang. Namun, senyumannya luntur apabila melihat wajah garang dan menyinga ayahnya itu. Remaja itu menundukkan kepalanya sewaktu cuba melepasi ayahnya itu.

"Baru balik?" soal si ayah dengan garang.

"Ya ayah." Jawabnya

"Berapa kali aku cakap jangan letak basikal kau sebelah kereta aku. Nanti calar! Apa kau ni!" marah si ayah sambil menunjal kepala remaja lelaki itu banyak kali.

"Ma-maaf ayah. Iman tak akan buat lagi." Rayu remaja lelaki itu atau Iman dengan suara terketar-ketar. Sungguh dia dalam ketakutan. Takut ayahnya mengamuk lagi.

"Ish kau ni! Masuk rumah, kemas rumah dan masak!" laung ayahnya lantang sebelum memasuki kereta.

Dia ingin berangkat ke tempat kerja. Dia merupakan seorang doktor pakar bedah dan mempunyai kliniknya sendiri. Isterinya meninggal-dunia sewaktu melahirkan Iman, anaknya. Semenjak itu dia tidak dapat menerima takdir yang isteri kesayangannya telah mengadap Ilahi. Oleh sebab itu jugalah dia melayan anaknya dengan kasar.

Iman melihat kelibat ayahnya menghilang dalam pandangan dan mengeluh berat. Sudah beberapa tahun dia terpaksa mengadap amukkan tiba-tiba ayahnya itu. Saat orang lain dapat bergembira dengan ayah mereka, dia tidak pernah dapat merasainya.

Iman terus ke biliknya untuk mandi. Dia harus mengemas rumah dan memasak. Jika, ayahnya balik malam nanti, dan dia masih belum siapakan kerja rumah itu, ayahnya pasti akan mengamuk sakan lagi.

Tepat pukul 3.15 petang dia ke ruang tamu dan dapat melihat beberapa tin dan botol arak. Ayahnya merupakan orang Islam, namun sangat suka meminum arak dan merokok walau pun kedua-duanya haram di dalam Islam. Entah bilakah dia dapat lari daripada semua ini.

Dia sudah siapkan makan malam dan mengemas rumah pada pukul 6.00 petang. Iman menarik nafas lega. Dia berlari anak untuk memasuki biliknya semula. Dia sudah tidak sabar untuk membaca buku novel misteri-penyiasatan kegemarannya. Dia bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang penyiasat suatu hari nanti. Dia ralit membaca buku itu sehinggalah dia terlelap.

'BANG!'

BUNYI pahanya dipukul oleh tali pinggang kedengaran. Serentak itu juga dia terbangun daripada tidur lalu mengerang kesakitan. Matanya mula berair.

"KAU TIDUR! Kau tak boleh tidur selagi aku tak tidur, kau faham tak! Sediakan aku makanan!" laung Dr Imran atau ayahnya itu.

"Baik ayah. Huuuu..." Iman tidak dapat membendung perasaan sedihnya lagi.

"Berapa kali aku nak cakap, jangan menangis depan aku! Kau nikan..." Imran memukul paha dan badan Iman pula.

"Jangan ayah, sakit... Sakit, ayah." Rayu Iman dengan tangisan yang teresak-esak.

Namun, Imran langsung tidak menghiraukannya. Dia memukul anaknya itu dengan kuat walau pun puas anaknya meronta-ronta dan merayu untuk dilepaskan. Malam itu hanya dipenuhi kesedihan dalam kehidupan Iman.

Tidak! Bukan hanya pada malam itu, malam-malamnya memang ditemani oleh tangisan dan kesakitan. Ayahnya tidak pernah puas memukul dirinya. Pada siapa lagi dia harus beritahu masalahnya ini?

...

TIGA BULAN KEMUDIAN.

"Pembunuh bersiri selalunya akan memilih mangsanya berdasarkan beberapa kriteria. Mungkin penculik menyukai mangsa yang berambut panjang dan mempunyai tahi lalat di pipinya. Mungkin juga kerana mangsa menyukai warna merah jambu atau kuning atau oren. Mungkin kerana mangsa pernah mengunjungi kedainya..."

Kes untuk A13-R10 (Complete, currently unpublished)Where stories live. Discover now