...
MEREKA bertiga akhirnya turut berlalu pergi dari bilik itu. Hafiya dan Liam hanya mengikut sahaja Almi menuju ke suatu tempat. Kemudian, Almi berhenti di hadapan dewan asrama di mana ceramah itu mengambil tempat pada sebulan yang lalu. Dia telah memasuki dewan itu dengan selamba, lalu memerhatikan tempat itu dengan tajam.
Almi mengetapkan bibirnya dan mula menyusun kerusi di tempat paling jauh dari pentas dewan terbabit. Dia menyusun enam buah kerusi menjadi satu baris. Selepas melihat Tuan Mudanya berbuat demikian, Liam mula faham. Dia turut membantu dengan menutup segala tingkap yang terbuka dan menutup tingkap dewan dengan langsir supaya tempat itu menjadi gelap.
Selepas itu, Liam turut menutup pintu dewan. Hafiya mula berasa pelik kerana masih belum memahami sesuatu yang sedang dirancangkan oleh Almi.
"Cik Hafiya boleh duduk di atas kerusi yang paling hujung? Cik Hafiya boleh berlakon sebagai Cikgu Saleh untuk sementara?" duga Liam kepada Hafiya.
Hafiya mengangguk laju dan mula memahaminya. Hafiya duduk di atas kerusi yang paling hujung dan kemudian menghayungkan kakinya kerana dia mula berasa teruja. Liam pula berada di kerusi yang tengah atau kerusi yang kelima. Dia akan berlakon menjadi Encik Zukri. Manakala, Almi duduk di atas kerusi yang keempat dan menjadi Encik Burhan.
"Adakah kamu nampak wajah satu-sama lain dengan baik?" duga Almi kepada Liam dan Hafiya.
Serentak itu juga Liam dan Hafiya memandang wajah antara satu sama lain dan menggelengkan kepala mereka.
"Saya hanya nampak samar-samar sahaja. Tidak nampak dengan jelas." jawab Hafiya dengan laju sambil megangkat tangannya.
Almi mengangguk dan kemudian memasang projektor menggunakan telefon pintarnya sahaja. Dia membuka laman Youtiub dan membuka cerita Doraemon.
"Saya mahu kamu melihat ke hadapan dan menonton cerita itu dengan fokus, Hafiya." arah Almi.
Hafiya mengangguk laju sekali lagi. Hafiya menonton cerita Doraemon itu dengan fokus dan tanpa menghiraukan benda lain. Kemudian, seseorang berjalan di hadapannya. Hafiya melihat seseorang itu hanya dengan sekilas pandang sahaja. Namun, dia perasan seseorang itu seperti memakai sesuatu di atas kepalanya. Dia menyambung menonton cerita terbabit.
"Hafiya." panggil Almi secara tiba-tiba.
"Ya." Hafiya menjawab dengan nada terkejut apabila Almi memanggil namanya itu.
"Adakah kamu tahu siapa yang berjalan melepasi di hadapan kamu tadi?" duga Almi.
"Pak Cik Liam!"
"Kamu tahu kerana kamu melihat tingginya bukan?"
"Ya! Tapi, saya tidak nampak muka Pak Cik sebab Pak Cik tutup muka dengan sesuatu tadi."
"Dengan sapu tangan." celah Liam dengan selamba.
"Oh! Tapi, Abang kenapa Abang buat benda ni? Hafiya tak fahamlah." soal Hafiya kerana perasaan ingin tahu membuak-buak di dalam hatinya.
"Pembunuh menggunakan rakan subahat untuk membuat alibi untuknya sementara dia berada di bilik mangsa dan membunuh mangsa. Rakan subahat dan pembunuh mempunyai tinggi yang sama. Oleh sebab itulah, tiada siapa yang perasan akan kewujudan rakan subahat pembunuh. Saya menyuruh Liam menutup separuh wajahnya kerana saya beranggapan pembunuh dan rakan subahat itu memakai hoodie atau topeng muka untuk menutup wajahnya itu supaya tidak tertangkap." jelas Almi.
Hafiya mengangguk laju dan tersenyum dengan lebar.
"Jadi, memang betul-lah yang kakak dibunuh?" duga Hafiya. Almi mendiamkan dirinya.
YOU ARE READING
Kes untuk A13-R10 (Complete, currently unpublished)
Mystery / Thriller[EXTENDED VERSION] [currently unpublished] (sudah tamat, cuma yang selebihnya saya unpublished due to some reasons) [Skuad Penyiasatan Manusia Genius (SPMG) merupakan organisasi rahsia yang telah diasaskan oleh Menteri Pertahanan Awam sebagai inisia...