...
Di Bilik Soal-Siasat IPPD Hulu Langit, pukul 11.55 pagi.
MOKHTAR dan Arif duduk bersebelahan di meja soal-siasat. Di hadapan mereka berdua pula, terdapat penjaga mangsa iaitu Borhan Bin Kamal dan isterinya, Fasha. Manakala, Almi dan Liam duduk di penjuru bilik itu dan memerhatikan proses soal-siasat seperti sebelum ini.
"Saya minta maaf sebab perlu menyoal-siasat kamu berdua pada waktu begini. Lagipun, kamu masih belum boleh mengambil mayat adik kamu kerana mayatnya masih lagi berada di bilik bedah-siasat. Saya harap kamu berdua banyakkan bersabar." pesan Mokhtar kepada Borhan dan Fasha yang masih lagi terkejut mendengar berita itu.
"Um..." Borhan mengangguk dan mengesat airmatanya.
"Saya boleh mulakan soalan saya kan?" duga Mokhtar kerana cuba bertoleransi dengan keluarga mangsa.
"Ya, Tuan." jawab Fasha pula.
"Bila kali terakhir kamu melihat mangsa?" soal Mokhtar dengan melihat ke arah wajah Fasha dan Borhan bersilih-ganti.
"Pukul 7.30 pagi tadi. Arwah adik ingin ke sekolah memandu tu awal supaya dia dapat pulang awal. Hari ini dia ada rancangan untuk menonton wayang dengan kawan dia. Pada waktu itu, saya dan isteri saya sedang makan sarapan pagi lagi. Selepas arwah adik keluar, giliran isteri saya pula keluar kerana ingin ke tempat kerja dia. Manakala, saya orang terakhir yang keluar dari rumah." kata Borhan dengan nada sedih.
"Mangsa ada musuh ke? Atau seseorang yang mungkin berdendam dengan mangsa?" duga Mokhtar lagi.
Borhan dan Fasha kepelikkan.
"Apa maksud Tuan ni? Bukankan arwah adik ipar saya meninggal sebab dibunuh oleh pembunuh bersiri tu?" tanya Fasha kerana pelik dengan soalan Mokhtar.
Almi kemudiannya melihat ke arah Fasha dan Borhan tajam.
"Sebenarnya kami masih lagi belum dapat memastikannya. Kami menunggu laporan daripada pihak forensik. Dengan itu barulah kami tahu ia mempunyai kaitan dengan pembunuh berisiri itu atau tidak. Buat masa ini kami cuma ingin mengambil keterangan kamu selaku penjaga mangsa."
Mokhtar melihat ke arah wajah Fasha dan Borhan dengan wajah kasihan. Dia turut bersimpati dengan nasib mereka berdua.
"Macam itu ke..."
Fasha menunduk ke bawah lalu bunyi tangisan yang perlahan mula kedengaran. Borhan memeluk bahu isterinya itu kerana cuba memujuknya.
"Kalaulah Abang dengar cakap Sayang semalam, mesti Leya tak akan kena semua ni." kata Borhan sedih kepada isterinya, Fasha.
"Apa yang telah isteri Encik katakan kepada Encik semalam?" celah Almi tiba-tiba.
Mokhtar dan Arifan menjegilkan mata ke arah Almi kerana ingin Almi menghormati masa bersedih mereka. Namun, Almi tidak menghiraukannya.
"Um, semalam kami ada tengok berita pasal pembunuh bersiri tu di rumah. Isteri saya menasihati saya untuk beritahu arwah adik supaya berhati-hati jika berada di luar rumah. Namun, saya langsung tidak mengambil-berat akan hal itu. Saya cukup yakin yang adik, adik saya tak akan kena. Huuuuuu...[menangis]" Borhan mengalirkan airmatanya kembali.
"Boleh saya tahu pukul berapa Encik keluar pagi tadi?" duga Almi lagi.
"Eh, sudah-sudahlah tu. Hormat mangsa sikit." sampuk Arif garang.
"......................" Almi memandang ke arah Arif dengan wajah tidak berekspresi. Arif mencebik.
"Eh, eh dia ni..." Arif mula mendecis.
YOU ARE READING
Kes untuk A13-R10 (Complete, currently unpublished)
Mystery / Thriller[EXTENDED VERSION] [currently unpublished] (sudah tamat, cuma yang selebihnya saya unpublished due to some reasons) [Skuad Penyiasatan Manusia Genius (SPMG) merupakan organisasi rahsia yang telah diasaskan oleh Menteri Pertahanan Awam sebagai inisia...