ALMI sedang tidur di dalam biliknya. Setelah dia solat subuh berjemaah dengan Arifan tadi, dia ke biliknya dan tidur di situ pula. Semalam, dia tertidur di sofa sehinggalah waktu subuh. Ini kali pertama dia tidur tanpa sebarang gangguan dari mimpi ngerinya itu.
Dia juga tidak tahu kenapa dia boleh tidur dengan nyenyak semalam. Namun, badannya terasa sedikit sakit apabila terbangun di situ tadi. Mungkin disebabkan oleh sofa itu. Tiba-tiba, badannya seperti disentuh oleh sesuatu. Almi terus berpaling ke belakang. Dia dapat melihat wajah Arifan sedang tersengih-sengih ke arahnya.
Almi mengerutkan dahinya. "Apa Tuan buat dekat sini?"
"Jom kita ke pasaraya pagi! Aku rasa nak masak hari ni."
"Tuan boleh pergi sendiri, kan."
"Ah, sunyilah tak ada kau. Pada siapa lagi aku nak membebel-bebel nanti. Lagi pun, aku nak kau tolong aku bawa barang sekali. Jomlah."
"Saya mengantuk lagi."
"Hei, apa kau ni. Selepas Subuh mana boleh tidur, tak baik! Kalau mak aku tengok ni, mau bengkak telinga kau tujuh hari tujuh malam. Jomlah, lepas balik kau sambunglah tidurlah balik."
Arifan memujuk Almi lagi dan lagi sehinggalah Almi mengalah. Arifan tidak membiarkan walau pun seminit berlalu dari memujuk rayu Almi. Almi akur dan memasuki bilik airnya. Dia mahu membersihkan diri dan bersiap. Arifan sedang menunggunya di ruang tamu sambil menonton ceramah dari lama Youtiub.
Tidak lama setelah itu, wajah Almi yang tidak berekspresi mula kelihatan. Arifan memandang ke arah Almi, namun terus mengeluh.
"Kenapalah kau pakai baju kot labuh dan baju kau pakai masa kerja Almi? Almi hari ni hari cuti kita, dan kita nak pergi pasar aje pun. Tak boleh ke kau pakai baju yang senonoh sikit?"
"Ini baju kesukaan saya dan saya bukannya sedang berbogel."
"Aku tak cakap kau berbogel, tak senonoh tu maksud aku, baju kau nilah! Tak sesuai untuk pergi pasar. Orang akan tengok kau atas bawah tau. Lagi pun, kau tak panas ke pakai baju kot labuh macam itu."
"Baju ini istimewa dan dibuat dengan teknologi penyejukkan. Jadi, saya tak akan rasa panas pun."
"Hei, lantaklah kaulah. Jangan kata aku tak payung pula! Aku cakap benda yang betul kut, tapi banyak aje bunyinya. Hei, budak-budak muda zaman sekarang ni, pandai bercakap aje. Mana diorang kutip perangai macam ni? Zaman aku dulu, kalau menjawab cakap mak, memang 'berotan-rotan' betis aku kena. Jomlah! Buat apa lagi kau tercegat dekat situ? Kau nak ganti pasu bunga pula ke?"
"Mungkin Tuan patut berhenti membebel."
"Kalau kau nak aku berhenti, kau kena buat sesuatu yang aku suka, barulah aku berhenti. Kalau kau menjawab aje, memang aku tak akan berhenti-hentilah. Benda 'simple', Mi!" Arifan memasuki keretanya dan menghidupkan enjin.
Arifan asyik membebel-bebel kepada Almi di dalam kereta itu. Almi hanya mendiamkan dirinya. Dia sudah tidak mahu melayan Arifan. Terdapat dua perkara yang dia tidak suka di dunia ini. Pertama, orang memarahinya dan kedua orang yang membebel kepadanya. Dia selesa dengan Liam kerana Liam tidak mempunyai kedua-dua sifat itu.
"Peru.......tusan berdarah ku terima. Gugur kuntum di tengah halaman, medan ini kurasakan sepi terpaku pilu!" Arifan menyanyi sakan sambil mengikuti bait-bait nyanyian penyanyi asal di corong radio.
"Tuan boleh berhenti menyanyi? Saya lebih suka suara katak." Kata Almi selamba dan tanpa apa-apa ekspresi.
"Katak tak ada, masih tidur. Hahahaha! Ala, Mi kau nyanyi bukannya sedap pun. Menyanyi pun kau tak pandai, kan? Aku tengok ekspresi kau pun aku dah tahulah. Mana mungkin orang yang rosak saraf muka macam kau boleh menyanyi. Kalau kau menyanyi dengan muka 'cenggini', mahunya trauma orang yang 'nengoknya'. Memang kena baling dengan gelaslah agaknya."
YOU ARE READING
Kes untuk A13-R10 (Complete, currently unpublished)
Mystery / Thriller[EXTENDED VERSION] [currently unpublished] (sudah tamat, cuma yang selebihnya saya unpublished due to some reasons) [Skuad Penyiasatan Manusia Genius (SPMG) merupakan organisasi rahsia yang telah diasaskan oleh Menteri Pertahanan Awam sebagai inisia...