...sambungan Bab 13

480 40 34
                                    

...

PADA pagi itu, Mia memasuki kelasnya dengan perasaan malas. Dia malas untuk belajar pada hari itu. Sebenarnya, dia adalah pelajar cemerlang di sekolah itu dan selalu menduduki tempat pertama di dalam kelasnya. Malahan, dia ialah pelajar yang berjaya mendapatkan A dalam semua subjek yang diambilnya. Pokoknya, dia adalah pelajar yang bijak.

Sewaktu dia mendekati kerusi mejanya, dia dapat melihat sebuah buku. Buku Majalah Sekolah dan juga sebuah kotak. Mia membuka kotak itu dan dapat melihat seutas jam tangan berwarna merah jambu di dalamnya. Di dalam kotak itu juga terdapat sekeping kertas yang agak kecil yang bertulis, 'Terima kasih. Almi'.

"Almi...Alaaa..." Mia membuat wajah sedih.

"Apahal sedih-sedih?" soal Osman yang baru sahaja masuk ke dalam kelas sambil menggaru rambut afronya.

"Almi bagi aku hadiah."

"La, itu pun sedih? Tak faham aku. Untuk kau aje ke?"

"Yalah!"

"Tak guna punya Almi. Aku dah tolong dia macam-macam, satu habuk pun dia tak bagi aku. Goodbye pun tak ada."

"Haih, cubalah tengok meja kau dulu." Cadang Mia dan menjeling Osman tajam.

Osman terus berlari ke arah mejanya dan menyelongkar laci mejanya. Dia dapat melihat sebuah kotak kecil di dalamnya. Dia membukanya dengan cepat dan setelah itu bersorak gembira.

"Aku dapat jam! Yahoo! Terima kasih, Almi!" kata Osman dengan gembira.

Sebenarnya, itulah pekerjaan yang Almi suruh Liam lakukan pada pagi tadi. Dia mahu Liam memberikan mereka hadiah sebagai tanda terima kasih kerana telah membantunya pada sebelum ini. Jika bukan kerana mereka berdua, maka kes itu mungkin akan memakan masa yang lebih lama.

...

PARAMESWARA memasuki bilik Dato' Haslam yang merupakan Pengarah SPMG. Dia mahu memberitahu tentang kejayaan A13-R2 (Almi) menyelesaikan dua kes yang tidak dapat diselesaikan pada sebelum ini kepada Haslam.

"Saya dengar seseorang dari SPMG telah berjaya menyelesaikan kes 20 tahun yang lepas?" Kata Haslam kepada Parameswara.

"Ya. Ini membuktikan yang SPMG boleh melangkah lebih jauh."

"Siapa yang berjaya melakukannya? Rayyan?" soal Haslam dengan senyuman lebar.

"Bukan. A13-R2 atau Almi." Balas Parameswara dan menyerahkan laporannya ke atas meja Haslam.

"Dia?" senyuman Haslam mula luntur. Dia mengambil laporan itu dan mula membacanya.

"Ya. Disebabkan dia yang telah menyelesaikannya, maka kita boleh menaikkan ranking dia dan memberinya bonus seperti yang telah dijanjikan, bukan?"

"Tak!"

Parameswara sedikit terkejut. "Kenapa tidak, Tuan?"

"Dia tidak hadir persidangan itu pun, bukan? Jadi, dia tidak layak untuk mendapatkannya."

"Tetapi, dia berjaya."

"Untuk apa kita memberikannya kepada seseorang yang tidak beretika? Dia tidak pernah menghadiri persidangan SPMG pun selama ini. Kalau diikutkan hati saya, sudah lama saya membuang dia. Tetapi, dia masih di sini kerana kamu. Kerana kamu yang berjaya memujuk saya. Berikannya kepada Rayyan. Saya nampak nama Rayyan juga tertulis di dalam laporan ini. Kekalkan kedudukan Rayyan."

"Tapi, Tuan..."

"SPMG memerlukan seseorang seperti Rayyan, Ashok, Fahmi atau pun Fateh. Bukan seperti dia yang terlampau angkuh itu. Dia masih muda, tetapi sangatlah angkuh."

"Tuan sebenarnya tidak sukakan Almi, bukan?"

"Siapa yang sukakan dia, Parameswara?"

"Rayyan. Rayyan sangat sukakan dia. Malahan, Rayyan berterima kasih dekat saya kerana mengambil Almi ke dalam SPMG."

"Kenapa Rayyan melakukannya?"

"Dia kata Almi memang dilahirkan sebagai seorang penyiasat. Jadi, SPMG memerlukan seseorang seperti itu agar mereka semua boleh belajar daripadanya."

"Heh, ia tidak betul, Parameswara. Ia tidak betul."

Parameswara mengangguk dan membuat wajah redha. "Hanya jauhari mengenal manikam."

"Ha?"

"Tak ada apa-apa. Terima kasih Tuan. Saya keluar dahulu."

"Um."

Parameswara keluar dari bilik itu dengan perasaan tidak berpuas-hati. Dia pelik. Pelik dengan manusia yang masih lagu bersifat pilih kasih. Sifat manusia yang melebihkan orang yang disukainya sahaja.

Sekarang dia faham kenapa Almi tidak pernah datang ke persidangan yang diadakan oleh SPMG. Mungkin daripada awal lagi dia sudah tahu yang pihak SPMG tidak akan sesekali memihak kepadanya.

Kedua-dua kes yang dapat diselesaikan oleh Almi itu tersebar luas di semua balai polis yang terdapat di selangor. Mereka semua tidak menyangka seorang remaja lelaki yang baru berumur 15 tahun dapat menyelesaikannya. Ia mustahil untuk dilakukan tetapi, ia telah berlaku.

.

.

.

.

PADA suatu petang, seorang lelaki sedang memerhatikan pelajar tingkatan tiga di sekolah A dengan tajam. Dia sudah lama mengekori jejak langkah sasarannya itu. Sudah hampir dua bulan. Dia telah merancangkan rancangan penculikkan ini pula sudah lama. Sudah DUA tahun. Baru kali ini dia dapat melaksanakan rancangannya itu.

Dia tersenyum apabila melihat mangsa pertamanya melalui jalan yang sama dan jalan yang agak sunyi. Dia tidak kisah akan jantina mangsanya atau siapa pun mangsanya itu, asalkan mereka semua berumur 15 tahun.

Sewaktu, pelajar perempuan tingkatan tiga berjalan seorang diri di tepi jalan di dalam kebun getah, lelaki itu memperlajukan kereta dan berhenti di hadapan mangsanya itu dan terus menerpa ke arah pelajar tersebut dengan menutup hidungnya dengan kuat.

Serentak itu juga, dia menarik tubuh badan perempuan itu ke dalam kereta. Lalu menolak tubuh badan yang sudah tidak sedarkan diri ke tempat duduk belakang.

Usai, melaksanakannya dia meluncur laju di atas jalan sehingga ke jalan utama. Dia pasti tiada sesiapa yang melihatnya ketika itu kerana dia juga telah memerhatikan tukang kebun getah itu setiap hari. Dia akan pastikan kes ini menjadi kes jenayah yang sempurna atau perfect crimes.

SELAMA 53 jam dia menyembunyikan mangsanya, dia akhirnya membunuh mangsanya itu dengan tragis dan membuang mayat itu ke dalam kebun getah berdekatan dan meninggalkan kertas berdarah yang bertulis nombor '1'.

Lelaki itu ketawa sakan di dalam rumah flatnya sambil melihat perkataan perfect crimes pada cermin di dalam bilik airnya itu. Dia telah berjaya membunuh seorang mangsa. Dia harus memburu lagi mangsa yang lain sehinggalah matlamatnya tercapai.

~ ~ ~

Kes untuk A13-R10 (Complete, currently unpublished)Where stories live. Discover now