Bicara Ringkas 39

82 0 0
                                    

Mengapa Ibn Ḥazm Tidak Membahaskan Surah Al-Mu^minūn Ayat 5-7 Ketika Membahaskan Hukum Lancap?

Ibn Ḥazm berkata dalam menjelaskan sebab lancap tidak termasuk dalam pengharaman :

وَكَذَلِكَ " الِاسْتِمْنَاءُ " لِلرِّجَالِ سَوَاءٌ سَوَاءٌ، لِأَنَّ مَسَّ الرَّجُلِ ذَكَرَهُ بِشِمَالِهِ مُبَاحٌ، وَمَسَّ الْمَرْأَةِ فَرْجَهَا كَذَلِكَ مُبَاحٌ، بِإِجْمَاعِ الْأُمَّةِ كُلِّهَا، فَإِذْ هُوَ مُبَاحٌ فَلَيْسَ هُنَالِكَ زِيَادَةٌ عَلَى الْمُبَاحِ، إلَّا التَّعَمُّدُ لِنُزُولِ الْمَنِيِّ، فَلَيْسَ ذَلِكَ حَرَامًا أَصْلًا، لِقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: {وَقَدْ فَصَّلَ لَكُمْ مَا حَرَّمَ عَلَيْكُمْ} [الأنعام: 119] وَلَيْسَ هَذَا مِمَّا فَصَّلَ لَنَا تَحْرِيمَهُ فَهُوَ حَلَالٌ، لِقَوْلِهِ تَعَالَى: {خَلَقَ لَكُمْ مَا فِي الأَرْضِ جَمِيعًا} [البقرة: 29] إلَّا أَنَّنَا نَكْرَهُهُ، لِأَنَّهُ لَيْسَ مِنْ مَكَارِمِ الْأَخْلَاقِ، وَلَا مِنْ الْفَضَائِلِ.

"Sedemikianlah lancap. Untuk lelaki adalah sama dan sama. Kerana persentuhan lelaki pada zakarnya dengan tangan kirinya adalah harus dan persetuhan wanita pada farajnya dengan sedemikian adalah harus dengan kesepakatan umat ini secara keseluruhannya. Memandangkan ia adalah harus, maka tidak ada pertambahan ke atas keharusan di sana melainkan kesengajaan untuk mengeluarkan mani. Tidaklah itu haram pada asalnya kerana firman Allah Ta*ālā: {Sedangkan Dia telah menjelaskan kepada kalian tentang apa-apa yang diharamkan ke atas kalian} [Surah al-An*ām ayat 119]. Bukanlah perbuatan ini termasuk apa yang Dia jelaskan pengharamannya kepada kita. Maka, ia adalah halal kerana firman-Nya Ta*ālā: {Dia menjadikan apa yang ada di bumi secara keseluruhan untuk kalian} [Surah al-Baqoroh ayat 29]. Melainkan kami membencinya kerana ia bukan termasuk akhlak yang mulia dan bukan juga dari perbuatan terpuji". [Al-Muḥallā Bi al-Āṯār, jilid 12, m/s 407, keluaran Dār al-Fikr, Beirut].

Sebahagian orang memandang aneh terhadap Ibn Ḥazm kerana tidak membahaskan firman Allah Ta*ālā seperi berikut :

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ ﴿٥﴾ إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ ﴿٦﴾ فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ ﴿٧

"Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya wanita yang mereka miliki kerana sesungguhnya mereka tidak tercela. Sesiapa menginginkan di balik itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas". [Surah al-Mu^minūn ayat 5-7].

Yang menjadi perbahasan mereka yang sebelumnya tentang pengharaman lancap seolah-olah dia tidak tahu pandangan ulama sebelumnya terhadap ini. Saya katakan bahawa Ibn Ḥazm tidak membahasnya kerana dia tahu bahawa ayat tersebut tidak dapat dijadikan hujah. Apa yang dibentangkannya menunjukkan kebijaksanaannya dalam menyingkapi pandangan mereka yang sebelumnya dalam menggunakan ayat tersebut sebagai pengharaman.

Mengapa dia mengqiyaskan keharusan lancap dengan sentuhan kemaluan? Ini kerana dia ingin membantah orang yang mengatakan bahawa pengharaman tersebut meliputi keseluruhan perbuatan yang bersyahwat ataupun tidak, tetapi mengkhususkan yang bersedap-sedapan dengan anggota kemaluan dalam menunaikan syahwatnya, termasuklah lancap. Contohnya seperti penjelasan an-Nasafiyy :

{إِلاَّ على أزواجهم} موضع الحال أى إلا والين على أزواجهم أو قوامين عليهن من قولك كان زياد على البصرة أي والياً عليها والمعنى أنهم لفروجهم حافظون في جميع الأحوال إلا في حال تزوجهم أو تسريهم أو تعلق على بمحذوف يدل عليه غير ملومين

Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu SeksualWhere stories live. Discover now