Bicara Ringkas 11 : Sebab Saya Meluat Dengan Pahlawan Ekshibisionis Feminis

356 1 0
                                    

Saya sangat meluat terhadap pahlawan ekshibisionis feminis (exhibitionist feminist warrior). Apa yang mereka mahu pakai, itu terpulang pada mereka. Namun, perlukah mereka meradang berang dengan orang yang memandang mereka dengan mata liar dan miang ketikamana mereka memakai pakaian yang menampakkan belon dada, lurah pantat, jalur vagina dan padang perut?

Sesiapa pun jika membawa kereta mewah di pasar dan berjalan di sana dengan menayang emas, perak dan segala gemilap bersinar, tentu sahaja orang akan jenguk memandang. Jika seseorang menaburkan duit ke lantai, pasti ramai yang akan berebut mengutipnya. Inikan pula bahagian badan yang menjadi kegilaan dan kemabukan semua orang?

Saya tidak bertoleransi pencabul yang mengambil kesempatan atas alasan wanita tersebut memakai pakaian yang menggoda. Sama juga dengan kes seseorang mencuri kereta yang terbuka pintunya dan tergantung kuncinya. Walaupun dibiarkan sebegitu, bukan bermakna seseorang itu boleh mengambilnya sesukanya. Masing-masing perlu menjaga pandangan dan jantung mereka daripada terjerumus ke lembah kebinasaan.

Namun, apa yang saya mahu nyatakan di sini adalah berkenaan dengan hakikat bahawa jika mereka memakai sedemikian, maka mereka harus jangkakan apa yang orang akan respons. Apakah mereka menayangkan sebahagian belon dadanya supaya orang lain akan melihat kasut yang dia pakai? Apakah mereka menayangkan daging betis dengan harapan orang akan bertanya cincin jenama apa yang dia sarungkan? Sedarlah hakikat ini!

Kemudian, sememangnya orang akan zahirkan kekagumannya terhadap apa yang dia minati. Mereka yang menggemari kucing, mereka akan zahirkan perasaan rasa keterujaan mereka apabila melihat kucing yang comel. Mereka yang menggemari sesuatu muzik yang dipersembahkan oleh artis pujaan mereka, mereka akan zahirkan perasaan seronoknya dengan menari, menyanyi bersama atau yang lain. Begitu juga yang lain.

Inikan pula anggota tubuh yang menjadi tumpuan kesukaan orang ramai. Saya katakan tidaklah salah untuk zahirkan kesukaan terhadap sesuatu. Jika pemuda tampan yang melewati mereka, maka perempuan akan mencuri-curi renungan terhadapnya. Demikian juga yang perempuan. Pun begitu, saya tidaklah berkata bolehnya mengganggunya. Tidak salah memandang atau rasa teruja, tetapi usah mengganggu.

Senang kata adalah jika benci untuk diganggu, tidak perlu tayang. Sepertimana kita benci diganggu apabila kita tayang kemewahan, lalu bukankah merasa marah apabila disindir sebagai orang kayangan atau terhadap pandangan yang dia merasakan menyinggungnya adalah perbuatan yang bodoh?

Demikian juga dengan hal ini. Akui hakikat respons manusia, kemudian bertindaklah secara hemat. Selagimana kita hidup bermasyarakat, kita perlu akui ragam perangai manusia.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/621271541026586624/bicara-ringkas-seksual-11-sebab-saya-meluat

com/post/621271541026586624/bicara-ringkas-seksual-11-sebab-saya-meluat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu SeksualWhere stories live. Discover now