Bicara Ringkas 30 : Kelesuan Kita Dalam Bidang Seksologi

149 0 0
                                    

Saya telah membaca rencana di portal The Guardian yang berjudul «How Do Women Really Know If They Are Having An Orgasm?» yang diterbitkan pada 25 November 2016. Rujuk di sini : https://amirkazuma.tumblr.com/post/621566003383599104/bicara-ringkas-seksual-30-kelesuan-kita-dalam

Apabila saya mengenangkan komuniti muslim kita, saya rasa terkilan kerana komuniti kita dan komuniti muslim secara umumnya dari kalangan ahli ilmu sangat lesu untuk penglibatan dalam kajian seksologi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Apabila saya mengenangkan komuniti muslim kita, saya rasa terkilan kerana komuniti kita dan komuniti muslim secara umumnya dari kalangan ahli ilmu sangat lesu untuk penglibatan dalam kajian seksologi.

Wacanakan sahaja sudah ada mata-mata yang memandang serong dan respons yang berprasangka sinis. Bayangkan kalau ada ulama cuba membahaskan dan mewacanakan hal ini, tentu sahaja mereka dianggap orang miang berminda lucah yang sangap seks. Bagaimana kalau ustazah yang berbincang itu? Pasti dikecam teruk kononnya tidak tahu malu dan mencemarkan imej agamawan wanita.

Namun, kita masih di tapuk ketinggalan untuk mara ke hadapan demi merealisasikan ketahqiqan dan ketelitian dalam ilmu. Teknologi semakin berkembang dan kajian saintifik sudah lama giat, tetapi apakah kajian dan kefahaman kita hanya bergantung kepada cakap-cakap orang dan sesuatu yang belum terbukti?

Kita sudah terbuka dalam perbahasan fiqh, tetapi masih sempit dalam lapangan psikologi dan sosial walaupun sudut kesihatan agak lebih luas sedikit. Sangatlah bagus jika asatizah kita marah kalau isu penting yang berkaitan dengan hukum-hakam fiqh yang berkaitan dengan seks dianggap lucah apabila diajarkan di kuliah, tetapi kita masih tidak memberikan ruang untuk membahaskan bagaimana untuk mencapai kenikmatan dalam hubungan intim dan isu seks yang lain yang bersangkut-paut dengan psikologi dan sosial.

Mereka kata itu boleh fikir sendiri dan cari sendiri. Akhirnya, yang didapati kajian ilmiah banyak dipelopori dan didominasi oleh ilmuwan yang bukan muslim. Kalau ada dari lingkungan kita, penulisan yang berlegar adalah untuk pembacaan mereka yang dianggap kemaruk seks dan pornografiwan yang tidak sopan dan itu pun bukan kajian saintifik.

Sebab itulah membahaskan apa yang boleh memuaskan isteri dan tips untuk keseronokan seksual termasuk dalam dakwah kerana ia memberikan manfaat kepada beberapa pasangan suami isteri yang lain untuk memperoleh kenikmatan dalam hubungan intim. Mahu atau tidak mahu, perkahwinan memang tidak boleh dielakkan daripada seks.

Aktiviti seks mampu mempengaruhi kesan kesihatan dan perhubungan seharian. Namun, perkara ini selalu sahaja tidak mendapat tempat yang sewajarnya sepertimana bidang lain. Dapat liputan pun, respons negatif dilontarkan, itu pun kadangkala menyimpan dalam lubuk hati bahawa dia benar-benar mahu mengetahui tentangnya.

Apa lagi yang akan memberikan komuniti bimbangan dan panduan supaya memperoleh seks yang sihat, selamat dan seronok jika komuniti itu melayani ilmu ini bagai orang yang tidak mahu hargai sesuatu nilai? Sukakah mereka masyarakat kekal bodoh dan ignoran tentang seks yang sihat, selamat dan seronok dan mencedok ilmu dari sarap yang entah apa benda di dalamnya? Paling aneh sekali, mereka yang benci yang bukan Islam mengaut kejayaan, tetapi menagih dan terus mahu mempercayai hasil kajian daripada mereka tanpa mahu mengesahkannya dengan kajian silang.

Saya ada bahaskan tentang keharusan untuk melihat dan mendedahkan aurat, tidak haram menyentuh yang bukan mahram walaupun bersyahwat, ketidakdosaan rasa syahwat pada zatnya, tidak sabitnya zina dengan penyetubuhan memakai kondom dan lain-lain bukan sekadar untuk kepentingan syahwat saya dan perbahasan fiqh, tetapi ia juga boleh untuk yang lebih terkehadapan, iaitu menjayakan kajian seksologi bagi mereka yang ingin memajukan ilmu ini. Sebab kajian ini kadangkala melibatkan lihatan dan persentuhan aurat.

Ambil contoh pautan yang saya kongsikan di sini. Untuk mengetahui apa yang boleh menerangkan orgasme wanita secara tepat memerlukan pengimbasan otak, pergerakan jari, respons kulit dan kenduran vagina. Mungkin sahaja ia memerlukan aktiviti secara langsung di makmal untuk dianalisis dan ditinjau sama ada penglibatan itu adalah pengkaji sendiri atau suami isteri yang rela untuknya.

Dengan keharusan ini yang keharusannya bukan alternatif, tetapi ia adalah kebenaran dari hujah yang kukuh, akan lebih mudah dan lebih banyak ruang kajian boleh dilaburkan untuk memperoleh ilmu yang berguna didasari dengan kajian yang bersifat realistik dan bebas dari sudut perspektif yang tidak berbukti.

Kalau tidak mahu pasangan yang entah dari mana atau sukar untuk mencari penglibatan orang ramai, maka manfaatkanlah artis dan selebriti pornografi untuk kajian. Saya dikecam ketika mengutarakan pendapat ini, tetapi apa yang mereka boleh sumbangkan untuk kajian seksologi? Hanya cakap kosong dan bergantung kepada sarap entah dari mana dia kutip.

Walau seburuk mana pun profesion artis dan selebriti pornografi, mereka boleh dimanfaatkan untuk bidang ini. Saya akan memberikan penghargaan wira kepada mereka jika mereka terkorban atau menanggung penyakit kekal seumur hidup demi mendapatkan walhasil yang berguna untuk masyarakat sekeliling dan masa hadapan. Jika saya tidak berlebihan, mereka sebenarnya sedang berjihad di jalan Allah selagimana mereka jaga tubuh badan mereka dengan baik.

Walaupun begitu, saya menolak mana-mana usaha kajian yang penglibatannya adalah kalangan penzina untuk mengelakkan diri daripada bersekongkol dengan maksiat secara total ataupun meminimakannya. Untuk mengetahui hal ini lebih lanjut, saya telah bahaskan dalam penulisan saya yang berjudul «Perincian Tentang Kaedah Keredhaan Terhadap Maksiat Adalah Maksiat Pada Tontonan Pornografi».

Di situ saya telah membezakan yang mana satu penzina dan yang bukan serta mengapa saya menegaskan artis dan selebriti pornografi bukan semestinya penzina. Ini kerana kajian kita bukan sahaja untuk kepentingan duniawi semata-mata, tetapi untuk keredhaan dan keberkatan daripada Allah *Azza Wajalla.

Saya selalu tegaskan bahawa bidang seksologi memang berhak untuk disetarakan dengan bidang mekanikal, kejuruteraan, kedoktoran, psikologi dan lain-lain kerana ia adalah gabungan daripada pelbagai cabang ilmu. Pendidikan juga penting kerana kita sememangnya akan berkahwin yang semestinya ada aktiviti seks.

Meminggirkan ilmu ini, maka ini adalah membuka diri kepada perangkap kerana kita membiarkan aktiviti seks kita dalam keadaan tidak pasti kesihatannya dan keselamatannya. Keseronokan mungkin boleh dikecapi, tetapi masalah keseronokan juga sering sahaja menjadi konflik yang menjadi keluhan yang diluahkan kepada ahli terapi dan psikologiwa. Rugi bagi mereka yang memandang lekeh dan tidak mengambil penghargaan terhadap ilmu ini.

Saya sangat berharap agar ilmu ini mendapat perhatian daripada kalangan ilmuwan muslim kerana kepentingannya sangat besar. Kalau kita tidak mahu kalah dengan selain muslim, sepatutnya kita tidak boleh biarkan diri kita menjadi pak turut yang memberikan mereka mendominasi dalam hal ini.

Percayalah bahawa mereka yang tidak menghargai ilmu ini adalah orang yang tidak dapat menyumbangkan apa-apa untuk bidang ini. Maka, janganlah peduli terhadap orang yang merugikan diri sendiri dan membuang masa dengan omongan kosong.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/621566003383599104/bicara-ringkas-30-kelesuan-kita-dalam-bidang

Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu SeksualWhere stories live. Discover now