Firman Allah Ta*ālā :
وَكَوَاعِبَ أَتْرَابًا
"Dan noni berdada mungil mampat berbulat lagi sebaya usia". [Surah an-Nabā^ ayat 33].
حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ عِيسَى ، وَالْحَكَمُ بْنُ نَافِعٍ ، قَالَا : حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ عَيَّاشٍ ، عَنْ بَحِيرِ بْنِ سَعْدٍ ، عَنْ خَالِدِ بْنِ مَعْدَانَ ، عَنِالْمِقْدَامِ بْنِ مَعْدِي كَرِبَ الْكِنْدِيِّ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِنَّ لِلشَّهِيدِ عِنْدَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ قَالَ الْحَكَمُ : سِتَّ خِصَالٍ : أَنْ يُغْفَرَ لَهُ فِي أَوَّلِ دَفْعَةٍ مِنْ دَمِهِ ، وَيَرَى قَالَ الْحَكَمُ : وَيُرَى مَقْعَدَهُ مِنَ الْجَنَّةِ ، وَيُحَلَّى حُلَّةَ الْإِيمَانِ ، وَيُزَوَّجَ مِنَ الْحُورِ الْعِينِ ، وَيُجَارَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَيَأْمَنَ مِنَ الْفَزَعِ الْأَكْبَرِ قَالَ الْحَكَمُ : يَوْمَ الْفَزَعِ الْأَكْبَرِ وَيُوضَعَ عَلَى رَأْسِهِ تَاجُ الْوَقَارِ ، الْيَاقُوتَةُ مِنْهُ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا ، وَيُزَوَّجَ اثْنَتَيْنِ وَسَبْعِينَ زَوْجَةً مِنَ الْحُورِ الْعِينِ ، وَيُشَفَّعَ فِي سَبْعِينَ إِنْسَانًا مِنْ أَقَارِبِهِ " ، حَدَّثَنَا الْحَكَمُ بْنُ نَافِعٍ ، حَدَّثَنَا ابْنُ عَيَّاشٍ ، عَنْ بَحِيرِ بْنِ سَعْدٍ ، عَنْ خَالِدِ بْنِ مَعْدَانَ ، عَنْ كَثِيرِ بْنِ مُرَّةَ ، عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، مِثْلَ ذَلِكَ .
Isḥāq bin *Īsā dan al-Ḥakam bin Nāfi* telah merawi hadis kepada kami, mereka berdua berkata፥➤ Ismā*īl bin *Ayyāš telah merawi hadis kepada kami➤ Daripada Baḥīr bin Sa*d➤ Daripada H̱ōlid bin Ma*dān➤ Daripada al-Miqdām bin Ma*dī Karib al-Kindiyy, dia berkata፥ Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda: "Bagi orang yang syahid di sisi Allah *Azza Wajalla -Berkata al-Hakam፥ Terdapat enam perolehan-, iaitu diampunkan untuknya pada awal aliran dari darahnya, dia melihat -Berkata al-Hakam; dilihat- tempatnya di syurga, dia dipakaikan dengan perhiasan iman, dikahwinkan dengan si mata yang berseri, diselamatkan daripada ketakutan yang terbesar -Berkata al-Hakam፥ hari ketakutan yang terbesar-, diletakkan mahkota daripada permata yang lebih baik daripada dunia dan seisinya, dia dikahwinkan dengan tujuh puluh dua isteri daripada kalangan si mata yang berseri dan diberikan syafaat kepada tujuh puluh insan yang berkerabat dengannya". Al-Ḥakam bin Nāfi* telah merawi hadis kepada kami➤ Ibn *Ayyāš telah merawi hadis kepada kami➤ Daripada Baḥīr bin Sa*d➤ Daripada H̱ōlid bin Ma*dān➤ Daripada Kaṯīr bin Murroh➤ Daripada *Ubādah bin aṣ-Ṣōmit➤ Daripada Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- semisal itu. [Musnad Aḥmad, no. 16922].
Adakalanya, sebahagian orang yang ada perasaan negatif terhadap muslim melemparkan sindiran dan sinis terhadap umat Islam bahawa umat ini sangat rakus terhadap seksual yang adanya penyebutan nikmat bidadari adalah kononnya angan-angan mereka untuk mereka mendapatkannya sebagai balasan buat delusi pada kefahaman dan amalan dalam beragama.
Bahkan, sebahagian daripada umat Islam ini juga adakalanya menzahirkan acah-acah suci terhadap perkara yang berkaitan dengan seksual seolah-olah ia tidak ada apa-apa yang begitu dibanggakan atau ia hanyalah sesuatu yang remeh. Selalu sahaja reaksi mereka ini seperti demikian kerana tidak mahu menanggung kekejian daripada orang atau dipandang serong apabila kita menzahirkan yang positif daripadanya.
YOU ARE READING
Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu Seksual
Non-FictionPenulisan dari pecahan "Al-H̱iṭōb Al-Wajīz" yang khas untuk membincangkan hal ehwal seksual secara ringkas yang menyentuh pelbagai aspek sama ada agama, falsafah, isu-isu semasa, idea dan lain-lain menurut pandangan saya. Cuma, penulisan di sini tid...