Bicara Ringkas 22

145 0 0
                                    

Komentar Terhadap Respons Yang Berang Terhadap Penulisan Saya Yang Berjudul «Analisis Pendalilan Dalam Pengharaman Liwat»

Saya tidak mengerti mengapa ada orang berang saya banyak menilai hadis-hadis yang berkaitan dengan liwat sebagai ḍhaif, batil dan palsu dalam penulisan saya yang berjudul «Analisis Pendalilan Dalam Pengharaman Liwat»

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saya tidak mengerti mengapa ada orang berang saya banyak menilai hadis-hadis yang berkaitan dengan liwat sebagai ḍhaif, batil dan palsu dalam penulisan saya yang berjudul «Analisis Pendalilan Dalam Pengharaman Liwat».

Ini bukanlah sesuatu yang baru. Saya juga telah melihat pembentangan yang tuntas di forum Multaqō Ahl al-Ḥadīṯ menyimpulkan hasil yang sama walaupun mereka tidaklah sependapat dengan saya dalam keharusan liwat. Malah, Abu al-Jauzaaᵌ daripada Indonesia yang merupakan seorang yang keras dalam kesalafiannya yang terkenal di laman maya tidak menjadikan sebahagian hadis-hadis tersebut sebagai hujah pengharaman liwat kerana kedhaifannya dalam penulisannya yang berjudul «Hukuman Pelaku Homoseksual» meskipun dia tidak sependapat saya dalam keharusannya.

Saya cumalah membawa kajian saya sendiri dengan mengambil karya-karya yang lain sebagai rujukan. Setelah saya meneliti, saya dapati, sememangnya itu keputusannya. Tidak cukup lagikah hujah dan bukti yang saya bawakan daripada pelbagai kitab al-Jarḥ wa at-Ta*dīl dalam mengabsahkan argumen saya? Sepatutnya tugas mereka adalah bawakan hujah balas dengan mengemukakan rujukan serta perbahasan secara objektif, bukan hanya tahu mengutuk sahaja.

Kemudian, mereka juga tidak berpuas hati yang saya tidak menerima pengistidlalan terhadap kisah kaum Lūṭ -*alayhissalām- atas alasan ia adalah syariat yang terdahulu dan tidak terpakai untuk syariat Muḥammad -ṣollallahu *alayhi wasallam-.

Adakah salah kenyataan saya bahawa sememangnya syariat junjungan mulia kita; Muḥammad -ṣollallahu *alayhi wasallam- sahaja yang diterima pakai? Bukankah ini ada pandangan daripada ahli uṣūl? Di mana silapnya saya aplikasikan pendapat itu untuk kes ini?

Andaikata kita menerima pensyariatan itu Lūṭ -*alayhissalām-, saya sebenarnya sengaja membangkitkan beberapa pensyariatan yang dahulu yang tidak diamalkan seperti kisah hari sabtu yang para Yahudi diharamkan untuk menangkap ikan, keharusan pengukiran patung pada zaman Sulaymān -*alayhissalām-, keharusan mandi bertelanjang bersama-sama orang sejantina yang lain pada zaman Mūsā -*alayhissalām-, keharusan sujud pada selain Allah pada zaman Yūsuf -*alayhissalām- dan keharusan perkahwinan dengan kafir pada zaman Lūṭ -*alayhissalām-. 

Jika mereka berkata bahawa kita mesti terima syariat Lūṭ -*alayhissalām- , mengapa kita tidak mengamalkan pula pensyariatan larangan menangkap ikan pada hari sabtu, pengukuran patung, keharusan sujud pada selain Allah, keharusan mandi bertelanjang bersama-sama orang sejantina yang lain dan perkahwinan dengan kafir yang mana kesemua ini adalah pensyariatan dahulu yang juga diamalkan hukumnya untuk kisah kaum Lūṭ?

Agama ini bukan tertegak atas dasar memilih-milih, tetapi atas dasar ilmu yang konsisten dan berdasar. Janganlah selepas mengambil pensyariatan Lūṭ -*alayhissalām-, kemudian buat-buat buta untuk membuat analisis pensyariatan Yahudi dan lain-lain. Mana-mana yang tidak konsisten bukanlah manhaj ahli sunnah.

Yang dapat mereka andaikan bahawa Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- tidak menyatakan apa-apa hal itu, maka nyatalah bahawa hal itu harus dan tidak salah di sisi syariat. Lantas, mengapa pula saya tidak boleh berkata bahawa baginda tidak menyatakan apa-apa tentang liwat, lalu ini menjustifikasikan keharusannya di sisi syariat berdasarkan pegangan saya yang pensyariatan terdahulu telah terbatal? Mengapa mereka kata ia adalah salah?

Jika mereka berkata baginda tidak berkata apa-apa tentang pengharaman menangkap ikan pada hari sabtu, sujud pada selain Allah, pengukuran patung, mandi telanjang bersama dengan orang sejantina yang lain dan perkahwinan dengan kafir, lalu ia menjadi alasan untuk keharusan, tetapi entah mengapa mereka yang berpendapat bahawa boleh mengambil pensyariatan para rasul terdahulu tiba-tiba berhujah sebegini untuk tidak mahu mengambil pengharaman menangkap ikan pada hari sabtu tanpa alasan, bukankah saya sedang berkata yang sama untuk kes liwat ini, iaitu baginda tidak menyebutkan apa-apa pengharaman tentang liwat dan hadis tentangnya tidak sahih, lalu ia menjadi keharusan untuknya sekalipun pengharaman dalam al-Quran itu sabit sepertimana larangan penangkapan ikan pada hari sabtu dan seterusnya?

Walaupun banyak berulangkali disebutkan dalam al-Quran, namun tidak ada satu kenyataan daripada baginda untuk menyatakan keharaman dan dosa perbuatan tersebut. Malah, riwayat yang datang kebanyakannya dhaif, batil dan sebahagiannya palsu.

Kalaulah hal ini sangat penting, tidak mungkin baginda akan senyap dalam isu ini memandangkan telah sabit dalam kaedah bahawa melewatkan penjelasan pada waktu yang berhajat adalah tidak dibolehkan bagi Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Disebabkan tiada, ini menunjukkan bahawa tiada pengakuan daripada baginda untuk membenarkan pengharaman yang berlaku Lūṭ -*alayhissalām-. Sekarang ini jelas siapa sebenarnya yang bercelaru. 

Jika mereka menjadikan alasan bahawa hadis-hadis dhaif yang padanya boleh diperkuatkan antara satu sama lain sehingga ia naik ke darjat hasan lighairih, saya pun sudah mematahkan keabsahan kaedah itu. Sekalipun ia masyhur pengamalannya, ia tidak lepas daripada kontradiksi sepertimana pengamalan pada pengambilan hukum pada pensyariatan sebelum rasul kita yang agung; Muḥammad -ṣollallahu *alayhi wasallam-.

Entah mengapa penulisan saya boleh menyebabkan mereka jadi panik dan tidak waras sedangkan saya bentangkan hujah ilmiah dengan cara konservatif, ortodoks dan fundamentalis yang menjadi cara interaksi mereka dengan teks suci agama. Penghujahan saya jauh berbeza dengan cara liberal meskipun natijahnya sama.

Bukanlah saya ingin berkata bahawa saya adalah liberal disebabkan saya mempertahankan keharusannya. Saya juga menjadikan ortodoks dan fundamentalis sebagai dasar agama saya sama, khususnya dalam penafsiran. Apabila saya telusuri cara penganlisisan sebegini, natijahnya adalah sebegini. Justeru, bagaimana pula dengan mereka yang mencela saya? Adakah sekadar mengikut hawa nafsu atau benar-benar setia dengan manhaj ilmu?

Yang mengecewakan adalah sebahagian orang yang mencela saya kerana hanya dengan kenyataan ringkas bahawa saya menghalalkan liwat tanpa meneliti panjang penghujahan saya yang telah saya kemukakan. Bahkan, jika ditanya kepada mereka sama ada mereka membaca penulisan saya ini, pasti mereka berkata bahawa mereka tidak membacanya atau membacanya secara pintas, apatah lagi ingin menjangkakan bahawa mereka ini benar-benar mengkaji.

Tidak ada manfaat berinteraksi dan melayani orang yang tidak ada kemahuan mencari kebenaran dan meneliti hujah orang lain. Mereka ini selagimana kita tidak menuruti mereka meski apa jua penghujahan yang kita bentangkan, selagi itulah mereka mencemuh kita hari demi hari.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/621287094429548544/bicara-ringkas-seksual-22-komentar-terhadap

Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu SeksualWhere stories live. Discover now