Bicara Ringkas 3

1.3K 1 0
                                    

Senarai Rujukan Saya Dalam Menerbitkan Penulisan Tentang Perbezaan Aurat Hakiki Dan Yang Bukan

Ini adalah antara beberapa rujukan saya dalam menerbitkan penulisan tentang melihat aurat yang bukan hakiki

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ini adalah antara beberapa rujukan saya dalam menerbitkan penulisan tentang melihat aurat yang bukan hakiki. Saya sama sekali tidak bermain-main dalam menjustifikasikan pendirian saya. Malah, bukan ini sahaja saya rujuk. Saya juga mencari penulisan yang ada di laman sesawang sama ada forum atau artikel untuk meluaskan kajian.

Sekarang, tidak ada sesiapa pun yang boleh memberi sebarang alasan untuk tidak meneliti dan membuat kajian. Saya sudah bentangkan banyak poin saya dalam satu gambar ini. Saya bersikap transparensi di sini. Tidak ada apa yang ingin disembunyikan. Yang tinggal adalah pilihan sama ada ada mahu menggunakan kudrat dan akalnya atau menjadi orang yang kekal berdegil.

Terpulang kalau mereka tidak mahu menerima pendapat yang saya utarakan. Namun, jika mereka mengutuk saya hanya kerana pendapat ini dianggap sesuatu yang tidak menyenangkan jiwa mereka, maka saya tidak rugi apa-apa. Mereka telah zahirkan siapa diri mereka yang sebenarnya.

Mereka tidak ada beza dengan sang bodoh yang lain melainkan mereka lebih berkemahiran dalam menggunakan kata-kata kesat dan ungkapan yang menutup kebodohan mereka. Tanyalah mereka atas dasar apa agama mereka? Atas dasar ilmu yang kukuh atau sentimen peribadi? Siapa sekarang yang membelakangkan ilmu dan mengikut hawa nafsu sekarang ini?

Yang mengutuk saya pun ada sebahagiannya langsung tidak mahu untuk membuka kitabnya dan menelaah. Mereka ingin memperbodohkan saya, tetapi mereka sebenarnya langsung tidak pernah mengeluarkan diri daripada kepompong kejahilan mereka sendiri. Dalam bab mengutuk orang sahaja yang mereka entusiastik dan bertindak cepat.

Sebahagian mereka sendiri akui bahawa mereka sendiri tidak tahu bahasa Arab sehingga mereka tidak mampu meneliti penulisan kitab tersebut dan mereka sendiri hanya mengikut pendapat orang lain. Oleh sebab pendapat mereka hanya berdasarkan ikutan semata-mata, bukan atas dasar ilmu yang kukuh, maka ingatlah kata aḏ-Ḏahabiyy ini :

الجَاهِلُ لاَ يَعلَمُ رُتْبَةَ نَفْسِهِ، فَكَيْفَ يَعْرِفُ رُتْبَةَ غَيْرِهِ

"Orang jahil tidak mengetahui kedudukan dirinya, lantas bagaimana dia mengenali kedudukan orang lain?". [Siyar A*lām an-Nubalā^, jilid 11, m/s 321, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut].

Bagaimana mungkin orang bodoh mahu menghukum seseorang lain itu bodoh sedangkan mereka sendiri bodoh terhadap apa yang mereka bodoh? Saya tidaklah mengatakan bahawa saya ini seorang ilmuwan yang dijulang, tetapi sekurang-kurangnya saya bentangkan hasil kajian saya seara ilmiah, bukan hawa nafsu yang mereka buat. Mereka yang adil pasti melihat betapa bezanya saya dan mereka.

Saya bawakan rujukan saya. Mereka pula bawakan apa? Celaan, cercaan dan sindrian. Perhatikanlah!

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/621266890788143104/bicara-ringkas-seksual-3-senarai-rujukan-saya

Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu SeksualWhere stories live. Discover now