Bicara Ringkas 53

65 0 0
                                    

Golongan Ahbash Berfatwa Bahawa Harus Melukis Gambar Wanita Bertelanjang, Harus Jualannya, Harus Simpanannya Dan Harus Lihat Padanya?

Yūsuf al-Qoroḍōwiyy dalam «al-Fatāwā aš-Šaḏḏah : Ma*ayiruhā Wa Taṭbīqōtuhā Wa Aṣḥābuhā Wa Kafya Nu*ālijuhā Wa Natawaqqōhā» mendakwa bahawa golongan ahbash berfatwa bahawa keharusan melukis gambar wanita bertelanjang, keharusan menjualnya, keharusa...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yūsuf al-Qoroḍōwiyy dalam «al-Fatāwā aš-Šaḏḏah : Ma*ayiruhā Wa Taṭbīqōtuhā Wa Aṣḥābuhā Wa Kafya Nu*ālijuhā Wa Natawaqqōhā» mendakwa bahawa golongan ahbash berfatwa bahawa keharusan melukis gambar wanita bertelanjang, keharusan menjualnya, keharusan menyimpannya dan keharusan melihat kepadanya atas alasan ia adalah gambar wanita semata-mata, bukanlah itu wanita yang sebenar. Menurut al-Qoroḍōwiyy, ini salah satu pandangan yang syaz.

Sekadar pencarian saya, saya tidak menemukan kenyataan ini daripada *Abdullah al-Haroriyy; selaku perintis golongan ini dalam kitabnya. Malah, dalam laman web rasmi golongan ini pun, saya tidak menemukan mereka ada merespons dalam isu ini. Dakwaan ini sama ada sekadar khabar angin yang dia menerima melaluinya atau kes terpencil sahaja yang tidak mewakili arus perdana golongan ini.

Sekalipun *Abdullah al-Haroriyy membahaskan isu lukisan dalam «Buġyah aṭ-Ṭōlib Li Ma*rifah al-*Ilm ad-Dīniyy al-Wājib», namun perkara ini tidak disebutkan. Malah, kecenderungannya dalam isu ini adalah sama seperti pandangan ortodoks dan majoriti. Saya tidak merasakan mana-mana pengikutnya yang setia akan membenarkan kenyataan ini dan berfatwa sebegini.

Pun begitu, yang ada adalah penyebutannya dalam berbentuk rakaman suara yang hampir serupa dengannya dalam isu ini dalam isu lihatan filem lucah. Dia berkata :

هنا سؤال أن من ينظر، يتفرج على الأفلام الخلاعية. ما حكمه؟ الذي يتفرج عليها ونفسه تنجر، تنجر الى المعصية التي يشاهد هيئتها في الفيلم حرام عليه أن يتفرج عليها. أما الإنسان الذي لا تؤثر عليه، إنسان متزوج وهو مقتنع بزوجته نفسه لا تحدثه مهما رأى في الأفلام الخلاعية لا تحدثه نفسه أن يفعل هذا يطبق هذا الفعل الحرام، هذا ليس حراما عليه إن تفرج. ليس حرامًا. هذا يرى المرأة حقيقتها، يرى شخصها الحقيقي؟ لا. إنما هذا خيال. ليس حراماً على الذي لا يتأثر.

"Di sana ada soalan tentang seseorang yang melihat, menenung filem-filem lucah. Apa hukumnya? Orang yang menenung kepadanya dan dirinya terheret, iaitu terheret ke maksiat yang dia menyaksikan bentuknya adalah haram ke atasnya. Adapun seseorang yang tidak terkesan kepadanya, iaitu orang yang berkahwin dan dia merasa puas dengan isterinya, tetapi dirinya tidak menceritakannya kendatipun dia melihat filem-filem lucah, iaitu dirinya tidak menceritakannya untuk melakukan perbuatan yang ini, iaitu mempraktikkan perbuatan haram ini, maka tidaklah haram ke atasnya jika dia menenung. Ia tidak haram. Ini yang dia lihat adalah wanita yang hakikatnya, iaitu sosoknya yang hakiki? Tidak. Ini cumalah bayangan. Tidaklah haram ke atas orang yang tidak terkesan". [Rujuk : https://www.youtube.com/watch?v=NT3oL1WXFsU].

Cuma, kalau benar pun dakwaan Yūsuf al-Qoroḍōwiyy ini, itu tidak menatijahkan bahawa pandangan ini salah. Bahkan, ia di atas kebenaran lagi hujah yang kukuh. Bahkan, al-Qoroḍōwiyy dan sebahagian ilmuwan pada hari ini sebenarnya yang memilih pendapat syaz dalam hal ini.

Ketidakharaman melihat aurat yang bukan hakiki seperti yang terdapat pada bayangan air dan pantulan cermin adalah pandangan muktamad ḥanafian dan šāfiᶜian. Tidak diketahui ada perselisihan di antara mereka dalam hal ini. Maka, sama bandingkanlah dengan lukisan gambar, ukiran patung, fotografi, paparan digital dan hologram.

Saya telah membahaskan isu ini dalam penulisan yang berjudul «Aurat : Penjelasan Tuntas» pada bahagian 「Hukum Melihat Aurat Yang Bukan Hakiki」. Dengan ini, sebenarnya ilmuwan yang berfatwa sebaliknya sama ada mereka tidak tahu bagaimana fuqaha mazhab yang dahulu mendirikan pendapat ini dan bagaimana kesan hukumnya yang lain atau mereka sebenarnya khuatir untuk memberi fatwa ini.

Kalaulah mereka tahu, pasti mereka tidak akan berhujah dengan mengatakan bahawa pendedahan aurat yang ada pada badan adalah sama dengan pendedahan aurat yang diserupakan pada gambar. Mereka yang berhujah pengharamannya atas alasan ini tidak faham kenapa para fuqaha membezakan antara melihat semisal dengannya dengan melihat seseorang itu.

Kemudian, al-Qoroḍōwiyy berhujah bahawa ia diharamkan kerana ia membangkitkan syahwat lelaki terhadap wanita. Saya telah membantah pandangan ini dalam penulisan saya yang berjudul «Adakah Syahwat Itu Sendiri Berdosa?». Di penulisan ini, saya mendedahkan betapa pincangnya pemahaman kebanyakan orang tentang syahwat sehingga mereka gemar mengharamkan sesuka hati atas alasan ia menimbulkan syahwat.

Saya melihat golongan ahbash dicerca, dicela dan diejek atas isu ini sedangkan ini adalah pandangan yang benar dan berasaskan dalil. Sekalipun saya bukanlah ahbash dan tidak menyetujui beberapa fikrah daripada mereka, bukan bermakna kita tidak boleh berlaku adil pada mereka dan mengiktiraf kebenaran dari sisi mereka.

Janganlahkebencian kita yang mendalam terhadapnya menyebabkan kita bersikap keterlaluanterhadapnya. Lihat sebahagian orang yang mengejek bahawa ketidakharamannyaberasaskan aspek lihatan itu bukan sosok wanita itu secara hakiki. Parapengejek tidak sedar yang mereka sedang mengejek fuqaha dari ḥanafiandan šāfiᶜian dalam permasalahan ini. Inilah akibat permusuhan yangberlunaskan sentimen, bukan atas kematangan.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688432326217170944/bicara-ringkas-seksual-53-golongan-ahbash

Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu SeksualWhere stories live. Discover now