Sikap Melampau Dalam Ingin Melaksanakan Penegahan Kemungkaran Dalam Isu Aurat
Inilah antara contoh praktik agama secara berlebihan atau ekstrim. Mereka kononnya ingin mencegah kemungkaran, namun hakikatnya mereka sedang membuat kemungkaran yang baru. Sudahlah mendakwa bahawa tentang perkara ghaib yang tidak berasas seolah-olah ia berlaku sebegini.
Malah, ini juga kejahilannya terhadap teks-teks agama bahawa tidak ada satu pun yang menyatakan bahawa ia termasuk dosa besar. Jika rujuk «al-Kabā^ir» karya aḏ-Ḏahabiyy yang mengumpulkan senarai 76 dosa besar, tidak ada pun menyatakan bahawa melihat aurat termasuk dalamnya.
Tambahan lagi, ia juga tanda kejahilan terhadap perbahasan fiqh dalam mazhab šāfiᶜian dan ḥanafian tentang perbezaan hukum lihatan tubuh badan antara yang sebenar dengan pantulan air dan cermin yang mana mereka semua sepakat bahawa tidak haram melihat tubuh badan yang tergambar dari pantulan air atau imej cermin melainkan jika berdasarkan hawa nafsu sepertimana yang ditaqyidkan dalam pendapat muktamad mazhab šāfiᶜian, manakala al-Qolyūbiyy dan al-Bujayirimiyy menyatakan sebaliknya. Sekarang, banding samakan dengan paparan digital dan hologram untuk konteks zaman kini.
Sekarang jelas bahawa mereka sebenarnya bukanlah mencegah kepada kemungkaran, tetapi menzahirkan kemungkaran walaupun dipergunakan atas nama agama. Malah, berganda-ganda kemungkaran daripada mungkar yang ingin dia cegah.Isu aurat sudah menjadi topik besar sehingga seolah-olah cerita pertama dan wacana utama tentang Islam adalah berpusar pada isu ini. Disebabkan ia diperbesar-besarkan, jadilah sebahagian orang bersikap melampaui batas seolah-olah seperti tidak sah agama jika tidak dapat menetapkan bahawa mendedahkan aurat ini adalah dosa yang besar.
Bercakap tentang ekstrim, saya teringat bahawa ada orang menyebutkan ramai wanita masuk ke dalam neraka kerana mendedah aurat dan bertabarruj berlebihan. Walhal riwayat al-Bayhaqiyy, Aḥmad dan Muslim menyatakan bahawa kerana mereka banyak mengeluh dan mengabaikan keluarganya. Inilah kesan apabila agama berasaskan sentimen.Walaupun mereka tidak berkata bahawa Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- menyatakan sedemikian, namun mereka membuat membuat pengaburan bahawa sememangnya akan berlaku sedemikian. Watak keagamaan mereka yang berlebih-lebihan hanya menjatuhkan ke lembah ekstrim sekaligus menghampiri kepada bidaah yang sesat.
Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/621270545142562816/bicara-ringkas-seksual-8-sikap-melampau-dalam
YOU ARE READING
Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu Seksual
Non-ficțiunePenulisan dari pecahan "Al-H̱iṭōb Al-Wajīz" yang khas untuk membincangkan hal ehwal seksual secara ringkas yang menyentuh pelbagai aspek sama ada agama, falsafah, isu-isu semasa, idea dan lain-lain menurut pandangan saya. Cuma, penulisan di sini tid...