Bicara Ringkas 38 : Adakah Berkhayal Aktiviti Seks Adalah Dosa?

120 0 1
                                    

Selalu sahaja kita melihat penulisan yang kesemuanya mengatakan bahawa sesiapa sahaja yang berkhayal aktiviti seks atau berimaignasi orang yang bertelanjang, maka ia adalah perbuatan berdosa. Sesungguhnya ini adalah pendapat yang salah dan semberono yang tidak berasaskan ilmu. Kita lihat apa yang Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy katakan :

وَقَالَ السُّبْكِيُّ الْكَبِيرُ الْهَاجِسُ لَا يُؤَاخَذُ بِهِ إِجْمَاعًا وَالْخَاطِرُ وَهُوَ جَرَيَانُ ذَلِكَ الْهَاجِسِ وَحَدِيثُ النَّفْسِ لَا يُؤَاخَذُ بِهِمَا لِلْحَدِيثِ الْمُشَارِ إِلَيْهِ وَالْهَمُّ وَهُوَ قَصْدُ فِعْلِ الْمَعْصِيَةِ مَعَ التَّرَدُّدِ لَا يُؤَاخَذُ بِهِ لِحَدِيثِ الْبَابِ وَالْعَزْمُ وَهُوَ قُوَّةُ ذَلِكَ الْقَصْدِ أَوِ الْجَزْمُ بِهِ وَرَفْعُ التَّرَدُّدِ قَالَ الْمُحَقِّقُونَ يُؤَاخَذُ بِهِ وَقَالَ بَعْضُهُمْ لَا وَاحْتَجَّ بِقَوْلِ أَهْلِ اللُّغَةِ هَمَّ بِالشَّيْءِ عَزَمَ عَلَيْهِ وَهَذَا لَا يَكْفِي قَالَ وَمِنْ أَدِلَّةِ الْأَوَّلِ حَدِيثُ إِذَا الْتَقَى الْمُسْلِمَانِ بِسَيْفَيْهِمَا الْحَدِيثَ وَفِيهِ أَنَّهُ كَانَ حَرِيصًا عَلَى قَتْلِ صَاحِبِهِ فَعُلِّلَ بِالْحِرْصِ وَاحْتَجَّ بَعْضُهُمْ بِأَعْمَالِ الْقُلُوبِ وَلَا حُجَّةَ مَعَهُ لِأَنَّهَا عَلَى قِسْمَيْنِ أَحَدُهُمَا لَا يَتَعَلَّقُ بِفِعْلٍ خَارِجِيٍّ وَلَيْسَ الْبَحْثُ فِيهِ وَالثَّانِي يَتَعَلَّقُ بِالْمُلْتَقِيَيْنِ عَزَمَ كُلٌّ مِنْهُمَا عَلَى قَتْلِ صَاحِبِهِ وَاقْتَرَنَ بِعَزْمِهِ فِعْلُ بَعْضِ مَا عَزَمَ عَلَيْهِ وَهُوَ شَهْرُ السِّلَاحِ وَإِشَارَتُهُ بِهِ إِلَى الْآخَرِ فَهَذَا الْفِعْلُ يُؤَاخَذُ بِهِ سَوَاءٌ حَصَلَ الْقَتْلُ أَمْ لَا انْتَهَى

As-Subkiyy al-Kabīr berkata: "₍Al-Hājis₎ (lintasan) tidak dihukum secara sepakat. ₍Al-H̱ōṭir₎ adalah pengaliran lintasan itu dan bicara jiwa yang tidak dihukum akan kedua-duanya berdasarkan hadis yang telah ditunjukkan kepadanya. ₍Al-Hamm₎ adalah kehendak pada perbuatan maksiat dalam keadaan teragak-agak yang tiddak dihukum terhadapnya berdasarkan hadis bab ini. ₍Al-*Azm₎ adalah kekuatan kehendak itu atau jazam terhdapnya dan terangkatnya keteragak-agakan". Berkata ahli tahqiq bahawa dihukum akannya, sedangkan sebahagian lain berpendapat tidak. Sebahagian orang berhujah dengan pendapat ahli bahasa bahawa ₍Hamma Bi Aš-Šay^₎ adalah berazam untuknya, sedangkan ini tidak mencukupi. Sebahagian mereka itu berkata bahawa antara dalil yang pertama ialah hadis tentang apabila bertemunya dua orang muslim dengan pedangnya. Disebutkan hadisnya bahawasanya hal itu terdapat tekad, lantas dia ditenggelami dengan tekad. Sebahagian mereka berhujah bahawa dia dihukum disebabkan amalan jantung, padahal tidak ada hujah di sisi mereka kerana dua sebab. Pertama, tekad itu tidak bersangkut paut dengan amalan luaran dan tidaklah perbincangan ini ada padanya. Yang kedua, tekad itu bersangkut paut dengan dua orang yang bertemu yang kedua-duanya berazam untuk membunuh sahabatnya dalam keadaan perbuatan sebahagian daripada apa yang dia ingin merealisasi terhadapnya berkait dengan keazamannya, iaitulah penghunusan pedang kepada orang lain. Perbuatan ini dihukum sama ada berhasilnya pembunuhan itu ataupun tidak. Tamat. [Fatḥ al-Bāri Šarḥ Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, jilid 11, m/s 328, keluaran Dār al-Ma*rifah, Beirut].

Ibn Ḥajar sedang memetik kalam ini dalam membahaskan hadis yang semakna seperti berikut :

فَلَمْ أَزَلْ أَرْجِعُ بَيْنَ رَبِّي تَبَارَكَ وَتَعَالَى وَبَيْنَ مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَام حَتَّى قَالَ يَا مُحَمَّدُ إِنَّهُنَّ خَمْسُ صَلَوَاتٍ كُلَّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ لِكُلِّ صَلَاةٍ عَشْرٌ فَذَلِكَ خَمْسُونَ صَلَاةً وَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كُتِبَتْ لَهُ حَسَنَةً فَإِنْ عَمِلَهَا كُتِبَتْ لَهُ عَشْرًا وَمَنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا لَمْ تُكْتَبْ شَيْئًا فَإِنْ عَمِلَهَا كُتِبَتْ سَيِّئَةً وَاحِدَةً

Aku sentiasa berulang kembali pada Tuhanku Tabāroka Wa Ta*ālā dengan Mūsā -*alayhissalām- sehingga Dia berfirman: "Wahai Muhammad, sesungguhnya solat lima kali setiap hari untuk setiap solat adalah bersamaan sepuluh pahala. Maka, itulah lima puluh solat. Sesiapa yang berkeinginan untuk kebaikan tetapi dia tidak melakukannya, ditulis satu pahala untuknya. Jika dia melakukannya, maka ditulis sepuluh pahala untuknya. Sesiapa yang berkeinginan untuk kejahatan, maka dia tidak dituliskan apa-apa. Jika dia melakukannya, ditulis satu dosa". [Ṣoḥīḥ Muslim, kitab al-Īmān, no. 162].

Kupasan ini telah saya bahaskan secara panjang dalam penulisan saya yang berjudul «Adakah Syahwat Itu Sendiri Berdosa?». Namun, di sini saya akan mengambil ringkasan daripadanya untuk menyanggah pendapat tersebut.

As-Subkiyy menyatakan bahawa untuk menetapkan sesuatu perbuatan itu berdosa atau tidak pada apa yang berkaitan di dalam jantung, perlu dilihat pada empat tahap, iaitu ₍al-Hājis₎, ₍al-H̱ōṭir₎, ₍al-Hamm₎ dan ₍al-*Azm₎. Tidak semua apa yang terdetik, terlintas dan berlegar dalam jantung terus dikira berdosa. Ada bahagian yang dimaafkan Allah dan tidak dikira berdosa.

Sekarang ini, khayalan atau imaginasi atau apa sahaja yang seumpama dengannya, ia termasuk ₍al-H̱ōṭir₎ dan ia menepati maksudnya, iaitu apa yang bercerita dalam jantungnya. Apabila ia dalam tahap ini, maka ia sama sekali tidak berdosa. Oleh itu, apabila seseorang berimaginasi aktiviti seks atau apa sahaja yang berkaitan dengan rasa berahi, ia tidaklah berdosa sama sekali berdasarkan penjelasan as-Subkiyy.

Nyatalah bahawa mereka yang berpandangan demikian adalah orang yang tidak menimbang atas neraca ilmu dan hanya bersentimenkan bahawa syahwat adalah dosa secara mutlak tanpa peduli asas ilmu padanya.

Mereka ini juga dalam masa yang tidak tahu bahawa Ibn Ḥajar al-Haytamiyy mengupas panjang dalam isu ini dengan membentangkan pelbagai pendapat dalam hal ini dan menganalisis satu persatu validitas penghujahan itu sepertimana yang telah saya paparkan dalam judul penulisan yang sebutkan tadi. Sebegitu juga yang dilakukan Ibn *Abīdīn.

Bukan seumpama orang sekarang yang simplistik dengan hanya berkata bahawa itu adalah haram atas alasan ia adalah pengkhayalan aktiviti yang keji bersama ajnabi. Kalaulah mereka tahu, lebih-lebih lagi yang suka beralasan mengikuti ulama, pasti mereka menelan kepahitan kupasan yang terperinci daripada ahli fiqh agung dalam mazhabnya atau sekurang-kurangnya tidak lancang dan gopoh.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632982710873456640/bicara-ringkas-seksual-38-adakah-berkhayal

com/post/632982710873456640/bicara-ringkas-seksual-38-adakah-berkhayal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu SeksualWhere stories live. Discover now