Saya menemukan gambar ini di satu laman web agak anti-Islam. Bagi yang tidak mengetahui bahasa Arab, tulisan gambar ini mahu berkata bahawa maksud ₍Kawā*ib₎ (كَوَاعِب) dalam 「Surah an-Nabā^ ayat 33」 adalah merujuk kepada gadis perempuan sepertimana dalam gambar ini.
₍Kawā*ib₎ yang merupakan jamak kepada ₍Kā*ib₎ (كَاعِب) adalah gadis yang baru menyata buah dadanya. Kemudian, di akhir kalam itu, ia melontarkan persoalan: "Adakah berhak dihormati untuk yang berkata kalam ini?".
Sebelum saya memberi jawapan balas, lebih elok kita melihat satu perspektif. Iaitu, bagaimana orang yang jahil dan orang yang berilmu akan memberi persepsi pada gambar ini. Bagi orang yang jahil yang tidak mengetahui apa yang dimaksudkan dengan ₍Kā*ib₎, semestinya dia akan menentang sekeras-kerasnya dan menghina cukup-cukup orang yang menghasilkan gambar ini.
Bagi orang yang berilmu, dia tidak akan mengingkari apa yang disebutkan dalam gambar ini, iaitu ia seakan merujuk kepada gadis sepertimana gambar tersebut. Mereka yang telah meneliti kamus bahasa Arab dan tafsir, pasti tidak akan dapat menolak penafsiran ini. Saya telah pun membahaskannya dalam penulisan saya yang berjudul «Tafsir Surah an-Nabā^ ayat 33» untuk maksud ₍Kā*ib₎ ini.
Apapun, lihatlah. Begitu ketara perbezaan respons. Walaupun yang jahil dan yang berpengetahuan akan memberikan jawapan balas untuk menyanggah penghinaan seperti ini, tetapi respons dan cara menjawab itu akan berbeza. Malah, jawapan yang akan dibentangkan pun mungkin akan berlainan.
Jelaslah bahawa kadar pengetahuan dan tahap kesedaran seseorang dalam pegangannya dengan manhaj ilmu boleh memberi impak yang berbeza dalam cara menilai dan berinteraksi terhadap sesuatu isu.
Jika ditanya sama ada berhak atau tidak dihormati, sudah tentu sama sekali bagi seorang muslim yang beriman kepada Allah dan redha dengan hidupnya sebagai orang Islam. Akan tetapi, mungkin persoalan adalah sebenarnya adalah buruk atau tidak kalam seperti ini?
Ini juga akan membezakan orang yang mempunyai bias keinginan sosial dalam isu seks atau yang acah-acah suci seolah-olah tidak berasosiasi dengan hal seksual dengan mereka yang terbuka dan berlapang dada.
Bagi yang pertama sudah tentu penyebutan secara eksplisit ini dianggap kata-kata yang kotor dan tidak sopan. Bagi yang kedua, responsnya adalah apa masalahnya? Tidak ada beza pun apabila disebutkan "perempuan itu masih dara" atau "gadis itu mempunyai buah dada yang besar" atau "lelaki itu mempunyai zakar yang panjang lagi besar dan boleh bertahan lama". Di manakah yang dikatakan tidak sopan?
Penyebutan tawaran ini adalah supaya menawan hati hamba-Nya untuk tetap istiqamah dengan ibadah dan amalan-amalan yang baik. Begitu juga untuk dorongan hamba-Nya agar mereka terus berusaha keras agar memperoleh apa yang ditawarkan oleh tuhannya.
Samalah juga apabila seorang presiden negara menawarkan kepada tenteranya bahawa sesiapa yang berjuang dan memperoleh kemenangan akan ditawarkan gadis yang terbaik dalam negaranya yang perawan lagi memenuhi fetish yang dimahukan.
Sama juga apabila seseorang wanita menawarkan kepada lelaki: "Saya adalah perempuan yang memiliki ciri yang awak idamkan; dara, berbuah dada besar dan berkulit licin. Jika awak mahu berkahwin dengan saya, carilah pekerjaaan yang mulia".
Begitu juga jika lelaki menawarkan kepada wanita dengan berkata: "Saya jejaka idaman awak yang awak mahu; berbadan sasa, mempunyai zakar yang besar lagi panjang dan boleh bermain lama. Jika awak mahu berkahwin dengan saya, bergraduasilah dengan cemerlang".
Semua ini sebagai penggalakan untuk seseorang itu berusaha keras. Justeru, di manakah yang tercela dalam hal ini? Ia adalah di mana perspektif seseorang itu berada. Bagi puritan yang acah-acah suci daripada seks dan rahib yang memandang keji terhadapnya, maka dia akan mencela tawaran dengan penyebutan ini seakan-akan penuturnya berbicara lucah dan mengungkapkan kata-kata kotor yang tidak sepatutnya orang yang bermaruah berkata sedemikian.
Cuma, tuhan Yang Maha Adil tidak terikat dengan bias sedemikian dan agama ini juga tidak sebegitu. Agama ini tidak membencikan hal yang berkaitan dengan seks sampai seolah-olah seseorang itu acah-acah suci atau seks itu sendiri merupakan sesuatu yang keji. Agama mengiktiraf fitrah ini dan mengakui perasaan keseronokan yang ada pada manusia dalam perkara seksual.
Ayat tersebut sudah cukup sebagai bukti. Selain membatalkan tanggapan bahawa seks itu adalah sesuatu yang kotor yang dipandang jijik, ia juga memberikan kita persoalan tentang erti dan nilai kesopanan dan bagaimana kita mentafsirkannya.
Sekarang, yang menjadi isu adalah bagaimana sikap kita dan apa pendirian yang kita pilih. Bawalah apa jua jawapan pun, ia tetap akan dipandang buruk jika seseorang itu tidak melihat dari sudut yang betul, khususnya dari kaca mata puritan. Jika kita ingin menilai berhak atau tidak seseorang itu diberi penghormatan atau tidak, maka kita juga perlu melihat dari sudut apa dan mana kita nilai.
Jika dari sudut puritan atau rahib atau yang acah-acah suci daripada seks, tawaran dan penyebutan seperti ini adalah kata-kata kotor dan ungkapan lucah. Orang yang benar-benar beriman akan menganggap bahawa ia adalah tawaran yang mengujakan dan kata-kata eksplisit ini adalah sesuatu yang mendorong untuk teguh dengan beramal soleh dan memantapkan keimanannya untuk mengejar apa yang menjadi nikmat rebutan di syurga.
Oleh itu, tidak ada jawapan yang baik bagi pembuat gambar ini dan penyebarnya dalam mengejek umat Islam yang menginginkan sesuatu yang berbentuk keberahian dan penyebutan anggota yang dianggap kawasan telanjang melainkan mereka perlu berubah persepsi mereka tentang seksualiti.
Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/621423899652079616/bicara-ringkas-seksual-25-perbezaan-dari-sudut
YOU ARE READING
Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu Seksual
Non-FictionPenulisan dari pecahan "Al-H̱iṭōb Al-Wajīz" yang khas untuk membincangkan hal ehwal seksual secara ringkas yang menyentuh pelbagai aspek sama ada agama, falsafah, isu-isu semasa, idea dan lain-lain menurut pandangan saya. Cuma, penulisan di sini tid...