Saya pernah mengingatkan bahawa tidak boleh seseorang menuduh pelaku dalam pornografi adalah penzina selagimana tidak ada empat orang saksi atau tiada pengakuan daripada pelaku atau tidak disabitkan dalam mahkamah dengan membawakan keraguan yang munasabah.
Bukan semudah nampak seseorang yang memakai tudung, terus dilemparkan tuduhan sebegitu. Sesungguhnya melakukan qazaf adalah termasuk tujuh dosa yang menghancurkan seseorang.
حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ ، قَالَ : حَدَّثَنِي سُلَيْمَانُ بْنُ بِلَالٍ ، عَنْ ثَوْرِ بْنِ زَيْدٍ الْمَدَنِيِّ ، عَنْ أَبِي الْغَيْثِ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، وَمَا هُنَّ ، قَالَ : الشِّرْكُ بِاللَّهِ ، وَالسِّحْرُ ، وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ ، وَأَكْلُ الرِّبَا ، وَأَكْلُ مَالِ الْيَتِيمِ ، وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ ، وَقَذْفُ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ الْغَافِلَاتِ "
*Abdul *Azīz bin *Abdullah telah merawi hadis kepada kami, dia berkata፥➤ Sulaymān bin Bilāl telah merawi hadis kepadaku➤ Daripada Ṯawr bin Zayd al-Madiniyy➤ Daripada Abū al-Ġoyṯ➤ Daripada Abū Huroyroh -roḍiyallahu *anh-➤ Daripada Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-, baginda berkata: "Jauhilah tujuh yang memusnahkan". Mereka berkata: "Wahai Rasulullah, apakah ia?". Baginda berkata: "Syirik terhadap Allah, sihir, membunuh nyawa yang diharamkan Allah melainkan secara benar, memakan riba, memakan harta anak yatim, melarikan diri pada hari pertempuran dan menuduh wanita suci yang beriman yang tidak tahu apa-apa". [Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, no. 2573].
Kemudian, timbul masalah pula apabila seseorang menganggap bahawa laman pornografi adalah laman orang yang menzahirkan perlakuan zina. Memandangkan ia didominasi oleh orang bukan Islam, maka dengan semberono mereka berkata sebegitu.
Walhal, apa yang mereka lakukan tidak dikira berzina sama sekali. Apa yang mereka lakukan adalah termasuk dalam pernikahan yang sah di sisi mereka meskipun zahirnya mereka tidak mencukupkan syarat yang diperlukan dalam Islam.
Lihat pendapat ahli fiqh berkenaan hal ini tentang pernikahan orang yang bukan Islam. Ibn *Abdul Barr berkata :
فَقَدْ أَجْمَعَ الْعُلَمَاءُ أَنَّ الزَّوْجَيْنِ إِذَا أَسْلَمَا مَعًا فِي حَالٍ وَاحِدَةٍ أَنَّ لَهُمَا الْمُقَامَ عَلَى نِكَاحِهِمَا إِلَّا أَنْ يَكُونَ بَيْنَهُمَا نَسَبٌ أَوْ رَضَاعٌ يُوجِبُ التَّحْرِيمَ وَأَنَّ كُلَّ مَنْ كَانَ لَهُ الْعَقْدُ عَلَيْهَا فِي الشِّرْكِ كَانَ لَهُ الْمُقَامُ مَعَهَا إِذَا أَسْلَمَا مَعًا وَأَصْلُ الْعَقْدِ مَعْفِيٌّ عَنْهُ لِأَنَّ عَامَّةِ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانُوا كُفَّارًا فَأَسْلَمُوا بَعْدَ التَّزْوِيجِ وَأُقِرُّوا عَلَى النِّكَاحِ الْأَوَّلِ وَلَمْ يُعْتَبَرْ فِي أَصْلِ نِكَاحِهِمْ شُرُوطُ الْإِسْلَامِ وَهَذَا إِجْمَاعٌ وَتَوْقِيفٌ وَإِنَّمَا اخْتَلَفَ الْعُلَمَاءُ فِي تَقَدُّمِ إِسْلَامِ أَحَدِ الزَّوْجَيْنِ عَلَى مَا نَذْكُرُهُ ههنا

YOU ARE READING
Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu Seksual
Non-FictionPenulisan dari pecahan "Al-H̱iṭōb Al-Wajīz" yang khas untuk membincangkan hal ehwal seksual secara ringkas yang menyentuh pelbagai aspek sama ada agama, falsafah, isu-isu semasa, idea dan lain-lain menurut pandangan saya. Cuma, penulisan di sini tid...