Mengapa Pula Mengambil Pendapat Ahli Ilmu Yang Mengharuskan Melancap Dikira Mengikut Hawa Nafsu?
Jika mengambil pendapat bahawa tidur tidak membatalkan wuduk melainkan terbukti, tidak diwajibkan membaca doa iftitah dalam solat dan tidak wajib menunaikan ibadah korban tidak dianggap melakukan ₍Tatabbu* ar-Ruẖoṣ₎, iaitu menjejaki keringanan kerana ada sandaran daripada fuqaha. lalu mengapa mengambil pendapat yang mengharuskan melancap dikira ₍Tatabbu* ar-Ruẖoṣ₎ dan memilih pendapat mengikut hawa nafsu walaupun ia ada sandaran daripada ahli ilmu terdahulu sepertimana yang dinyatakan Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy dalam «Iẖtilaf al-Fuqohā^»?
Malah, apabila kita mencari sokongan terhadap kebenaran pendapat ini, kata-kata buruk yang dilemparkan adalah kita ingin menunggang agama untuk menghalalkan hawa nafsu kita? Adakah fuqaha yang mengharuskannya berfatwa mengikut hawa nafsu sehingga mengikutinya adalah mengikut hawa nafsu? Adakah sebab benci dengan lancap, lalu itu menjadi alasan untuk menuduh sebegitu rupa?
Inilah sikap hipokrit dari sebahagian orang yang mengatakan: "Ikuti mana-mana pendapat ulama yang muktabar". Walhal, hakikatnya ia adalah suruhan untuk mengikut telunjuknya; mana yang dikira boleh dan mana yang dikira tidak boleh.Pembuktikan salah atau benar, keji atau baik, bukannya pada perbahasan ilmu, tetapi sekadar rasa benci sahaja. Mereka yang suruh menyuruh mengikut ulama akhirnya mereka menjadi orang yang membencinya apabila ada pendapat yang tidak menyenangkannya.
Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/621271227021000704/bicara-ringkas-seksual-10-mengapa-pula-mengambil
YOU ARE READING
Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu Seksual
Документальная прозаPenulisan dari pecahan "Al-H̱iṭōb Al-Wajīz" yang khas untuk membincangkan hal ehwal seksual secara ringkas yang menyentuh pelbagai aspek sama ada agama, falsafah, isu-isu semasa, idea dan lain-lain menurut pandangan saya. Cuma, penulisan di sini tid...