Bicara Ringkas 54

170 0 0
                                    

Rancangan Animasi Haram Ditonton Kerana Mengandungi Erotika Dan Babak Maksiat?

Sememangnya jawapan biasa sebegini akan dicoratkan daripada rata-rata agamawan atau orang yang ada literasi dalam agama tentang filem-filem yang mengandungi erotik, paparan wanita seksi, aktiviti lucah atau ada perkaitan dengan seks

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sememangnya jawapan biasa sebegini akan dicoratkan daripada rata-rata agamawan atau orang yang ada literasi dalam agama tentang filem-filem yang mengandungi erotik, paparan wanita seksi, aktiviti lucah atau ada perkaitan dengan seks. 

Sikap simplistik ini sama seperti seseorang menghukum bahawa semua yang menonton pornografi adalah orang yang redha terhadap maksiat atau apabila melihat dua pasangan yang bukan suami isteri masuk ke bilik hotel, mereka menganggap bahawa kedua-duanya ingin berzina tanpa sedar bahawa ia menatijahkan perlakuan qazaf yang layak menyabitkan mereka kepada hukuman had. 

Sebegitu juga sebahagian agamawan yang sangat gampang mengatakan bahawa paparan aurat di skrin digital tetap sama dengan aurat yang ada pada anggotanya dari sudut hukumnya dan berfatwa bahawa berkhayal persetubuhan wanita yang bukan mahram adalah haram tanpa mengambil kira perbahasan yang teliti daripada fuqaha tentangnya. 

Untuk hal ini, ada tiga sisi yang ingin saya kupas yang berkaitan dengan penulisan di atas. Cuma, apa yang saya bentangkan di sini adalah intisari daripada penulisan saya yang berjudul «Hukum Melihat Aurat Yang Bukan Hakiki», «Adakah Syahwat Itu Sendiri Berdosa?» dan «Perincian Kaedah "Redha Terhadap Maksiat Adalah Maksiat" Pada Tontonan Pornografi». Dipersilakan untuk baca bersama penulisan ini apabila membaca kupasan saya di sini.

Pertama, tentang melihat adegan lucah atau paparan erotik dalam animasi, ia adalah sama sepertimana yang disebutkan *Abdullah al-Haroriyy yang berkata :

هنا سؤال أن من ينظر، يتفرج على الأفلام الخلاعية. ما حكمه؟ الذي يتفرج عليها ونفسه تنجر، تنجر الى المعصية التي يشاهد هيئتها في الفيلم حرام عليه أن يتفرج عليها. أما الإنسان الذي لا تؤثر عليه، إنسان متزوج وهو مقتنع بزوجته نفسه لا تحدثه مهما رأى في الأفلام الخلاعية لا تحدثه نفسه أن يفعل هذا يطبق هذا الفعل الحرام، هذا ليس حراما عليه إن تفرج. ليس حرامًا. هذا يرى المرأة حقيقتها، يرى شخصها الحقيقي؟ لا. إنما هذا خيال. ليس حراماً على الذي لا يتأثر.

"Di sana ada soalan tentang seseorang yang melihat, menenung filem-filem lucah. Apa hukumnya? Orang yang menenung kepadanya dan dirinya terheret, iaitu terheret ke maksiat yang dia menyaksikan bentuknya adalah haram ke atasnya. Adapun seseorang yang tidak terkesan kepadanya, iaitu orang yang berkahwin dan dia merasa puas dengan isterinya, tetapi dirinya tidak menceritakannya kendatipun dia melihat filem-filem lucah, iaitu dirinya tidak menceritakannya untuk melakukan perbuatan yang ini, iaitu mempraktikkan perbuatan haram ini, maka tidaklah haram ke atasnya jika dia menenung. Ia tidak haram. Ini yang dia lihat adalah wanita yang hakikatnya, iaitu sosoknya yang hakiki? Tidak. Ini cumalah bayangan. Tidaklah haram ke atas orang yang tidak terkesan". [Rujuk : https://www.youtube.com/watch?v=NT3oL1WXFsU].

Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu SeksualWhere stories live. Discover now