Orang ramai lebih sensitif dengan pornografi berbanding dengan rokok. Mereka yang setiap hari melihat orang merokok di jalanan dan di luar secara terbuka pun merasakan itu adalah aktiviti yang biasa.
Cuba kalau seseorang itu diketahui menonton pornografi. Semua tengkingan, herdikan, bentakan, jerakahan, celaan dan cemuhan tersembur dari lidahnya. Kalaulah diberikan kemampuan untuk memaki hamun dari pagi sampai petang, pasti mereka akan melakukannya.
Bahkan, mereka juga kalau boleh, mahu sahaja membelasah dan menerajang dengan penuh amukan dan geram. Orang yang melayani pornografi secara tertutup dan hanya mengehadkan kepada komuniti tertentu atau bulatan rakannya pun tetap dikecam secara terbuka.
Namun, perokok yang penyebab antara penyumbang sampah terbanyak, perosak manusia sekeliling dan pelbagai lagi masalah yang lain boleh diambil sambil lewa. Tidak pernah pula kita mendengar setiap hari orang mengherdik orang yang merokok di tempat terbuka kerana kesedaran yang mendalam terhadap bahana rokok.
Cuba kalau ada orang menonton pornografi di tempat umum. Lihat apa responsnya. Pasti jauh berbeza dengan perokok. Mereka akan mengecam habis-habisan jika ada penjualan komik lucah dan majalah erotik. Namun, berbeza pula penjualan rokok yang jauh lebih toksik di kedai runcit sehingga di kawasan kampung pun. Ia dianggap barang yang biasa yang dijual seperti jualan roti.
Malah, ada yang sampai ingin menghalau seseorang daripada kelas dan menyekatnya dari menghadiri mana-mana pertemuan bersamanya kerana didapati menonton pornografi, tetapi tidak ada masalah pun apabila dapat tahu yang temannya merokok di luar premisnya dan berulang kali melakukannya setiap kali pertemuan! Bahkan, sampai tidak merasa bersalah duduk semeja bersama perokok yang merokok di situ untuk bersosial.
Mungkin pihak kerajaan mendapat keuntungan besar daripada cukai industri rokok walaupun ada kempen yang hebat untuk pencegahan, rawatan dan kesedaran serta ditambah lagi pula ia adalah tabiat yang telah melata di seluruh pelusuk negeri, maka ia telah direndahkan persepsi buruk terhadap rokok.
Bayangkan kalau dapat tahu kerajaan mengambil keuntungan atas cukai industri porngorafi atau alatan seks seperti vibrator dan patung seks. Ia seolah-olah suatu dosa yang lebih cepat mengundang bala berbanding rokok dan pasti kita akan melihat respons yang luar biasa daripada orang ramai yang sememangnya akan berbeza dengan rokok.
Sekurang-kurangnya, kajian daripada beberapa pakar masih menyeimbangkan antara pro dan kontra pada pornografi. Bacalah dalam portal Psychology Today sebagai contoh yang mana para penulisnya berlatar belakang pendidikan yang tinggi, bukan penulis entah siapa atau jurnalis jalanan.
Akan tetapi, orang ramai yang hidup hanya berasaskan sentimen, lebih-lebih lagi yang bias akan bertindak secara semberonon tanpa mempertimbangkan dengan neraca terlebih dahulu.
Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/673843631019425792/bicara-ringkas-seksual-49-reaksi-berbeza-antara
YOU ARE READING
Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu Seksual
Non-FictionPenulisan dari pecahan "Al-H̱iṭōb Al-Wajīz" yang khas untuk membincangkan hal ehwal seksual secara ringkas yang menyentuh pelbagai aspek sama ada agama, falsafah, isu-isu semasa, idea dan lain-lain menurut pandangan saya. Cuma, penulisan di sini tid...