Bicara Ringkas 42

89 1 0
                                    

Pendefinisian Semula Bagi Makna ₍al-Liwāṭ₎ Dan Yang Berkaitan Dengannya Dalam Bahasa Arab

Našwān bin Sa*īd al-Ḥimyariyy berkata :

لَاطَ لَواطةً: أَيْ فَعَلَ فِعْلَ قَوْمِ لُوطٍ

"₍Lāṭo₎ — ₍Lawāṭotan₎, iaitu melakukan perbuatan kaum Lūṭ". [Šams al-*Ulūm Wa Dawā^ Kalām al-*Arōb Min al-Kulūm, jilid 9, m/s 6145, keluaran Dār al-Fikr al-Mu*āṣir, Beirut, tahqiq Ḥusayn bin *Abdullah al-*Umariyy, Muṭhir bin *Aliyy al-Īrōniyy dan Yūsuf Muḥammad *Abdullah].

Abū Naṣr al-Jawhariyy berkata :

ولاط الرجل ولاوَطَ، أي عَمِلَ عَمَلَ قومِ لوط

"₍Lāṭo₎ lelaki dan ₍Lāwaṭo₎, iaitu melakukan perlakuan kaum Lūṭ". [Aṣ-Ṣiḥāḥ Tāj al-Luġoh Wa Ṣiḥaḥ al-*Arobiyyah, jilid 3, m/s 1158, keluaran Dār al-*Ilm Li al-Malāyīn, tahqiq Aḥmad *Abdul Ġofūr *Aṭṭōr].

Murtaḍō az-Zabīdiyy berkata :

{ولاَطَ الرَّجُلُ} يَلُوط {لِوَاطاً: عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِهِ،} كلاَوَطَ

"₍Lāṭo₎ lelaki ₍Yalūṭu₎ — ₍Liwāṭon₎ adalah melakukan perlakuan kaumnya. Sama seperti ₍ Lāwaṭo₎". [Tāj al-*Urūs Min Jawāhir al-Qōmūs, jilid 20, m/s 84, keluaran Dār al-Hidāyah].

Saya ingin mendefinsikan semula perkataan ini dengan makna :

لَاطَ الرَّجُلُ يَلُوطُ لِوَاطًا لِوَاطَةً وَلَاوَطَ وَتَلَوَّطَ : اشْتَهَى رَجُلًا آخَرَ وَاسْتَحْسَنَ وَطَأَهُ بِإِتْيَانِ الذَّكَرِ فِي الدُّبُرِ وَمَبَاشَرَتَهُ

"₍Lāṭo ar-Rojul₎ — ₍Yalūṭu₎ — ₍Liwāṭon₎ — ₍Liwāṭotan₎ dan ₍Lāwaṭo₎ dan ₍Talawwaṭo₎ adalah bersyahwat terhadap lelaki yang lain serta memandang baik persetubuhan dengannya melalui penetrasi zakar pada dubur dan bergomolan dengannya".

Atau seumpama dengannya.

Sebab utama saya ingin memperbaharui definisi adalah kerana saya berpandangan bahawa liwat tidak haram. Tidak ada dalil yang menunjukkan pensyariatan Muḥammad -ṣollallahu *alayhi wasallam- membenarkan dan meneruskan larangan daripada pensyariatan Lūṭ -*alayhissalām-.

Saya telah menjelaskan hal ini dalam penulisan saya yang berjudul «Analisis Pendalilan Pengharaman Liwat». Oleh sebab itu, amalan liwat sekarang ini sama sekali tiada kaitan dengan kaum Lūṭ yang dilaknat.

Kemudian, untuk menggambarkan seseorang yang minat dan mempunyai kecenderungan kepada aktiviti liwat, ia akan ditambahkan ₍Yā^ an-Nisbah₎ pada nama Lūṭ untuk menunjukkan sifat, karakteristik dan ciri-ciri bagi sesuatu yang dinisbahkan. Menjadilah ia ₍al-Lūṭiyy₎ (اللُّوُطِيّ). Aḥmad Muẖtār *Abdul Ḥamīd *Umar berkata :

لُوطيّ [مفرد]: اسم منسوب إلى لُوط: مَنْ يعمل عمل قوم لوط من مباشرة الذُّكور؛ شاذّ جنسيًّا ° اللُّوطيَّة: اللِّواط.

"₍Lūṭ iyy₎ adalah lafaz mufrad. Ia adalah kata nama yang dinsibahkan kepada Lūṭ. Ia adalah orang yang melakukan perlakuan kaum Lūṭ melalui pergaulan zakar, iaitu sejenis perlakuan seks yang ganjil. Al-Lūṭ iyyah adalah liwat". [Mu*jam al-Luġoh al-*Arobiyyah al-Mu*āṣiroh, jilid 3, m/s 2048, keluaran *Ālim al-Kutub].

Penisbahan kepada nama ini bukan kerana pada Lūṭ -*alayhissalām-, tetapi pada penegahannya baginda daripada perbuatan liwat kaumnya. Bakr bin *Abdullah berkata :

Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu SeksualWhere stories live. Discover now