Bicara Ringkas 18

134 0 0
                                    

Apa Motif Memalukan Agama Lain Dengan Menyelongkar Teks Berunsur Kategori-X?

Saya tidak tahu apa motif seorang muslim paparkan teks agama lain yang berunsur kategori-X sebagai modal untuk memalukan penganut agama itu. Saya tidak fikir itu perbuatan yang bijak, apatah lagi perbuatan itu adalah memakan dirinya sendiri kerana dalam teks dalam agama Islam pun ada juga yang berunsur kategori-X. Cukup saya nyatakan dua contoh ini.

Pertama, firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā :

وَكَوَاعِبَ أَتْرَابًا

"Dan noni berdada mungil mampat berbulat lagi sebaya usia". [Surah an-Nabā^ ayat 33].

₍Kawā*ib₎ (كَوَاعِب) yang merupakan jamak kepada ₍Kā*ib₎ (كَاعِب) membawa makna wanita yang berdada bulat mampat. Rujuklah mana-mana tafsir pun, ia akan merujuk kepada makna ini. Sesiapa yang cuba menafikannya atau menyembunyikan terjemahannya secara jelas, maka dia telah membuka jalannya kepada kesesatan. Apatah lagi yang mengingkari maknanya, maka ini jelas sikap dungu yang membawa kepada kekufuran.

Contoh yang kedua adalah pada hadis berikut :

فَقَالَ: حِلُّوا، وَأَصِيبُوا النِّسَاءَ قَالَ عَطَاءٌ: قَالَ جَابِرٌ: وَلَمْ يَعْزِمْ عَلَيْهِمْ أَنْ أَصِيبُوا النِّسَاءَ وَلَكِنْ أَحَلَّهُنَّ لَهُمْ، قَالَ عَطَاءٌ: قَالَ جَابِرٌ: فَبَلَغَهُ عَنْا أَنَّا نَقُولُ لَمَّا لَمْ يَكُنْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ عَرَفَةَ إِلَّا خَمْسٌ أَمَرَنَا أَنْ نَحِلَّ إِلَى نِسَائِنَا فَنَأَتِيَ عَرَفَةَ تَقْطُرُ مَذَاكِيرُنَا الْمَنِيَّ، قَالَ: وَيَقُولُ جَابِرٌ بِيَدِهِ هَكَذَا وَحَرَّكَهَا.

Baginda berkata: "Bertahalullah dan gauli isterimu". *Aṭō^ berkata; Jābir berkata: "Baginda tidak mewajibkan ke atas mereka untuk gauli isteri, tetapi baginda menghalalkan sahaja". Berkata *Aṭō^; Berkata Jabir: "Bahawasanya kami katakan ketikamana di antara kami dengan Arafah tinggal lima hari, baginda memerintahkan kami untuk menggauli isteri-isteri kami. Kami pun sampai di Arafah sedangkan zakar-zakar kami menitiskan air mani". *Aṭō^ berkata፥ Jabir menunjukkan dengan tangannya seperti ini dan menggerakkannya. [Mustaẖroj Abū *Awānah, no. 2692 secara ringkasan].

Contoh yang hampir serupa boleh ditemui dan tidak perlu sesiapa pun tersentak apabila berhadapan dengan teks-teks sebegini dalam sumber fundamental dalam agama ini. Justeru, tidak ada hak untuk bagi mana-mana muslim menggunakan modal ini sebagai penerajang terhadap penganut agama lain.

Inilah dampaknya apabila elemen seks itu dianggap sesuatu yang keji, getik lagi jijik. Rasa acah-acah suci yang kononnya tidak berasosiasi dengan seks inilah sebenarnya menatijahkan perbuatan tidak waras dan tidak bermoral sebegini. Apabila ia dianggap keji, getik lagi jijik, tidak semena-mena pihak yang terlibat dan terbabit dengannya juga akan dianggap sama.

Apa yang terjadi pada kes ini baru salah satu daripadanya. Ada lagi kesan lebih banyak akibat tanggapan seksnya berdasarkan pandangan yang penuh dengan cemuhan dan rasa menyampah.

Adakah apabila Allah eksplistikan sifat bidadari seperti itu untuk mengeji? Memang seks ada konontasi yang memalukan, tetapi adakah itu sebab yang membenarkan seseorang itu untuk memulaukan dan mengherdik segala apa yang berkaitan dengan seks?

Tidak perlulah berlebihan dalam acah-acah suci sedangkan seks adalah aktviti yang kita nikmatinya dan kita dambakannya lagi dan lagi. Rasa getik apabila dibincangkan secara terbuka tentang seks pun, bukan bermakna seseorang boleh bertindak bodoh seperti ini.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/621620656358948864/bicara-ringkas-seksual-18-apa-motif-memalukan

com/post/621620656358948864/bicara-ringkas-seksual-18-apa-motif-memalukan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu SeksualWhere stories live. Discover now