Yang Dianggap Sebagai Dosa Besar, Tetapi Sebenarnya Tidak Sebegitu
Jika kita mengandaikan melihat aurat dan menyentuh yang bukan mahram dalam keadaan rela antara sesama mereka dalam keadaan bersyahwat sebagai dosa -yang mana ia menyalahi pandangan saya sepertimana bagi yang telah maklum tentang saya-, ia tidak dikira berdosa besar.
Bukalah kitab atau penulisan yang mengumpulkan senarai dosa-dosa besar seperti «al-Kabā^ir» karya aḏ-Ḏahabiyy. Tidak ada satu pun yang memasukkannya dalam dosa besar kecuali sekelompok kecil seperti Ibn Ḥajar al-Haytamiyy dalam «az-Zawājir *An Iftirōq al-Kabā^ir» yang memasukkannya dalam dosa besar.
Akan tetapi, pandangan ini tidak diterima kerana dia amat bermudah-mudahan memasukkan sesuatu perbuatan dalam larangan dalam dosa besar. Salah satunya adalah dia memasukkan orang yang meninggalkan berkhitan selepas baligh termasuk di dalamnya. Apakah ini sesuatu yang patut, sedangkan tidak ada dalil untuknya dan lebih-lebih lagi hukum kewajipannya diperselisihkan oleh para ulama?
Bahkan, kitab ini diperingatkan Muḥammad bin Ismā*īl aṣ-Ṣon*āniyy; tokoh ilmuwan berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- yang mana dia berkata :
ولقد صنف ابن حجر الهيتمي كتابه: الزواجر ـ وكثر من الكبائر، حتى بلغت ثلاث مائة، ولكن جلها ما لا شاهد له من كتاب ولا سنة، وإنما هو مأخوذ من النهي عن كذا، وفيه: من فعل كذا إلى غير ذلك مما يحير من نظر فيه.
"Ibn Ḥajar al-Haytamiyy telah mengarang kitabnya «az-Zawājir» dan dia memperbanyakkan jenis dosa-dosa besar sehingga mencapai tiga ratus. Akan tetapi, gadangnya adalah tidak ada bukti untuknya daripada kitab dan sunnah. Sebenarnya, ia diambil daripada larangan dariapda itu. Padanya: ❝Sesiapa yang membuat itu❞ sehingga selain itu yang itu termasuk daripada yang menghairankan orang yang memerhati padanya". [Īqōẓ al-Fikroh Li Murōja*ah al-Fiṭroh. m/s 494, keluaran Dār Ibn Ḥazm, tahqiq Muḥammad Ṣubḥiyy bin Ḥasan Ḥallāq].
Oleh itu, perlu seseorang itu berjaga-jaga dalam ketetapan sebahagian ulama bahawa sesuatu perbuatan itu termasuk dosa besar kerana dikhuatiri bahawa ia tidak didasari dalil dan menuduh sesuatu perbuatan itu sebagai dosa adalah penjamin seseorang itu ke neraka yang mana tidak boleh sesuka hati menuduh sedemikian, lebih-lebih kepada pelakunya tanpa dalil yang kukuh.
Untuk lihatan aurat pula, jika seseorang berpegang dengan pendapat Abū al-*Abbās Šihābuddīn Aḥmad bin Salamah al-Qolyūbiyy :
وَخَرَجَ بِهِ رُؤْيَةُ الصُّورَةِ فِي الْمَاءِ أَوْ فِي الْمِرْآةِ فَلَا يَحْرُمُ وَلَوْ مَعَ شَهْوَةٍ
"Terkecuali daripadanya (pengharaman lihatan badan) ialah lihatan bayangan pada air atau pada cermin. Tidaklah ia haram walaupun bersyahwat". [Ḥāšiyatā Qolyūbiy wa *Umayrah *Alā Šarḥ al-Muḥallā *Alā Minḥāj at-Ṭōlibīn, jilid 3, m/s 209, keluaran Dār al-Fikr].
Atau Sulaymān bin Muḥammad bin *Umar al-Bujayrimiyy :
وَخَرَجَ بِهِ رُؤْيَةُ الصُّورَةِ فِي نَحْوِ الْمِرْآةِ وَمِنْهُ الْمَاءُ فَلَا يَحْرُمُ وَلَوْ مَعَ شَهْوَةٍ
"Terkecuali daripadanya (pengharaman lihatan badan) ialah lihatan pada bayangan di cermin dan air termasuk daripadanya (pengecualian). Tidaklah ia haram walaupun bersyahwat". [Tuḥfah al-Ḥabīb *Alā Šarḥ al-H̱otīb, jilid 4, m/s 372, keluaran Dār al-Fikr].
Maka, menonton pornografi pun tidak ada masalah kerana yang dilihat itu bukanlah tubuh badan yang sebenar, tetapi yang diserupakan. Dengan kata lain, dia tidak melihat orang itu secara zatnya, tetapi dia melihat sesuatu yang menyerupai orang itu.
YOU ARE READING
Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu Seksual
Non-FictionPenulisan dari pecahan "Al-H̱iṭōb Al-Wajīz" yang khas untuk membincangkan hal ehwal seksual secara ringkas yang menyentuh pelbagai aspek sama ada agama, falsafah, isu-isu semasa, idea dan lain-lain menurut pandangan saya. Cuma, penulisan di sini tid...