Bicara Ringkas 31 : Pendidikan Seks Melalui Pornografi

170 0 0
                                    

Dalam rangka pendidikan, pornografi sememangnya dapat membantu untuk seseorang itu mengetahui apa yang sesuai dan tidak sesuai untuk dirinya, apa yang merangsang seleranya atau tidak dan apa yang baik untuknya atau tidak, terutamanya yang belum berkahwin untuk persediaan awal.

Bilamana seseorang itu mula mendirikan berumah tangga, ini memerlukan komunikasi sesama pasangan supaya aktiviti seks itu mendapat keseronokan bersama. Namun, masalahnya kalau kita tidak tahu apa yang sesuai untuk diri kita, bagaimana mungkin komunikasi yang berkesan dijayakan?

Seks bukan semudah masuk-keluar-masuk-keluar zakar dalam faraj sambil mencungap-cungap nafas serakah yang diakhiri dengan terpancutnya air mani. Ia berkaitan dengan interaksi yang saling memahami kekurangan, kelebihan, kemahuan, kehendak dan pandangan pasangan serta perhubungan emosi dalam melestarikan rasa kasih dan cinta sesama mereka.

Kalau diri sendiri tidak memahami apa yang dimahukan oleh dirinya, bagaimana mungkin seseorang itu dapat memahamkan keperluan dan keinginan dirinya pada pasangannya?

Sambil memanfaatkan pornografi untuk hal ini, tentu sahaja kita perlu ingatkan bahawa pornografi lebih kepada hiburan dan tertumpu pada nafsu. Ia cuma boleh menjadi cetusan idea semata-mata.

Prospek sebenar adalah terletak pada pasangan itu sendiri. Ini kerana kita bukan mahu melakukan seks dengan apa yang seseorang itu lihat, tetapi dengan pasangan kita. Maka, yang sepatutnya adalah jadikan ia sebagai draf untuk diteliti dan difahami sebelum diaplikasikannya dalam rutin seks. Fahami pasangan masing-masing dan cuba berkomunikasi tentangnya sebelum menjadi menu di katil.

Malah, jika kita tidak boleh memahami ideologi nihilis golongan kiri hanya dengan menonton The Jokers, sudah tentu untuk memahami hubungan keintiman, tidak cukup hanya dengan pornografi. Sebab itulah kita perlu seimbangkannya sama ada dengan menelaah karya-karya yang berkaitan dengan hubungan romantik atau mencari filem yang berkaitan dengannya.

Apabila kita tidak bersikap realistik dan dunia seks hanya mampu berputar pada pornografi sahaja, ia akan menimbulkan bias yang besar. Antara perkara yang tidak ditekankan dalam persembahan seks itu ialah kepuasan seks yang diperoleh untuk wanita. Walaupun nampak sedemikian, tetapi hakikatnya ia adalah kepura-puraan dan tidak diperlihatkan sisi yang jelas padanya.

Para lelaki sangat bergegas untuk mendapatkan klimaks dengan masuk-keluar-masuk-keluar yang gelojoh, tetapi tidak peduli imbalan yang setimpal untuk wanita. Apabila air mani mulai pancut, mereka sangka seks telah tamat dan mereka juga sangka pada masa itu juga wanita juga sama-sama puas sepertimana lelaki.

Itu tidak benar sama sekali. Tidak mungkin pasangan akan sama klimaks pada satu waktu masa yang sama kecuali sedikit yang menghampiri kemustahilan. Perkara ini berlaku tanpa mengira amatur atau yang bertaraf selebriti lima bintang atau mana-mana bangsa sekalipun atau realiti atau lakonan atau grafik komputer.

Sebenarnya ini mempromosikan seks yang tidak sihat. Wanita selalu menjadi mangsa ratah haloba pasangannya dan terlalu banyak memberi ruang kepadanya, tetapi mereka tidak memperoleh apa-apa atau sedikit sahaja kenikmatan yang mencukupkan mereka.

Akhirnya, seks menjadi kerja tambahan, tugas yang menyakitkan dan sesuatu yang dihantui bagi mereka. Seks tidak lagi menjadi layanan bidadari yang istimewa, pendapatan yang mewah lagi menguntungkan dan pengalaman yang bermakna dalam kehidupan mereka. Wanita telah menjadi objek yang diperhambakan dan pelacur yang disewakan untuk lelaki miang yang narkasistik lagi liar.

Sebab itulah pornografi tanpa menelaah portal Men's Health atau Women's Health atau tidak melihat sisi romantika dalam hidup berpasangan sama ada melalui karya ilmiah atau filem merupakan virus yang terdoktrin untuk minda.

Pornografi bukanlah segala-galanya. Mempelajari seks daripada pornografi semata-mata seumpama belajar menembak dari filem James Bond. Dan para lelaki perlu akui sememangnya wanita lambat untuk berahi dan klimaks. Justeru, belajarlah agar cengkerama itu menjadi seronok bagi kedua-dua pihak. Malah, wanita pun perlu ambil kesempatan untuk belajar agar dapat klimaks dengan pantas.

Saya tahu ada kenyataan yang mengungkapkan bahawa seks lelaki untuk keseronokan dan seks wanita untuk pembiakan. Sekalipun begitu, wanita tetap seorang manusia yang memiliki emosi dan perasaan. Seks itu penyatuan dan perhubungan antara dua keluarga, bukan pelanggan dan penjual yang saling berniaga. Maka, janganlah jadikan seks itu sebagai penyebab kemurungan dan stres dalam berkeluarga.

Pornografi sekadar projeksi untuk kita dapatkan gambaran yang ideal tentang bagaimana cara mengusik pasangan, mencipta kejutan melalui jungkiran plot, bicara-ciara yang membangkitkan keasyikan dan memperoleh kepuasan dalam hubungan seks.

Kita mungkin akan melangsungkan kehidupan seks kita dengan pasangan selama 40 tahun. Adakah kita hanya akan kekal dengan momentum yang sama? Sebab itulah kita perlu sentiasa pelajari, menambahkan pengetahuan, mempunyai persiapan dan menu untuk dihidangkan di katil supaya saat percintaan bersama dapat terluang dengan penuh keintiman.

Cadangan saya untuk menjadikan pornografi sebagai bahan pendidikan bukanlah daripada idea saya sendiri, tetapi saya juga mengambil inspirasi dan setelah mengambil pertimbangan daripada penulisan yang berjudul «Porn In The Classroom» yang ditulis oleh Jenny Murray yang disiarkan dalam portal The Guardians yang bertarikh 17 Oktober 2016. Rujuk di sini : https://www.theguardian.com/commentisfree/2016/oct/17/educate-teenagers-porn-attitudes-sex-parents-schools

Apa yang dipaparkan di sini adalah sepertimana objektif yang ingin dicapai dalam penerangan di sini. Kalaulah tidak ingin bersetuju dengan apa yang dinyatakan di sini, tidak ada guna mencela antara satu sama lain atau merebut dominasi fahaman.

Sepatutnya yang kita fokus adalah apa yang boleh dibuat untuk membantu masyarakat supaya mereka mencapai seks yang sihat, selamat dan menyeronokkan? Jika merasakan ada cara lain untuk memahamkan tentang seks atau memberikan gambaran tentang ideal seks sepertimana saya terangkan di sini tanpa melalui pornografi, silakan bentang. Bukan hanya menghentam orang lain sahaja.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/621566242774564864/bicara-ringkas-seksual-31-pendidikan-seks

com/post/621566242774564864/bicara-ringkas-seksual-31-pendidikan-seks

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu SeksualWhere stories live. Discover now