Penulisan dari pecahan "Al-H̱iṭōb Al-Wajīz" yang khas untuk membincangkan hal ehwal seksual secara ringkas yang menyentuh pelbagai aspek sama ada agama, falsafah, isu-isu semasa, idea dan lain-lain menurut pandangan saya. Cuma, penulisan di sini tid...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dalam perbincangan isu aurat, kadangkala kita terjumpa sikap sebahagian orang yang main lepas cakap. Antaranya adalah berlebihan dalam menetapkan atau menggambarkan besarnya dosa melihat aurat tanpa didasari dalil, lebih-lebih lagi apabila mengaitkan dengan perkara ghaib sepertimana gambar ini.
Perlu kita ingatkan bahawa tidak ada seorang ahli ilmu yang berwibawa menetapkan bahawa melihat aurat atau mempamerkan aurat termasuk dalam dosa besar. Contohnya, aḏ-Ḏahabiyy dalam «al-Kabā^ir» yang menyenaraikan lebih daripada 70 dosa besar beserta dalilnya tidak menyebutkan apa-apa tentang melihat aurat dan mempamerkan aurat.
Sememangnya ada kelompok yang kecil seperti Ibn Ḥajar al-Haytamiyy yang memasukkannya dalam dosa besar sepertimana yang dia sebut dalam «az-Zawājir *An Iftirōq al-Kabā^ir». Akan tetapi, pandangan ini tidak diterima kerana dia amat bermudah-mudahan memasukkan sesuatu perbuatan dalam larangan dalam dosa besar.
Salah satunya adalah dia memasukkan orang yang meninggalkan berkhitan selepas baligh termasuk di dalamnya. Apakah ini sesuatu yang patut, sedangkan tidak ada dalil untuknya dan lebih-lebih lagi hukum kewajipannya diperselisihkan oleh para ulama?
Bahkan, kitab ini diperingatkan Muḥammad bin Ismā*īl aṣ-Ṣon*āniyy; tokoh ilmuwan berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- yang mana dia berkata :
ولقد صنف ابن حجر الهيتمي كتابه: الزواجر ـ وكثر من الكبائر، حتى بلغت ثلاث مائة، ولكن جلها ما لا شاهد له من كتاب ولا سنة، وإنما هو مأخوذ من النهي عن كذا، وفيه: من فعل كذا إلى غير ذلك مما يحير من نظر فيه.
"Ibn Ḥajar al-Haytamiyy telah mengarang kitabnya «az-Zawājir» dan dia memperbanyakkan jenis dosa-dosa besar sehingga mencapai tiga ratus. Akan tetapi, gadangnya adalah tidak ada bukti untuknya daripada kitab dan sunnah. Sebenarnya, ia diambil daripada larangan dariapda itu. Padanya: ❝Sesiapa yang membuat itu❞ sehingga selain itu yang itu termasuk daripada yang menghairankan orang yang memerhati padanya". [Īqōẓ al-Fikroh Li Murōja*ah al-Fiṭroh. m/s 494, keluaran Dār Ibn Ḥazm, tahqiq Muḥammad Ṣubḥiyy bin Ḥasan Ḥallāq].
Oleh itu, perlu seseorang itu berjaga-jaga dalam ketetapan sebahagian ulama bahawa sesuatu perbuatan itu termasuk dosa besar kerana dikhuatiri bahawa ia tidak didasari dalil dan menuduh sesuatu perbuatan itu sebagai dosa adalah penjamin seseorang itu ke neraka yang mana tidak boleh sesuka hati menuduh sedemikian, lebih-lebih kepada pelakunya tanpa dalil yang kukuh.
Jika kita ingin menegah orang untuk melihat aurat atau mempamerkan aurat, cukuplah berkata bahawa ia dilarang dalam agama. Tidak perlu sampai menambah-nambah cerita azab atau bentuk-bentuk balasan dosa yang tidak ada perkhabarannya daripada Allah dan rasul-Nya.
Tidak ada dalil sama sekali yang menunjukkan bahawa melihat aurat menyebabkan doa seseorang itu tidak diterima. Yang sabit dalam agama ini adalah orang yang memakan, memakai atau menggunakan sumber yang haram sepertimana hadis berikut :