Bunyi kicauan burung menghuni suasana pagi pada hari itu. Rumah yang dibina atas pokok kelihatan sibuk dengan penghuninya keluar masuk dan jalan merentasi jambatan kayu yang disambung dari satu pohon ke pohon yang lain. Menghasilkan rantaian jalan dan penghubung dari satu rumah pokok ke rumah pokok yang lain.
Ada rumah pokok bentuk kubah, ada rumah pokok tiga tingkat, ada yang lebar serta dilengkapi dengan beranda, ada juga berbentuk seperti sarang burung dan banyak lagi.
Antara banyak-banyak rumah di situ, sebuah rumah yang ditumbuhi dengan daun menjalar dan bunga seri pagi biru putih dan kuning adalah paling ketara dibandingkan banyak-banyak rumah di situ. Penuh kawasan utara Hutan Nublar itu dengan penempatan rahsia Puak Nublar.
Tingkap berbentuk bulatan ditutupi dengan kain langsir putih terselak ke dalam sebaik di tiup angin pagi.
Knock!
Knock!
"Leah!Bangun!"teriak Moon dari luar rumah.
Knock!
Knock!
Bunyi ketukan pintu yang berkali-kali itu buatkan pemilik rumah itu tersentak dari lenanya. Dalam keadaan meniarap memeluk bantal rapat ke dada, Leah buka mata sambil berkerut kening tak puas hati.
Siapa la yang bertuah sangat ni, tak tahu ke ada orang cuba berehat dekat sini!? Suka hati je nak memekak!
Tidak semena dengan tiba-tiba pintu kayu yang diselak dengan selak besi bergerak sendiri lalu gadis berambut pendek pangkal leher warna jingga keemasan berjalan masuk ke ruangan itu.
"What the heck?Kau masih tidur lagi ke?"tanya Moon dengan muka terkejut yang amat. Dia jalan lekas ke katil dimana kawannya berada.
Leah terpisat-pisat mahu membuka mata. Masih belum jelas dengan apa yang sedang terjadi di depan matanya ketika itu.
"Kau dah kenapa?Memekak je." tanya dia dengan suara serak bangun tidur. Jari jemarinya menyikat rambut panjangnya ke belakang kepala.
Mata Moon membulat sebaik dengar soalan itu.
"Kau tanya aku kenapa?Kau lupa ke hari ni hari apa?"
"Memangnya hari ni ada apa?"soal Leah semula. Dia picit-picit lengannya yang lenguh kerana sakit tolong mak dia siang sayur malam tadi. Jam tiga pagi tadi baru settle buat persiapan.
PAP!
Bunyi Moon tepuk dahi sendiri pula kedengaran. Dengan keluhan berat, dia pandang akan rakan sejak kecilnya dengan muka kesal.
"Hari ni kan hari pelantikan pemimpin baru Puak Nublar. Takkan kau lupa. Malam tadi kau yang beria tolong mak kau buat persiapan." ujarnya.
"Oh."balas Leah sambil menggaru belakang telinga kerana gatal. Lalu diikuti dengan menguap.
"Cepat la..."Moon tarik tangan Leah supaya turun dari katil.
Leah pun menarik tangannya pula supaya lepas dari cengkaman Moon.
"Yang kau excited ni dah kenapa? Memangnya kau ke yang kena lantik jadi pemimpin nanti?" selorohnya dengan malas. Kacau betul! Baru sedap dia mimpi jumpa abang handsome. Boleh pulak Moon muncul!Haish!
"Memang la bukan aku, tapi anak lelaki pemimpin baru kita akan ada sekali. Kau tak nak ke tengok.."
Leah menjuling mata menyampah. Alah!Anak lelaki kepada warlock tu bukan sesiapa pun. Yang nak di hadapkan sangat kenapa.
"Malas ah!Better aku tolong mak aku masak.."keluhnya.
"Alah...cepat la!Jom!Semua orang ada. Masak tu kemudian pun boleh.."
Jelingan tajam diberikan ke Moon. Isy!tak faham Bahasa apa minah sekor ni!Nak kena lempuk jugak agaknya!
"Fine!Aku pergi...lepas ni kau jangan mengendeng dekat aku lagi. Faham tu?"tegas Leah sambil tunding jari beri amaran di depan muka Moon.
"Oh yeah!"Moon serta merta buat fist bump ke udara dengan penuh semangat.
Kesal dengan sikap tidak faham bahasa Moon, Leah menggeleng kepala. Haih! Mujur la di sayang kawannya ini.
"Beritahu aku kenapa aku still berkawan dengan minah menjengkelkan macam kau ni?" soalnya sambil tu.
Moon ketawa mendengarnya. Dia gosok tangan ke atas kepala Leah.Mengusutkan lagi rambut yang sedia kusut itu.
"Sebab aku yang simpan rahsia kegiatan haram kau dari makbapak kau...dan hanya aku saja yang boleh buatkan kau keluar dari tempat ini dari tertangkap dengan pengawal yang bertugas?"jawab dia selepas itu dengan nada bersahaja tanpa bereaksi bangga.
Tidak dapat lagi membendung rasa jengkel yang dirasai olehnya, Leah lempar bantal ke muka itu.
"Dah la keluar dari sini!" halaunya.
"Ahahahah!"Moon ketawa besar apabila berjaya mengelak balingan bantal itu. "Tak kena! Werkk!"
"Ke sini kau perempuan bertuah!"lekas-lekas Leah bingkas dari katil mahu menerkam Moon. Dia nak tarik rambut tu dan tukar gadis itu kepada pokok kaktus!Biar padan muka!
"Arghh!!Singa betina mengamuk!"teriak Moon sewaktu berlari keluar dari rumah pokok milikLeah dengan sisa ketawa.
.
YOU ARE READING
34. The Hunter
FantasySelama 500 tahun peperangan antara Puak Royal Wall dan Outlanders berlangsung. Satu peperangan ke satu peperangan telah terjadi dan ramai menjadi korban mereka. Menjadikan Negara Grendola itu seperti negara berlaut merah. Dimana-mana bahaya berada...