Seharian sibuk dengan kerja dan pengaturan strategi, paginya Leah ambil keputusan untuk pergi ke kawasan air terjun kegemarannya untuk berendam melapangkan fikirannya. Moon pula sibuk menguruskan urusan lain tidak dapat menyertai Leah sekalipun di ajak. Jadi sendirian la Leah di kawasan itu.Di sebuah sudut berdekatan dengan batu tunggul yang banyak, berendamnya Leah di situ sendirian. Dia bersandar pada batu di situ dengan mata terpejam dan dari paras dada hingga ke kaki tenggelam di dalam air dalam keadaan berkemban.
Bunyi aliran air yang deras dan tenang kedengaran di seluruh kawasan itu.
Suara unggas dan nyanyian alam sekitar di kawasan nan hijau dan berbunga buatkan kawasan tersebut begitu tenang dan menyamankan. Kerana itu la Leah gemar berada di situ untuk melapangkan fikirannya.
"Apa kau cakap?Umpan?"soal Carlos kepadanya,
"Ha'ah.."
"Kau gila?Itu namanya cari maut!"
"Gila tak gila kau kena dengar arahan aku...atau kedudukan persembunyian kau ni aku dedahkan kepada hunter selepas aku beritahu hal sebenar siapa yang telah sakiti anak kepada ketua puak mereka tu...kau nak ke?"ugut dia.
"Kau fikir dia orang nak percayakan kau?"
"Of course...sebab anak kepada ketua puak tu Bersama dengan aku sekarang..dan aku yakin setiap bait kata aku akan dia percayai.."
"Kau apa?Dengan siapa?Si Roan...ketua hunter tu?"
"Kenapa?Jelous?Kau fikir kau seorang je boleh ke hulu hilir dengan pelbagai perempuan?Kalau kau boleh aku pun boleh la..."
"Leah!"
"Diam. Kau nak ke tak...still aku mahukan kau sertai aku untuk perangi syaitan bayang ni. kalau kau degil aku sunat kau.."
Carlos buat muka padanya. "Bila?"
"Tunggu sahaja panggilan dari aku...nanti bila sampai masanya kita jumpa lagi. And..jangan cuba-cuba nak larikan diri ya...aku dah letakkan pemantau dekat sekitar kawasan ni sebagai langkah pencegahan. Cuba la kau lari...aku kejar sampai dapat.."
"Ish!Asal kejam sangat kau ni?Tak percaya betul aku yang kau ni adalah puteri mahkota Grendola?Entah macam mana aku boleh suka dekat kau..."cebik Carlos dengan menyampah.
"Sebab aku menarik?Kau tahu bukan kau je yang tertarik pada aku."
"Menyampah aku..dah la blah sana. Buat panas hati aku je menghadap kau lama-lama.."
Splash!
Tidak semena satu percikan air terkena pada wajahnya ketika Leah sedang memejam mata. Serta merta dia tersentak dan meraup wajahnya.
"What the hell?"marahnya semasa cuba membuka mata ingin lihat siapa yang menganggu ketenteramanya itu. Sekali bila dia pandang ke tepi batu tunggul sebelah kanan, bercangkungnya seorang lelaki yang ringkas mengenakan t-shirt hitam dan berjaket labuh di situ. Ternganga sekejap mulut dia lepas pandangannya jelas dan Nampak muka tu.
"Hai.."senyum Roan dengan handsome di atas batu itu. "Kita jumpa lagi... "
Kening Leah mencerlung, dia pandang kanan dan kirinya nak tengok ada orang lain tak dekat situ. Kalau ada yang nampak boleh kecoh besar ni. yakin yang di situ hanya ada mereka berdua, dia kembali memandang Roan.
"Apa kau buat dekat sini?"tanya Leah sewaktu dongak memandang Roan.
"Cari kau la apa lagi.."ujar Roan sewaktu lelaki itu gerak turun dari atas batu untuk ke kawasan rata.
Leah perhatikan pergerakkan lelaki itu dengan curiga. "Macam mana kau tahu aku dekat sini?"tanya dia.
Roan gerak menanggalkan jaket dari badan sewaktu memandang Leah. "Naluri..kau tahu..badan ni gerak dengan sendiri berdasarkan keberadaan kau?"katanya semasa meletakkan jaket di atas batu yang kering di situ. lalu dia tunduk tanggalkan kasut pula.
Leah menjadi awas bila perasan tingkah Roan yang semacam itu. "Apa kau cuba buat hah?" dia lirik akan Roan yang kini gerak menanggalkan baju dari badan pula. Terdedah badan berketak-ketak dengan tatu sihir lama yang pernah dia letakkan di badan itu.
"Kau rasa?"tanya Roan sambil campak baju t-shirt ke timbunan jaket dan kasutnya tadi. Tanpa berlengah dia gerak masuk ke dalam air, menyertai Leah dengan hanya berseluar Panjang.
Membutang terus mata Leah bila lihat tindakan berani Roan itu. Tidak tahu hendak buat apa cepat-cepat Leah bangun mahu keluar dari situ. Gila betul Roan ni!Apa yang lelaki tu sedang fikirkan!
Saat Leah hendak bangun, ketika itu muncul Roan di dalam air tersebut. lelaki itu cepat-cepat capai lengan Leah dan tarik gadis itu masuk ke dalam air semula.
"Argh!"jerit Leah dengan pendek akibat terkejut. "Lepaslah!" marahnya.
Percikan air mengenai muka Leah dan badan Roan akibat pergelutan itu.
Menggunakan tenaga lelakinya, Roan cengkam lengan Leah dan terus sandarkan badan Leah ke batu tunggul di situ dengan paksa. Kedua-dua tangan Leah kemudiannya di bawa ke tepi kepala gadis itu. Dan Roan berada betul-betul di depan muka itu.
What the f*ck!
Nafas Leah naik turun dengan deras bila dia bersandar di situ dan bertemu muka dengan Roan. Skinship mereka itu buatkan Leah merasai getaran kuasa dari Roan hingga buatkan kuasa dalam badannya jadi tidak menentu. Seperti magnet lain kutub mahu bertemu!Itulah perasaan yang dirasai oleh Leah pada Roan.
Tidak berkedip dia bila lelaki itu memenjarakan dia dalam keadaan begitu. Segala imej dari memori Roan bermain dengan rancak dalam kepalanya. Segala rancangan dan perbualan lelaki itu berdesup masuk ke mindanya.
"What the hell do you want?"desisnya dari balik ketapan gigi.
Mata Roan menilik mata Leah lalu turun ke pipi dan berakhir ke bibir itu sebelum naik semula memandang mata Leah. "Aku rasa kau tahu apa aku nak?"kata dia sambil melentokkan kepala sedikit dan merapatkan wajahnya ke depan muka Leah.
Sambil menahan nafas, Leah pejam mata dia buat seketika untuk keluarkan kuasa dia bagi menghalang semua memori lelaki itu bermain dalam fikirkannya. Untuk beberapa saat, selepas bergelut dengan kuasa sendiri dan ingatan Roan, baru la semua imej itu lenyap dan fikiran dia kembali kepada keadaan asal.
Sepanjang masa itu Roan hanya diam memandang wajah Leah. Tergugat hati lelakinya sekarang ini.
"Jauhkan diri kau dari aku sekarang.."arah Leah sewaktu dia membuka mata dan memberi renungan penuh amaran kepada Roan.
Roan tersengih meleret. "Kalau aku tak nak..apa kau nak buat?"
Leah tidak menjawab. Dia pandang parut symbol sihirnya yang berada di sepanjang leher hingga ke tepi rusuk kanan lelaki itu. Melihatkan symbol itu buatkan dia jengkel tiba-tiba.
"Kau nak apa sebenarnya ni?Aku tak rasa pun yang sekarang fikiran kau terganggu atau kuasa dalam badan kau tak tenang sampai perlukan aku. Yang kau dekat sini kenapa?"tanya dia di depan muka itu. Tidak peduli sekiranya nafas dia menyapa wajah itu.
Roan eratkan cengkamannya pada tangan Leah sewaktu sondongkan kepalanya sedikit.
"Untuk kau la..sebab siapa lagi aku dekat sini..."
Leah menjulingkan mata menyampah mendengar jawapan itu. "Jangan nak beria."balas dia tanpa alihkan renungan dari mata Roan. Ingat dia akan tergoda ke? "Aku tak perlukan kau...so kau boleh berhambus sekarang"
Sambil tersenyum Roan dekatkan bibirnya ke bibir Leah.
YOU ARE READING
34. The Hunter
FantasySelama 500 tahun peperangan antara Puak Royal Wall dan Outlanders berlangsung. Satu peperangan ke satu peperangan telah terjadi dan ramai menjadi korban mereka. Menjadikan Negara Grendola itu seperti negara berlaut merah. Dimana-mana bahaya berada...