Sambil tersenyum seperti baru berjumpa dengan cinta hati, dia pandang wajah indah milik bondanya yang sedang tekun menenun kain. Sejuk mata memandang, cantik buat tatapan. Bertuah rasanya kerana dikurniakan seorang ibu sebaik bondanya ini.
"Bonda..."panggilnya.
"Ya.."balas bondanya tanpa memandang dirinya.
"Apa yang ada di luar sana?"soal dia. sewaktu baring meniarap di atas permaidani sambil menopang kedua-dua tangan di bawah dagu.
"Kehidupan lain."
"Kenapa anakanda tak boleh keluar dari sini?Ayahanda selalu marah kalau anakanda cuba keluar dari sini..."tanya dia lagi.
Masa inilah bondanya berpaling.Memandang dirinya dengan senyuman menampakkan barisan gigi. "Sebab dekat luar sana tidak selamat untuk anakanda. Kamu tahu...hendak melindungi itu lebih sukar dari menyakiti"
"Apa maksud bonda?"
"Kamu tahu...kenapa ayahanda kamu selalu buat kamu menangis dan marahkan kamu sekiranya kamu cuba keluar dari sini?"
"Tak tahu"
"Sebab dia hendak lindungi kamu...dia tahu kamu akan bersedih sekiranya dia kokong dan melarang kamu dari keluar sana...tapi kalau itu boleh buat kamu selamat..ayahanda kamu sanggup membiarkan kamu membencikan dirinya...."jelas bondanya dengan lemah lembut.
Seperti baru disimbah dengan ais sejuk keseluruh badan, dengan mengejut dia membuka mata dan bangun dari perbaringan Bersama deru nafas kencang lepas dari mulutnya.
"Roan!"panggil ayahnya yang kemudian muncul di sisi birai katil. "Kamu dah sedar?"
Terpinga-pinga bingung, Roan palingkan kepalanya ke tepi lalu bertemu muka dengan ayahnya yang kelihatan begitu cemas dan risau. "Apa yang dah berlaku?"tanya dia sebelum menelan air liur hendak membasahkan tekaknya yang terasa kering ketika itu.
Vladimir pandang lega akan Roan taktala melihat anak lelakinya sudah baik semula. Kulit badan ini tidak lagi pucat seperti sebelumnya. "Sesuatu telah terjadi pada kamu sewaktu kamu serang puak warlock beberapa hari yang lepas...kamu muntah darah dan tidak sedarkan diri untuk beberapa hari ni.."beritahunya.
"Tak sedarkan diri?"tanya Roan. "Memangnya Roan cedera ke?"tak ingat pulak dia apa yang telah terjadi. Perkara terakhir yang dia ingat hanya rasa sakit dan suara yang muncul dalam kepalanya sepanjang masa dia tidak sedarkan diri.
"Kamu tak cedera."Vladimir menggeleng kepala. "Tapi kamu berkelakuan seperti orang cedera parah...ayah tak tahu apa yang telah menyebabkan kamu jatuh sakit...tapi tak mengapa la...syukur la kamu sudah stabil"
YOU ARE READING
34. The Hunter
FantasySelama 500 tahun peperangan antara Puak Royal Wall dan Outlanders berlangsung. Satu peperangan ke satu peperangan telah terjadi dan ramai menjadi korban mereka. Menjadikan Negara Grendola itu seperti negara berlaut merah. Dimana-mana bahaya berada...