Rahsia

861 103 0
                                    

Waktu subuh selepas Leah diselamatkan sekemudiannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Waktu subuh selepas Leah diselamatkan sekemudiannya.....

Sendirian tanpa teman, dia jalan merentasi laluan kecil yang diselaputi dengan daun kering sambil menyanyi kecil. Sebelah tangan memegang ranting kayu yang cukup Panjang untuk di heret sepanjang perjalanannya.

Kesan dari hujung ranting kayu tersebut telah menyebabkan sepanjang perjalanan itu di tumbuhi dengan bunga dan rumput yang hijau. Tanah hitam yang tidak bernyawa itu menjadi coklat terang segar semula jadi.

            "Apa yang boleh buktikan kata-kata kau ni sahih?"tanya Drystan kepada dia.

           "Terpulang kalau kau nak percaya atau tak...tapi ada satu perkara yang kau kena tahu. Aku bukan musuh. Jadi pilih pada siapa yang kau akan berpihak lepas ni.." beritahu dia dengan serius.

           "Jadi kau nak kata kau dah ubah adik aku Eros menjadi vampire dan sahabat baik aku Kirin kepada serigala jadian demi selamatkan nyawa mereka selepas diserang syaitan bayang. Pada masa yang sama kau telah berikan separuh kuasa kau pada Roan untuk selamatkan nyawa dia?Macam tu?"Drystan mengulang semula penjelasannya tadi.

Dia yang dengar sudah malas hendak mengiyakan atau mengangguk tentang hal yang sama. Ingat dia ni apa?Dah cakap sekali tu faham-faham je la!Di ulang lagi buat apa!menjengkelkan betul!

            "Tapi kenapa?Kau sendiri adalah Outlander...dan musuh The Hunter dari Puak Royal Wall..." Drystan masih tidak berpuas hati. "Bukan ke patutnya kau biarkan mereka semua mati?"

Isy!Satu jelingan tajam diberikan kepada lelaki itu. Dia yang dengar semakin lama semakin merinding kebengangan. Banyak pulak soalannya. Sumbat dengan kasut kulit dia nanti baru tahu! Niat dia adalah hapuskan syaitan bayang saja. Bukan sesiapa di dalam Nublar ini. Sebab itu dia sedaya upaya hendak selamatkan semua orang!Bebal betul punya orang!Harap saja ada rupa!Otak dekat lutut!

Pfft!

           "Kau tanya lagi soalan. Aku sumpah, next time bila aku cakap aku akan bunuh kau, memang aku akan bunuh kau!"deramnya sewaktu beri jelingan maut ke Drystan.

          "Hak-alah...berlagak pulak kau kan. Ingat sikit eh..aku tu baru selamatkan nyawa kau!Cakap tu biar baik!"tegur Drystan kepadanya.

         "Kau bukan selamatkan aku tapi Si Roan kesayangan kau orang tu!" dengking dia. "Dia yang patut berterima kasih bukan aku!"

         "Haih...sudah la kau orang berdua ni kenapa nak bertekak?"Eros berdiri di antara mereka dan menolah Drystan supaya menjauh dari dia.

          "Bukannya aku...kawan kau yang pekak lagikan tuli ni tak faham-faham apa yang aku cakapkan dari tadi. tanya itu tanya ini. Kalau tak percaya ya sudah. Bukannya aku perlukan kepercayaan kau pun!"bidasnya dengan jengkel..

          "Apa kau cakap?Ulang balik!"berang Drystan yang mahu menerkam dirinya tetapi sempat di halang oleh Kirin.

          "Cukup Drystan. Kita kena pergi dari sini sebelum ada yang Nampak kita berkumpul dekat satu tempat macam ni"tegur Kirin yang memberi peringatkan kepada mereka berempat sebab mereka berempat dari empat puak berbeza. Kalau ada yang tengok pasti akan timbul salah faham dan isu!

Yalah, Leah dari Puak Manusia Biasa, Eros dari Puak Vampire, Kirin dari Puak Werewolf sementara Drystan dari Puak Royal Wall. Empat puak yang saling menyerang antara satu sama lain selama berkurun lamanya. Mana mungkin la empat puak ini boleh menjadi kawan pula kan!?

Leah termenung memandang ke depan sewaktu memikirkan akan pertemuannya dengan tiga orang lelaki yang ditemuinya malam tadi sewaktu seseorang muncul dari atas pokok lalu mendarat tepat di depannya beberapa meter sebelum itu dengan mengejut.

Zraap!

Perlahan-lahan orang di depan Leah berdiri dari cangkungnya sebaik mendarat tadi. Orang itu menghadap Leah.

Tidak terkejut kerana sudah tahu bahawa orang itu akan muncul, Leah kemudiannya meneruskan langkahnya tanpa berhenti begitu sahaja sehingga la orang itu turut menyertai dia juga di sisi.

Maka berjalan la dua orang itu Bersama-sama masuk ke dalam hutan dengan rentak langkah yang seragam.

Moon.

Gadis itu diam seketika semasa jalan di samping Leah. Menunggu masa yang sesuai untuk bersuara.

Sementara Leah hanya memandang kosong ke depannya senyuman senang terukir di bibirnya. Sehingga sekarang dia kagum pada Moon. Sebab gadis disebelahnya sekali pun tidak pernah gagal untuk tidak menemui dirinya!Selalu saja ada dimana dia berada.

           "Apa yang dah berlaku?Kau menghilang tanpa jejak selama seminggu ni?"tanya Moon tidak lama setelah itu. "Aku cuba kesan kau...tapi detak nadi kuasa kau terlalu lemah sampai aku tak boleh nak bezakan sama ada itu yang palsu atau asli.

            Mana taknya, masa tu dia sedang cedera parah dan hampir mati. "Ada sesuatu yang aku kena uruskan."tipu Leah.

34. The HunterWhere stories live. Discover now